BOTAONLINE

http://botaonline.blogspot.com

Isnin, 29 Ogos 2011

Komen-komen terhadap tulisan Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan

Dari Tranungkite
Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo
Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB....
Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

....
Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri.  - AFirdaus
.....
asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE  - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com)

.....

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri.. 
- UNknow

....

saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis 
- jamal
...
pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?

adakah dia berfahaman komunis?

bukankah dia ahli rejimen ke 10?

bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?

kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.

ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.

Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.

Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.

Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.

Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.

Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).
Polis hanya balaci pemerintah.


Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama
.....
antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako
.......



Polis pejuang kemerdekaan?

Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?



Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?

Lawan Jepun demi British?
.........


--end--

Ahad, 28 Ogos 2011

Sumbangan Kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, OKU, Anak Yatim dan Aktivis Kemasyarakatan, Kg. Teluk Kepayang

Bota - 28Sept.2011 -100 orang fakir miskin dan ibu tunggal bersama-sama dengan 40 orang anak yatim dan orang kurang upaya diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbngan Eidul Fitri bermula jam 10 pagi tadi. Sebelum itu, satu majlis khatam al Quraan telah dijalankan, terdiri daripada dua kumpulan, kumpulan lelaki dan kumpulan wanita.
Turut diraikan ialah aktivis-aktivis kemasyarkatan di Kampong Teluk Kepayang. Dif-dif jemputan yang turut diundang ialah Yang DiPertua PAS Kawasan, Ust. Ismi Mohd Taib, Ketua Muslimat PAS Perak, Dr. Najihatus Solehah Hj. Ahmad dan Ketua Cabang PKR Parit, Kapt.(B) Hj. Usakili Alias.
Dalam ucapan alu-aluan Ketua Cawangan PAS Teluk Kepayang, merangkap Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Parit, menyebutkan bahawa golongan-golongan lemah dan kurang upaya mestilah didekati dan diberi bantuan bagi meringankan bean hidup mereka. Mereka juga adalah orang-orang yang didengari oleh Allah akan doa mereka. Beliau menyeru agar di doakan pihak pengajur meneruskan usaha-usaha murni ini dan diberikan kekuatan dan pertolongan kepada mereka menganjurkan program yang lebih baik pada masa akan datang.

Pelancaran Agihan Borang Tanah Felda Plantation Seri Iskandar Bota Perak


Bota- Masyarakat orang asal Kg. Gedong Batu, Kg. Tumboh Hangat dan Kg. Benut, menyambut baik tindakan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat di dalam memberikan penerangan di Kg. Suak Padi, Seri Iskandar. Bota, Perak, berkaitan,kepentingan tanah untuk kehidupan kaum orang asal pada era pembangunan dan kemodenan yang terus berlaku pada masa kini.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat,Sdr Mazlan Aliman, menjelaskan bahawa kaum orang asal akan mengalami masalah sekiranya kaum mereka tidak mempunyai pemilikan geran keatas tanah yang diduduki.

Semua ini adalah kerana arus pembangunan yang terus berjalan sehingga pada masa ini menyebabkan tanah yang ada semakin mengecil, dan sudah tentu, sekiranya kaum orang asal tidak diberi pemilikan geran tanah, maka kaum orang asal akan kehilangan tanah untuk diduduki ataupun diusir dari pada penempatan yang ada pada hari ini.

Turut bersama didalam majlis pelancaran agihan borang tanah itu, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Negeri Perak,Tn Hj RazmanZakaria,

Memetik ucapan beliau, “kaum orang asal mestilah mempunyai kesedaran bagi mengelak masalah ini daripada berlaku.Ini adalah kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang geran pemilikan kepada kaum orang asal. Selama ini hak orang asal hanya dipersetujui sebagai kawasan raya untuk perburuan dan pertanian sahaja, dan tidak pernah tercatat didalam pemetaan Negara sebagai kawasan penempatan untuk kaum orang asal.”

Kesan daripada pembangunan tanah yang diduduki oleh kaum orang asal akan berlaku sekiranya kerajaan mahu membangunkan tanah yang diduduki, kerana tanah penempataan orang asal tiada catatan didalam pemetaan Negara, dan seterusnya menyebabkan kaum orang asal mendiami tanah-tanah ini di usir keluar.

Jelas beliau lagi, Masyarakat orang asal perlu memilikitanah bagi meneruskan kehidupan, dengan kesedaran inilah Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat mengambil inisiatif bahawa janji Pakatan Rakyat untuk menunaikan pembatalan Felda Plantation dan tanah-tanah inilah yang akan diagihkan kepada Rakyat yang berkeluasan 800 ribu ekar di seluruh Malaysia.

Jadi, tidak ada cara lain untuk merealisasi janji yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat melainkan,rakyat mestilah membuat perubahan untuk menukar kerajaan yang ada pada hari ini iaitu,Memenangkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke -13 yang akan datang.

http://perak.pas.org.my/
Hafez Sabri
(Pegawai PJ dan Media PAS Perak )

Khamis, 25 Ogos 2011


Lynas: Pandangan berbeza Lajnah Alam Sekitar PAS
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Lajnah Alam Sekitar PAS mempunyai pandangan berbeza dengan dua pakar atom termasuk seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat berkaitan dengan kilang Lynas di Kuantan.
(Zulkefly kiri dan Dr Che Rusli kanan)
Menurut pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, perbezaan ini berdasarkan kajian mendalam yang mereka buat terhadap kilang ini dan pengalaman yang dilalui oleh kilang seumpamanya seluruh dunia.
Malam tadi, Dr Che Rusli, anggota parlimen Hulu Langat, seorang pakar atom yang pernah bertugas di Puspati dan pensyarah UKM memberikan wawancaranya dengan TV3 dan yakin kilang itu selamat.
Namun, aktivis dan pimpinan PAS di peringkat kawasan Kuantan khasnya di Gebeng, tempat kilang itu sedang dibina membantah keras pembinaannya.
Perbezaan ini disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai perbezaan pendapat teknikal yang tidak menjadi kesalahan kerana PAS menyatukan ahli-ahlinya dengan kesatuan aqidah melalui Islam.
Ia juga melambangkan kesuburan kebebasan memberikan pandangan yang bukan menjadi tunjang kepada aqidah.
Berikut adalah kenyataan penuh Zulkefly yang dihantar kepada Harakahdaily.
Saya Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubungkait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3.

Saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery)berkaitan  Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan.

Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan ‘refinery’ itu sendiri merujuk kepada KILANG.

Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi.

Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya.

Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan ‘telah dirawat’ akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu.

Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan negara.

Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya.

Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN).

PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof. Dr. Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI ketika kami bertemu mereka tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat.

Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya?. PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini.

Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran ‘radioactive particles’ atau ‘serbuk/habuk radioaktif’ yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia.

‘External Radiation’ atau ‘Radiasi Luar’ bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi ‘Internal Radiation’ atau ‘Radiasi Dalaman’ itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada.

Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada ‘external radiation’ atau ‘radiasi luar’ sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman ‘internal radiation’ atau ‘radiasi dalaman’ seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia.

Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran.

Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan.

Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan?

Rakyatkah yang salah?

PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati.

Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT?

Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu?.

Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu?.

Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB.

Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada.

Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan?

Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat?

Zulkefly Mohamad Bin Omar
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat

Rabu, 24 Ogos 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA


SALAM AIDILFITRI BUAT RAKAN-RAKAN,BLOGGER-BLOGGER,PERJUANG-PERJUANG KEBENARAN DAN SESIAPA YG KENAL BOTAONLINE,MOHON KEMAAFAN ZAHIR DAN BATIN DIPINTA DI HARI YG MULIA INI..IKHLAS DARI GROUP BOTAONLINE...

Selasa, 23 Ogos 2011

Mengapa Anwar Ibrahim Membuat Kenyataan Dari Kandang Tertuduh?

KUALA LUMPUR 23 OGOS : Di sebalik ramai yang terkejut di atas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh, peguam N. Surendran menjelaskan relevan tindakan Anwar itu. Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, Anwar membuat pilihan itu ekoran mengetahui sistem keadilan negara yang jarang berpihak padanya membuatkan beliau tidak memilih untuk berada di kandang saksi yang membolehkan dirinya disoal balas. "Keputusan tidak memberi keterangan dari kandang saksi sekaligus menujukkan protes terhadap sistem perundangan dan politik yang tidak adil. "Apa yang mereka pentingkan adalah politik mereka sahaja. Mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara,"katanya dalam satu salinan kenyataan media yang diberikan kepada TV Selangor. Anwar dalam keterangannya sebelum ini berkata, walaupun beliau bersedia untuk memberi keterangan secara bersumpah (pendakwaan boleh menyoal balas), namun katanya cara pengendalian perbicaraan oleh hakim dan pendakwaan mewujudkan keadaan yang menyebabkannya tidak boleh berbuat demikian. Kata Anwar, hakim tidak sepatutnya memberi cadangan kepada saksi berpotensi yang ditawarkan kepada peguamnya bahawa mereka boleh menolak untuk ditemubual. Malah menurut Surendran, melalui kuasa-kuasa dan akta tertentu, sistem keadilan di negara ini telah dikurangkan untuk dijadikan alat demi kepentingan regim pemerintah. Katanya lagi, sejarah juga membuktikan perkara yang sama berlaku kepada bekas Presiden Afrika Selatan yang ke 11, Nelson Mandela juga memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh semasa perbicaraan politiknya. "Mandela menggunakan pendekatan yang sama seperti Anwar (kandang tertuduh) dalam perbicaraan Rivonia Sham untuk mendedahkan kejahatan regim Apartheid kepada dunia," katanya lagi. Malah kata Surendran, Anwar turut merasai bahawa keputusan perbicaraan kes liwatnya merupakan satu kesimpulan yang sudah diketepikan dari awal lagi. "Sekarang dia (Anwar) menganggap ini satu penganiayaan kehakiman dan menjadikannya senjata untuk membuat perubahan asas dalam sistem pentadbiran negara ini," kata N Surendran lagi.

DASAR UTAMA PEMERINTAHAN ISLAM

Asas penting dan utama dipegang oleh Pemerintahan Islam ialah melaksanakan syari'at Allah SWT.Pencipta undang-undang hakiki ialah Allah,bersesuaian firmanNya dalam Al Quran:

"Sebenarnya hukum (undang-undang) hanyalah bagi Allah.Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia.Yang demikian itulah agama yang betul,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yuusuf,ayat 40) 


Sabtu, 20 Ogos 2011

APABILA DITOLAK HUKUM ALLAH.......

Apabila hukum Allah dipersenda,dilanggar dan ditolak dengan alasan tidak sesuai dengan negara majmuk dan moden seperti Malaysia.Apakah yg telah terjadi disebabkan itu?..maka industri arak dan judi semakin subur dan berluas-luasa,pelacuran,penzinaan makin bertambah,yg kaya bermewah-mewah dan yg miskin terus menerus menjadi papa kedana,kehidupan kais pagi makan pagi kais petang belum tentu dapat makan.

Cara dan gaya kehidupan pemimpin negara dan keluarga tiada mencerminkan cara kehidupan islam.Terutama dalam menutup aurat yg kita lihat sendiri kebanyakkan isteri-isteri pemimpin UMNO dan Pegerakan Wanita UMNO tidak memakai tudung sedang itu adalah pekara wajib bagi seorang wanita islam.

Program ekonomi yg merosakkan moral remaja dan belia muslim.Kini pusat hiburan tumbuh dengan banyak sekali,menaikkan taraf kelab malam dengan bertaraf lima bintang,Malaysia menjadi pusat konsert-konsert artis dari barat yg seksi-seksi,lesen judi bolasepak telah diluluskan tetapi tertangguh operasinya kerana tentangan dari PAS dan badan-badan Islam yg lain.

Apabila menolak hukum hakam Allah,umat dan negara kita menuju gaung kehinaan dan kepapaan dengan bertambahnya anak zina,penagih dadah,pengidap HIV,murtad,hutang negara bertambah,saham untuk bumiputera berkuranga,skandal-skandal ekonomi berskala mega dan pelbagai lagi masalah negara akan timbul. Maka dengan itu terjadinya begini kerana gagal meletakkan diri kita dalam posisi yg diperintah oleh Allah dan Rasul.Akhir zaman manusia tidak takut pada Allah tetapi takut akan hilang kuasa dan harta,sedangkan kesemuanya itu adalah dari Allah.

Jumaat, 19 Ogos 2011

PENGARUH ISRAEL DI MALAYSIA

Kerajaan UMNO/BN mengakui menggunakan perkhidmatan ApcoWorldwide yg didalangi pemimpin Israel-Zionis.Bayaran untuk Firma Perunding tersebut adalah 77 juta setahun.

 Beberapa blogger telah mendedahkan,sebuah syarikat yg menggunakan kepakaran Yahudi Israel ke dalam Pentadbiran Bank Negara Malaysia (BNM).Seorang kakitangan sebagai pengarah untuk malakukan huru hara dan penganiyaan terhadap kakitangan BNM.Syarikat tersebut berpangkalan di Philadelphia,Amerika Syarikat.
Blogger juga telai mempertikai BNM yg mengeluarkan syiling yg mengandungi unsur corak "satar of david" (lambang 6 bintang)simbol Israel-Zionis.Corak itu mengantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama sedangkan ia simbol Islam di Malaysia.Is terpapar pada syiling baru 10 sen.


Syarikat Asiasoft Malaysia terlibat dalam menaik taraf sistem komunikasi sistem analog Bukit Aman Digital.Syarikat tersebut menperolehi subkontrak pada 2008 dengan nama APCO 425.Dua pemegang saham syarikat itu ialah B System Sdn. Bhd. dan Asiasoft PLC yg didaftar di Singapura,dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yg berpangkalan di Israel.

PENYELEWENGAN DAFTAR PEMILIH TIADA TINDAKKAN POSITIF DIAMBIL


Senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didedahkan media saban hari,akan tetapi tiada tindakkan selanjutnya diambil oleh kerajaan selain hanya memberi pelbagai alasan-alasan yang tidak munasabah.Kini mereka hanya memberi tohmahan lagi kepada Perhimpunan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 bercadang mengheret SPR ke mahkamah berikutan kekecewaan terhadap SPR kerana masih gagal menangani penyelewengan dan kecelaruan dalam daftar pemilih yg didedahkan media-media pro pakatan rakyat.

Khamis, 18 Ogos 2011

Gubal Undang-Undang Murtad dan KembaliKan Cuti Hari Jumaat - Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 14 Ogos ─ Di sebalik kontroversi berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja, Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.
Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mahu kerajaan menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam.
Kini hanya beberapa negeri menetapkan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nasrudin (gambar) berkata, PAS pernah mengesyorkan Akta Murtad sebelum ini tetapi telah ditolak.

Jumaat, 12 Ogos 2011

KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA

Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah. Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.

Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha). 


(IKUTI SETERUSNYA DISINI)

NIK AZIZ MEMATAHKAN HUJAH MAHATHIR

Nik Aziz : "Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT,"

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam.

Dr Mahathir : Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. 


Nik Aziz : Semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.

Nik Aziz : "Kalau pada bangsa, tentu bapa saudara Nabi Muhammad SAW iaitu Abu Jahal (masuk syurga) tetapi Allah SWT telah menyatakan awal-awal lagi dia (bapa saudara Nabi) adalah ahli Neraka," katanya.


sumber dari (Blog Yop Tualang Sekah)

Khamis, 11 Ogos 2011

JAIS bersuara: Tiada serbuan di gereja

Selepas lebih seminggu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya bersuara buat kali pertama dengan menegaskan bahawa tiada serbuan dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya.

Sebaliknya, menurut Pengarah JAIS Marzuki Hussin, kehadiran pegawai penguatkuasanya dan anggota polis hanya membuat "pemeriksaan untuk memastikan kehadiran orang Islam".

"JAIS juga menegaskan bahawa perundingan yang diadakan dengan penganjur di luar dewan majlis berkenaan membuktikan tuduhan kononnya JAIS membuat serbuan, kekasaran serta pecah masuk adalah tohmahan liar semata-mata," katanya

Rabu, 10 Ogos 2011

Lima Lihat Anwar Tutoh Saiful

Lima Lihat Anwar Tutoh Saiful Posted on Wednesday, August 10 @ 05:14:44 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur Oleh: laniismaa "
Lima yang menyaksikan dengan mata kepala mereka Anwar 'tutoh' Saiful sehingga sukar berak. Mereka ialah bekas Setiausaha Politik Anwar yang juga Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor; bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari; bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. BACA DISINI

Isnin, 8 Ogos 2011

SEPETANG DI BAZAR RAMADHAN SERI ISKANDAR BOTA



Suatu petang yg panas tak panas,mendung tak mendung,teman dengan sahabat teman bersiar-siar ler ke Seri Iskandar,singgah ler ke bazar ramadhan di hadapan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Seri Iskandar,Bota.Petang tu kalau di tengok-tengokkan ramai ler juge yg datang untuk membeli juadah berbuka puasa. Rata-ratanya yg ramai datang adalah penuntut-penuntut dari UiTM,yg kebetulan bazar Ramadhan ni juga berhadapan dengan UiTM Seri Iskandar.

BILA LAGI DAFTAR PEMILIH NAK DIBERSIHKAN?

Selagi tidak dibersihkan daftar pemilih,selagi itulah SPR tidak telus dalam menjalankan tugas mereka.Sehingga kini tuntutan dari bersih 2.0 tidak dilaksanakan dan tak dilayan.Mana kebebasan badan tersebut yg kononnya satu badan bebas menjalankan pilihanraya dengan adil dan bersih. Kebongkaran demi kebongkaran telah dibuat oleh PAS,PKR,DAP dan pihak2 lain dalam daftar pemilih yg telah disemak dan dikemaskinikan,terbukti ada diantara individu-individu terssebut boleh mengundi lebih dari sekali apabila namanya ada dibeberapa pusat mengundi.Sebagai contohnya:



Nama : Mohd. Rashid bin Ismail
No KP : 620108-08-6991 (6397062)*
Lokasi : Kg. Rahmat
Daerah Mengundi : Kemunting Station
DUN : Kuala Sepetang
PARLIMEN : Bukit Gantang


Nama : Mohd. Rashid bin  Ismail
No KP : 620108-08-6713 (6397062)*
Lokasi : Kg. Bukit Jana
Daerah Mengundi : Bukit Jana
DUN : Kemunting
Parlimen : Taiping

Contoh ini dapat kita sama-sama lihat pada no KP lama insan bernama Mohd Rashid ini adalah sama,cuma yg dapat diubahsuai adalah pada empat no terakhir no. KP baru,Telah dibuat semakan melalui internet terbukti ada dua tempat mengundi sepertimana yg telah dibongkarkan ini..Adakah kesalahan teknikal ini?

Bukan ini sahaja bukti tetapi banyak lg yg telah dibongkarkan,adakah daftar pemilih bersih?adakah SPR mahu dicopkan sebagai agen UMNO BN? Terdapat juga daftar pemilih baru yg telah diberi kepada pendatang asing yg paginya sebagai permastautin tetap dan petangnya sudah ada mycard.Bukti-bukti lain dapat dilihat setiap hari yg dibongkarkan di laman2 blog dan facebook serta twitter.

Jika tidak SPR bersihkan daftar pemilih ini,bersih 3.0 akan bakal diadakan.Sekiranya masalah ini tidak dapat lagi diatasi maka secara jelas SPR adalah kompenan BN dan berusaha untuk menolong UMNO BN mengekalkan pemerintah dangan cara yg cukup kotor.

Yingluck Shinawatra terima perkenan Raja Thailand sebagai Perdana Menteri Wanita Yang Pertama.

09/08/2011 3:17am
BANGKOK 9 Ogos – Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej memperkenan dan mengesahkan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand, semalam.

Wajib Baca: ARTIKEL TERBAIK TENTANG ISU KRISTIANISASI!!!

Isu Kristianisasi atau cubaan memurtadkan umat Islam bukanlah satu isu baru. Semalam, beberapa akhbar melaporkan tentang kegiatan kristianisasi di daerah Petaling Jaya. Petaling Jaya sememangnya diketahui antara tempat gejala berkenaan berleluasa.
SJ pernah diberitahu terdapat gereja di daerah itu yang mengedarkan makanan tengahari secara percuma kepada penghantar surat (mat despatch). Malahan kawasan Petaling Jaya juga merupakan tempat berkumpulnya golongan berfahaman Islam Liberal seperti Sister In Islam (SIS) dan golongan anti-hadis. Maka tidaklah menghairankan bila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak atas amanah untuk menjaga akidah umat Islam khususnya di negeri Selangor. Malaysiakini pada hari ini telah mengeluarkan satu artikel berbentuk provokasi bertajuk “When Will The Christian Bashing End?” (http://www.malaysiakini.com/news/172215)

Ahad, 7 Ogos 2011

Ahmad Zahid Hamidi Diminta Usah Jadi Seperti Ketam .

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa UMNOlah yang sepatutnya mengikut Ulamak dan bukan menyuruh ulamak mengikut parti itu. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO dalam Utusan yang bertajuk "Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada parti politik". Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik berkata "Berilah nasihat tanpa kira kumpulan atau parti politik tertentu.

Sabtu, 6 Ogos 2011

KJ...Kami Suruh Main Politik Bukan Main Kain Batik.

Boy.. gua suruh lu main politik bukan main kain batik…Ini bukan Sk tulis.Sk rembat dari blog pencacai Umporno.Tengok Sini

SERBUAN KEATAS GEREJA: ISMA MINTA SEMUA TIDAK MENGGANGGU JAIS MENERUSKAN SIASATAN

BANGI, 6 Ogos: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berpendapat Jais perlu meneruskan siasatan jika badan itu mendapati wujud kes gereja terlibat dalam kegiatan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam seperti yang dilaporkan dalam satu kejadian di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya.

Isma juga meminta supaya pihak-pihak lain tidak mempolitikkan perkara ini yang boleh mengganggu siasatan Jais.

“Isma mahu Jais meneruskan siasatan tanpa diganggu oleh mana-mana pihak kerana ia bertepatan dengan bidang tugas Jais dan undang-undang. Kes ini berkait dengan isu sensitif di sisi perlembagaan dan umat Islam dan tidak sepatutnya dijadikan isu politik,” kata Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini.

Khamis, 4 Ogos 2011

MB Selangor! Siasat Dahulu Kesahihan
Sebelum Keluarkan Kenyataan
Berhubung Isu Serbuan JAIS

http://2.bp.blogspot.com/-rFeylcyO7LI/Tbgb2GE99bI/AAAAAAAAD6I/YQbuNH-X4HM/s200/Tan_Sri_Dato%2527_Abdul_Khalid_Ibrahim_6.jpg

Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Rabu, 3 Ogos 2011

UMNO DARI DULU BERGANTUNG KEPADA HANTU UNTUK MENANG

Patut le selama ini PAS dan PKR selalu kalah. Rupa-rupanya pengundi hantu ciptaan SPR masih berleluasa. Cuba klik di sini http://www.perisik-rakyat.com/2011/08/pru-13-misi-pertahan-kuasa-dengan-kod.html