Hasan memperbetulkankan laporan Harakah yang mengatakan beliau ke Kota Baru
semata-mata untuk bertemu pemimpin tertinggi Pas dan untuk meminta maaf atas
kenyataan yang dibuatnya terhadap parti.
Hasan berkata
beliau sudah pun menarik balik komennya yang menyentuh isu Negara Kebajikan
semasa press conference dikediamannya pada 24 Disember dan meminta maaf kepada
pemimpin parti waktu yang sama.
Hasan kecewa/kesal kerana
Harakah telah diberi peringatan supaya jangan lagi memutarbelitkan fakta yang
akan menyebabkan kekeliruan dan pecahbelah.
Beliau dijemput hadir
ke Kota Baru dan perjumpaan berlangsung dalam suasana yang tenang dan jujur.
Antara yang dibincangkan adalah halatuju parti, persiapan PRU dan fungsi Harakah
sebagai suara resmi parti..
Mereka yang hadir telah berikan
pandangan masing-masing dan beliau turut terharu dengan pengiktirafan yang
diberikan oleh kepimpinan Pas terhadap misinya dalam memperjuangkan Islam
dinegara ini.