Ahad, 31 Julai 2011

HARI ITU DALAM SEJARAH : PROJEK MEE SEGERA UMNO / BN

Assalamualaikum wm. wbr.,apabila saya terlihat photo ini teringat saya photo yg saya ambil ini dua minggu sebelum pernamaan calon pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang kira-kira tiga tahun lalu.

Gambar yg saya ambil ini mungkin tidak nampak jelas kerana waktu gambar ini diambil,ketika itu hujan lebat melanda kawasan itu.Kawasan tempat saya ambil gambar ini ialah pekan Simpang di dalam parlimen Bukit Gantang.

Apa nak saya gambarkan dan huraikan tentang gambar ini ialah bagaimana projek mee segera dijalankan.Masa itu ketika hujan lebat pekerja-pekerja bertungkus lumus menyiapkan kerja tar jalan diantara Changkat Jering dan Pekan Simpang didalam Parlimen Bukit Gantang.Tar jalan inilah salah satu projek mee segera yg dapat saya ambil gambarnya. Ketika itu sibuk kerajaan BN menaburkan pelbagai projek ke parlimen Bukit Gantang bagi memastikan kemenangan BN,diberitakan jutaan ringgit telah di taburkan ke sana,walaubagaimanapun berjuta-juta ringgit di lepaskan pergi ke Bukit Gantang tetapi Parlimen Bukit Gantang milik PAS dan Pakatan Rakyat.

Hasil dari projek mee segera,taburan jutaan ringgit,janji pelbagai projek-projek, PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang,Dato'Seri ir Nizar Jamaluddin berjaya memenanginya dengan majoriti 5 ribu lebih undi.Pilihanraya tersebut diadakan selepas penyandangnya Allahyarham Roslan Shahrom meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan