Jumaat, 24 Mei 2013

Tumpu penjenayah bukan pemimpin Pakatan

Abdul Aziz Mustapha, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat keselamatan mereka," kata beliau.

Mengulas kenyataan Low itu, Mahfuz menyifatkan kenyataan Low amat jelas menyatakan kepada rakyat bahawa jika seseorang mempunyai harta, ia tidak selamat lagi untuk berada dalam negara ini.

"Bukan itu sahaja, Low juga memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa menteri-menteri kerajaan BN mempunyai harta yang sangat banyak, mungkin sehingga berbilion-bilion dollar Amerika, sebab itulah tergugat keselamatan mereka dan keluarga mereka kalau mengisytiharkan harta," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan kenyataan Low itu sebagai anti-ketelusan yang sekaligus menghalang rakyat mengetahui dari manakah sumber harta menteri-menteri yang begitu banyak itu sehingga bimbang menggugat keselamatan mereka kalau diisytiharkan harta-harta tersebut.

Beliau kesal kerana Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) itu menutup peluang rakyat untuk mendapatkan ketelusan dan memastikan menteri-menteri bersih dan dilihat bersih serta tidak menyalahgunakan kuasa.

"Low nampak benar mahu membunuh isu ketelusan melalui pengisytiharan harta dengan membangkitkan isu keselamatan sehingga beliau memberi gambaran negara ini tidak lagi selamat kalau berharta," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz juga menolak tindakan mengaitkan pengisytiharan harta dengan isu keselamatan.

"Pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka. Tidak pula tergugat keselamatan mereka.

"Agaknya harta pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang tidak cukup banyak untuk dirompak," kata beliau sinis

Pada masa yang sama, kata Mahfuz, mereka yang tidak mengisytiharkan harta juga dirompak.

Beliau memberi contoh, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak mengisytiharkan hartanya, tetapi rumahnya dirompak.

"Begitu juga ada pegawai-pegawai kanan atau bekas pegawai-pegawai kanan polis yang tidak mengisytiharkan harta mereka, tetapi rumah mereka dirompak juga," katanya.

Mahfuz mengingatkan Low bahawa rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduknya.

"Adakah Low membasmi rasuah atau dia pula yang diheret dan tenggelam dalam kebiasaan parti perasuah," kata beliau.
 
 
Berita dari :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19506-tumpu-penjenayah-bukan-pemimpin-pakatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Kuliah UAI...Tak ikut perintah Allah,keluarlah dari bumi ni.....

Lama tak update blog Botaonline...sebagai sajian untuk hari ini adalah kuliah dari Ustaz Azhar Idrus bertajuk sila keluar dari bumi jka tak ikut perintah Allah swt.Selamat melihat dan mendengar kuliah ini.....



Sabtu, 4 Mei 2013

Samseng-samseng mula buat huru hara....

Satu peristiwa berdarah telah belaku petang tadi di station 18 Ipoh perak,dimana sekumpulan pertugas PR yg sedang kempen Flashmob di persimpangan berdekatan dengan Tesco Station 18 Ipoh telah diserang sekumpulan geng-geng motosikal.Mereka yg diserang cerdera parah dan telah dikejarkan ke Hospital.Dipecayai geng motosikal tersebut adalah geng UMNO sebab tertera pada baju I LOVE PM.





Rabu, 1 Mei 2013

Program konvoi Pakatan Rakyat Parit dapat sambutan

Gambar-gambar sekitar program konvoi terbesar anjuran Pakatan Rakyat Parit yg bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.


persinggahan pertama di depan Tesco Seri Iskandar
Rehat sebentar di Kampung Teluk Perang

Solat Zohor berjemaah di Masjid Kampung Teluk Manis
Minum petang di Markas PAS Kampung Kuchai


Laluan terakhir ke tempat berakhirnya konvoi

Konvoi berakhir di Markas PAS Kampung Kubang Chandong
Kejayaan Pakatan Rakyat Parit menjayakan Konvoi yg besar ini menunjukkan PR telah mendapat sokongan yg mengalakkan,berbanding dengan Konvoi PRU ke 12 yg lalu.Setelah Konvoi PR tamat,BN pulak berkonvoi petang tadi dan seperti biasa lah pelajar sekolah adalah antara yg turut serta dalam konvoi BN.




Selasa, 30 April 2013

Kegagalan BN Parit,rakyat kecewa



Video ini memaparkan suasana di Parlimen Parit yg banyak projek terbengkalai dan projek merugikan.Diantara Projek mega yg rugi ialah projek kambing di jalan Parit ke Seri Iskandar,turut terlibat ialah penghapusan hutan simpan dara yg melibatkan ribuan hektar di kawasan yg sama.

Jumaat, 26 April 2013

Faisal Efendi Tidak Hormati Mahkamah dan Patut di Laknat


Mantan ketua Angkatan Muda Keadilan Parit, Faizal Effendi dalam siri ceramah kelompok UMNO di Titi Gantong baru-baru ini telah mengeluarkan cerita lama yg mahkamah dah tolak kesnya tapi Faisal ni masih nak sabitkan Anwar dengan kes liwat.

Isu itu sebenarnya dah lama habis ceritanya tapi si faizal ni masih nak buat fitnah dan tipu orang Bota sepertimana Dato' Nasaruddin Hashim calon BN DUN Bota yg tipu kata mak dia tak ajar menipu tapi rakyat bota ditipunya hidup-hidup.

Nampaknya Faizal ni tak menghormati mahkamah dan  tidak takut pada Allah, kerana Allah menuntut dikemukakan 4 orang saksi,. Jika  Faisal tidak dapat mengemukakan 4 orang saksi, hukuman qazaf akan dikenakan kepada beliau, iaitu sebat 80 kali dan tidak diterima persaksiannya buat selamanya.Maknanya cakap-cakap Faisal adalah cakap tin kosong dan laknat akan tertimpa kepada beliau,,,
Lihat ini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zuFer0lnYm8#!

Dan lihat ini pula, permintaan maaf bapa Saiful kepada Anwar Ibrahim.http://www.youtube.com/watch?v=9VpHXrvp9Tg