Selasa, 3 April 2018

Fitnah UG PAS dan Umno

Dari Mana Mulanya Fitnah 'UG'?

Apakah Permulaan Fitnah UG?

Inilah bapak munafik UG M'sia.
Pada satu klimaks serangan DAP terhadap PAS, isu UG-lah dibangkitkan oleh Lim Guan Eng. Bila Lim Guan Eng bercakap tentang PAS nak ber-UG dengan UMNO, semua kenyataan disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina. Masyarakat Cina percaya benar bahawa TGHH hendak bawa PAS ber-UG dengan UMNO. Dari manakah mulanya Lim Guan Eng dibekalkan peluru fitnah ini?

Sebelum DAP berkonfrontasi dengan PAS atas isu UG, PASMA terlebih dahulu menyebarkan fitnah dalam ceramah dan media mereka tentang isu ini. Sila rujuk kenyataan PASMA sebelum ini.
Sebelum PASMA melalui Presidennya Pahrolrazi menjaja fitnah ini, blogger dan penulis Mohd Sayuti Omar, Aduka Taruna dan Tulang Besi dan cybertrooper anti-ulama PAS telah memainkan isu ini. Bencinya mereka terhadap TGHH hingga ada operasi dinamakan Langgar Hadi. Untuk memusnahkan karektor TGHH, UG-lah diangkat sebagai modal. UG yang telah diputarbelitkan daripada maksud asal. Sesiapa yang ingin tahu apa versi asal UG, buatlah sedikit rujukan.

UG yang diputarbelitkan sejak 2008 hingga kini tidak menjadi kenyataan. Kalaulah benar UG itu bermaksud PAS hendak bergabung dengan UMNO, sudah lama wujud gabungan itu. Tetapi tidak. Sebaliknya yang wujud ialah Pakatan Rakyat. Kepada golongan baru main politik pembangkang, sila rujuk Siasah bilangan 138. Besar tajuknya, 'Negara Tanpa Pembangkang'. Itu tajuk besar intipati idea UG. Alih² golongan anti-ulama bermula 2008 lagi menabur racun fitnah dengan dakwaan TGHH nak gabungkan PAS dengan UMNO.

Asal mulanya mengapa geng Langgar Hadi menfitnah TGHH dengan isu UG ini? Kekalahan PAS di Terengganu pada PRU2004 menjadi bahan cercaan mereka. Mereka menyalahkan TGHH sedangkan telah dibentangkan satu post-mortem kekalahan PAS. Sekali lagi aku menyeru golongan penyebar fitnah UG membuat sedikit kajian.

Malah Khalid Samad juga memperli kekalahan PAS di Terengganu tanpa menjadikan post-mortem yang rasmi sebagai sandarannya. Maknanya, puak-puak ini sudah benci akan TGHH sekian lama.

Apa hubungan Husam Musa dengan Mohd Sayuti Omar dan Kickdefella, blogger yang cukup sensasi suatu waktu dahulu? Siapa yang mengadu domba TGHH dengan TGNA dengan meberi maklumat yang tidak tepat tentang UG? Mujur akhirnya TGNA faham duduk perkara sehinggalah akhit hayat TGNA menghormati dan bersama² TGHH dalam setiap keputusan.
Kenapa Mujahid Yusof Rawa tidak menceritakan hal sebenar idea UG sedangkan dia tau maksud sebenar UG berdasarkan Siasah 2009 itu? Kenapa Mujahid membiarkan fitnah ini bermaharaja lela?

Dari mulut siapa mula fitnah ini?

Mohd Sayuti Omar? Husam Musa? Khalid Samad? Aduka Taruna? Tulang Besi? Kemudian fitnah itu disebarkan pula oleh beberapa kerat orang muda yang baru belajar politik melalui blog², facebook dan media sosial yang lain.

Hari ini mungkin sudah berjuta rakyat Malaysia yang mengikuti politik semasa termakan fitnah ini. Siapa yang nak menanggung timbunan dosa yang dikatakan lebih tajam daripada mata pedang ini?

Yang difitnah bukan sembarangan orang; seorang ulama yang diiktiraf oleh dunia; sayangnya dihina oleh bangsanya sendiri.
Husam Musa, Pahrolrazi, Khalid Samad pukul TGHH dengan UG yang telah diputarbelitkan tadi. Disambung fitnah itu oleh penjaja² kecil facebooker.

Soalan saya untuk semua yang memviralkan fitnah ini. Kenapa kalian tidak pernah menyerang dan mengutuk DS Anwar Ibrahim dengan Konsesus Nasional dan Lim Kit Siang dengan versi UG-nya sendiri? Kenapa tidak pernah menyeranah DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Kenapa semua terdiam apabila idea itu dilontarkan?

Dan kenapa kini semua cuba menyembunyikan? Kamu berpolitik dengan hati busuk atau apa sebenarnya?

From Facebook Tentera Semut

Rabu, 28 Mac 2018

DAP KUASAI MALAYSIA: APAKAH RAMALAN TUN DR MAHATHIR AKAN JADI KENYATAAN?

Tun Dr Mahathir dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan lain sering menyebut bahawa DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika Pakatan Harapan menang di dalam PRU 14.

Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 Khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.

Alasan mereka adalah kerana jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan AMANAH.

Satu lagi alasan mereka adalah kerana pemimpin Pakatan Harapan telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac 2014.

Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai Singapura.

Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang didominasi oleh Cina.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under the control of the DAP then it would become a Chinese dominated Government.”)

Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang, sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih parti Melayu mana akan menang.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today the Malays are divided into three parties. For any party to win, Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose which Malay party should win.”)

Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan tumbang.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)

Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa ("the DAP is not about to give up"): “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana. Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”    

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend toward declining support for BN continues, it may result in the DAP vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being realised. Malaysia will be like Singapore.”)

Sama-samalah kita nantikan apakah ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura, selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.

Paling sadis dan ironis sekali adalah hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan oleh beliau sendiri.

Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau ini.

Dari Facebook Dr Kamarul Yusoff

Isnin, 26 Mac 2018

SINAR HARIAN JANGAN JADI PENYEBAR BERITA FITNAH

Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Saya telah menghubungi Ketua Wartawan Sinar Harian, Muhammad Shamsul Abd Ghani bagi menyatakan kekesalan Presiden PAS terhadap berita Sinar Harian Online pada 25 Mac 2018, semalam dan Sinar Harian Cetak pada 26 Mac 2018 yang bertajuk “PAS AMBIL PENDEKATAN BERKECUALI ISU 1MDB” yang disifatkan sebagai berita fitnah dan palsu dengan niat untuk memburukkan imej dan persepsi awam terhadap Presiden PAS.

PAS mendesak pihak Sinar Harian segera memohon maaf secara terbuka dengan syarat disiarkan dalam Sinar Harian Online dan dipaparkan di muka hadapan Sinar Harian Cetak.

Berita fitnah ini sangat jelas dirancang apabila Sinar Harian terpaksa mengubah tajuk sebanyak tiga kali;

1. PAS ambil pendekatan berkecuali isu 1MDB
2. PAS ambil pendekatan ‘berkecuali’ isu 1MDB
3. 1MDB: Jangan terus hukum

Malahan pihak Sinar Harian juga menukar nama wartawan asal yang menulis berita tersebut daripada Muhammad Faiz Sulong kepada wartawan Sinar Harian sahaja tanpa nama yang bertanggungjawab.

Inilah strategi yang biasanya digunakan oleh portal Pro PH seperti Malaysiakini, The Malaysia Insight, Free Malaysia Today dan The Malay Mail yang menerbitkan tajuk berita pertama berunsur fitnah kemudiannya ia ditukar dengan tajuk lain tanpa nama wartawan yang bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah dan membentuk persepsi buruk terhadap PAS. Sepatutnya Sinar Harian tidak terikut dengan budaya media jahat seperti itu.

Orang ramai mudah mempercayai berita pertama yang berunsur fitnah lalu ianya melekat dalam minda mereka sehingga ramai kalangan penyokong Pakatan Harapan mengutuk dan menghentam Presiden PAS berasaskan berita pertama yang disengajakan dan strategi permainan media untuk meraih pelawat ke portal mereka.

Hakikatnya Presiden PAS menjawab soalan daripada bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia dalam Program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera (DIALOGS 2018) di Hotel De Palma, Shah Alam semalam, mengenai strategi dan tindakan PAS atau Gagasan Sejahtera dalam skandal 1MDB bila berada dalam kerajaan nanti untuk memastikan orang-orang yang terlibat dalam 1MDB tidak terlepas?

Transkrip penuh jawapan Presiden PAS adalah seperti berikut:

“Dalam masalah 1MDB ada soalan tadi. 1MDB ini kita mesti bertindak berdasarkan sistem kehakiman yang adil, mestilah melihat saksi yang adil. Yang adil dalam Islam ini bukan sahaja beriman, termasuk yang tidak mengerjakan dosa besar, yang tidak terus menerus mengerjakan dosa kecil, yang tidak rendah maruahnya, orang yang tidak ada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku pada hari ini ialah saksi media. Media pula media sosial. Kita tidak kenal siapa buat media sosial ini. Maka terdedah kepada fitnah, oleh sebab itu mestilah dikendalikan dengan seadil-adilnya. Bukan sahaja 1MDB, termasuklah Forex, termasuklah Skyhawk, termasuklah BMF, termasuklah Tabung Haji, KWSP.

Apa yang berlaku ini kita membawa budaya Melayu mudah lupa. Bila bawa 1MDB, yang dulu kita lupa semua. Kita tidak lupa. Semua kita tak lupa. Oleh sebab itu kita mesti kendalikan, mereka yang salah mesti dihukum. Tetapi dihukum itu mesti dilihat, bukan sahaja kesalahan dia, termasuklah jasa-jasa dia. Dalam Islam kita nak hukum orang bukan hukum salah dia sahaja, kalau dia ada jasa dia, dia baik juga mesti diambil kira, jasa dia, dan ditolak campur dengan jasa dia dengan kejahatan. Ini pendekatan yang diambil oleh Islam. Bukan kita nak hukum (sahaja).

Kita tak bawa budaya kalau orang ternak ayam, tengok ayam dia berminat sembelih, sembelih, akhirnya habis ayam, licin. Bukan budaya itu. Budaya kita mestilah dengan cara yang konsisten, dengan cara yang baik, kita menilai seadil-adilnya, bukan sahaja kejahatan orang termasuklah kebaikan dia. Bukan bermakna kita membela orang yang jahat, tidak. Tapi kita mahu dikendalikan dengan seadil-adilnya. Dan kita kena sedar bahawa konsep kehakiman dalam Islam, orang yang dituduh dianggap tidak bersalah, dia baru dituduh, dianggap tidak bersalah. Apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja terus hukum bersalah. Ini satu pendekatan yang tidak betul, oleh sebab itulah kita tidak melampaui batas dalam masalah menyebarkan fitnah. Dan mengikut ajaran Islam, kalau perkara fitnah itu betul-betul berlaku pun, kita mesti cari jalan untuk memurnikan dan membersihkan keadaan, supaya tidak berlaku tindakan bersifat ketidaklanjuran.”

Jelaslah bahawa dalam jawapan Presiden PAS tidak ada sepatah pun perkataan “berkecuali” dan ianya satu fitnah melampau direkayasa oleh Sinar Harian.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL MALIK BIN AB RAZAK
Setiausaha Akhbar Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rejab 1439 / 26 Mac 2018

Sabtu, 24 Mac 2018

ISU WACANA SINAR HARIAN: TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN, PANDANGAN DAN TEGURAN

Baru berkesempatan membaca komentar rakan-rakan sehubungan dengan isu yang dimainkan oleh para pentaksub Tun Dr Mahathir mengenai "keterkucilan" saya bila Tun Dr Mahathir datang menerjah Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM.

Saya tidak faham mengapa video troll ke atas diri saya yang kononnya berubah muka jadi "macam kena telan ubat gegat" ekoran kedatangan Tun Dr Mahathir yang disebarkan oleh Kelab Che Det ini begitu mendapat sambutan sehingga telah mencapai 2.3 juta tontonan dan 61 ribu perkongsian sedangkan hakikatnya di dalam video itu sendiri pun masih kelihatan yang saya terus konsisten berhujah selepas Tun Dr Mahathir datang.

Walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan mahupun pandangan dan teguran yang diberikan oleh semua pihak kepada saya yang, insya Allah, akan saya gunakan untuk memperbaiki diri saya di masa hadapan.

Saya sebenarnya sangat terbuka dengan sebarang pandangan dan teguran, khususnya ke atas aspek penyampaian lisan saya, malah bila dijemput berucap, saya sendiri selalunya akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kekurangpetahan saya dalam berpidato bagi mengelakkan kehampaan pihak penganjur dan penonton, dan hanya bila saya tetap dijemput juga barulah saya akan hadir.

Saya bukanlah lahir dari kalangan keluarga yang mempunyai kebolehan berpidato yang baik dan saya sendiri sebelum ini tidak berusaha untuk mengasah dan memperbaiki kemampuan berpidato saya kerana saya memang tiada sebarang impian untuk mengubah kerjaya ke kerjaya seperti ahli politik atau pakar motivasi yang memerlukan kemampuan berpidato yang baik.

Terima kasih khususnya kepada sokongan dari dunia akademik, termasuk:

1. Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose, yang menulis mengenai "hujahan (saya) yang baik dan well-researched" dan "next time stay cool, composed".

2. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Mohamad Mustafa Ishak, yang menulis mengenai saya "presenting (my) argument based on facts", "Tun M should not make a come back" dan "the moderator was quite biased".

3. Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz yang menulis mengenai "(saya) orang yang hebat dalam bidang (saya)", "analisis (saya) padat" dan "analisis (saya) jelas dengan fakta yang ramai orang tidak mengerti".

4. Dr Muhaimin Sulam yang menulis mengenai "(saya) semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan" dan "ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar".

5. Ahmad Farami Abdul Karim yang menulis mengenai "moderator tidak menunjukkan sikap tidak memihak", "dalam banyak situasi, beliau bersikap ofensif terhadap (saya) dan berhujah seperti panelis" dan "ada masanya (moderator) defensif seakan mewakili parti politik".

Terima kasih juga di atas sokongan dari dunia politik, termasuk:

1. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, yang menulis mengenai "seorang ahli akademik lazimnya bebas bercakap walau jarang menarik perhatian sesiapa tapi kali ini (saya) sangat berjaya mencuri perhatian", "ia satu kejayaan" dan "ternyata mesej (saya) sampai".

2. Ketua Penerangan PAS Malaysia, Nasruddin Hassan, yang menulis mengenai betapa, "walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan kiri dan kanan, namun (saya) masih berupaya menyampaikan pandangan dan hujah disokong dengan fakta yang kuat" dan "penghujahan yang diutarakan (saya) sahaja sudah cukup komprehensif dari segala segi dan selayaknya itulah laras yang perlu dibahaskan secara teliti".

3. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menulis mengenai "kepetahan saya berbicara tidaklah sehebat sebahagian penceramah yang hebat tetapi idea dan pandangan (saya) sangat bernas", "hujahan yang (saya) tampilkan dalam forum di Sinar Harian semalam sangat bernas dan akademik" dan "ia perlu dinilai menerusi neraca akademik bukannya neraca emosi".

4. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Datuk Nik Abdul Aziz, yang menulis mengenai betapa "(beliau) berbangga dengan (saya) kerana pandangan-pandangan intelektual (saya) terhadap politik tanah air", "'ada ubi ada batas' adalah doa (saya) sebagai seorang yang rasa dipermainkan atau diperangkap oleh 'tuan rumah'" dan "(beliau) amin-kan 10 kali".

5. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang menulis mengenai betapa "Tun patut mari awal lagi waktu (saya) sebut fakta-fakta bagaimana Tok Guru sebagai orang tua yang patut tak jadi Menteri Besar, nyanyuk dan lain-lain" dan "insya Allah kebenaran akhirnya akan tertegak walaupun ramai yang masih dalam lamunan mimpi".

Sekali lagi terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas sokongan, pandangan dan teguran dari semua pihak kepada saya, baik yang berbuat demikian atas nama pertubuhan, termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan, mahupun atas nama individu.

  جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا

Dr Kamarol Yusoff

Jumaat, 23 Mac 2018

APAKAH QUNUT NAZILAH....

Bacaan Qunut merujuk kpd DOA yg dibaca didlm solat pd tempat yg khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah merupakan salah 1 drp 3 jenis qunut yg sunat dibaca mengikut Mazhab Syafie selain qunut dlm solat Subuh & qunut pd separuh mlm kedua terakhir Ramadhan dlm solat sunnat Witir.

Qunut Nazilah sunat dibaca ketika umat didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau & sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW ketika kejadian pembunuhan beramai ramai penghafal Al Quran selama sebulan berdasarkan hadith berikut yg bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi SAW membaca DOA qunut pd waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan para sahabat2nya penghafal Al Quran".

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim.