Sabtu, 30 Mac 2013


ANAK MUDA BOTA BEST, EJEK LAUNGAN SATU MALAYSIA!!
Padan dengan muka artis dangdut yang jadi orang suruhan UMNO ni. Dia ingat orang-orang Bota bodoh, tak boleh piker ka?? Dah kena ejek pun masih ajak bergoyang lagi, memang tak ada maruah lansung.

Mari Bergelek Bergoyang Untuk Tumbangkan BN-UMNO 1 Malaysia.

 

30Mac2013 - Bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, satu konsert telah diadakan  yag dianjurkan oleh ASTRO dan Barisan Nasional Parit.

Dengan disaksikan oleh Ahli Parlimen Parit, al Fadhil al Ustaz DRs Mohd Nizar Zakaria, artis-artis ini terus mengajak anak-anak muda Parlimen Parit bergelek hingga larut malam. Disamping itu mereka berkempen agar orang Bota/ Parit megundi BN..

Teruk betui le program anjuran Ustaz UMNO ahli Parlimen Parit ni. MB haram Mamak Zamri pun kelulusan PHD agama Islam juga, tapi sayangnya mereka tak nampak ayat-ayat al Quran bagi menyuruh yang baik dan membenteras kemungkaran.

Isnin, 11 Mac 2013

Anwar datang Bote dan Lambor

"Oh kome doyan dah berbunge..
moh kite minang anok dare..
anak dare anak dare Bote..
teman jumpe di PADANG TENGGALE"

Itulah lirik lagu yg pernah diglamourkan oleh Mr Os satu ketika dulu,tapi bukan nak cerite pasal lagu ini,ceritanya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah singgah sebentar di Kampong Padang Tenggala Bota Kanan pada 10hb Mac 2013 iaitu petang semalam dalam program Jelajah Merdeka Rakyat di negeri Perak dimana DSAI telah singgah di beberapa tempat bermula di Kg. Padang Tenggala kemudian ke Bilik Gerakkan PKR Batu 16 Lambor Kanan selepas itu ke Pasir Salak dan berakhir di Teluk Muruh Lumut.


Ketibaan Bas Jelajah Merdeka Rakyat yg membawa rombongan DSAI.Turut sama dalam rombongan ialah kumpulan konvoi kereta dan motosikal yg diberitakan menyambut rombongan DSAI di tol Simpang Pulai dan terus ke Pekan Parit dimana DSAI meluangkan masa sebentar beramah mesra dengan penduduk-penduduk di Pekan Parit sebelum rombongan DSAI ke tempat persinggahan pertama iaitu di Kg. Padang Tenggala,Bota Kanan.


Turun dari bas DSAI telah beramah mesra dengan hadirin yg hadir dan ambil kesempatan untuk bersalaman sebelum DSAI menyampaikan ucapan.


DSAI menyampaikan ucapan dengan kata-kata semangat kepada hadirin menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yg hampir pasti akan belaku tidak lama lagi.



Apa pun tidak ada belaku apa-apa kejadian yg tidak diingini iaitu huru hara dari geng samseng UMNO dan Perkasa dan hadirin yg hadir melaungkan "Rakyat Bangkit Bota Berubah" berulang kali.

Setelah habis Program di Kg. Padang Tenggala DSAI terus ke distinasi seterusnya di Bilik Gerakan PKR di Batu 16 Lambor Kanan untuk menyampaikan Tazkirah dan solat Maghrib,cerita di Lambor boleh tengok di Blog TBO http://telokbakong.blogspot.com/ 





Isnin, 4 Mac 2013

'Semuanya salah Anwar'


Penulis khas Harakahdaily,04 Mac 2013

Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Kali ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Dikatakan kumpulan penceroboh yang juga pengikut Sultan Sulu itu datang kononnya 'atas ajakan' Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa datang kerana menuntut janji dari sekutu Anwar ke atas tanah Sabah.

Malah dituduh bahawa Anwar juga rapat dengan pemimpin MNLF Nur Misuari, kumpulan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Sabah pada waktu ini.

Seperti biasa, fitnah terancang dari blog-blog Umno ini dijaja pula oleh media Umno, Utusan Malaysia dan TV3 yang dianggap sebagai penyebar maklumat mereka.

Lalu di kampung-kampung khususnya, bertebaranlah fitnah ini dengan Anwar dijadikan sasaran kebencian dan melupakan kelemahan dua menteri yang menjaga soal keselamatan negara bertindak tegas dalam menangani isu ini.

Difahamkan juga, ada beberapa tempat di Kelantan sehingga membuat majlis penjelasan khas oleh penceramah Umno kepada masyarakat dengan menuduh Anwar dalang disebalik semua yang berlaku.

Ianya tidak lain, bagi menanam kebencian rakyat kepada Anwar demi keuntungan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagi Anwar, segala tohmahan yang dilemparkan hanya cubaan menutup kelemahan kerajaan menangani soal keselamatan negara sehingga menyebabkan beberapa anggota polis menjadi mangsa korban.

(Kilik untuk menonton penjelasan Anwar)

"Agak aneh menteri dalam negeri dan menteri pertahanan lambat sekali memberi reaksi. Seolah-olah Lahad Datu, Sabah boleh dikepong kelompok asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa kecuali berunding. Ini menunjukkan kelemahan kita.

"Untuk mengalih pandangan (dari kelemahan kerajaan), blog-blog Umno mengatakan ini satu lagi kerja Anwar.

"Dengan kelompok extrimis Islam pun Anwar, dengan Israel pun Anwar, dengan Amerika pun Anwar, dengan India pun Anwar dengan Cina pun Anwar.

"Ini hanya momok politik. Ini isu keselematan negara. Mereka gagal mengawal keamaan gagal selesai isu ini dengan baik, lalu menyindir saya," kata Anwar dalam satu rakaman video menjelaskan perkara itu.

Selain menafikan tuduhan karut itu, Anwar melalui peguamnya hari ini telah menghantar notis tuntutan maaf kepada Utusan dan TV3, memohon kedua-dua media pro Umno itu menarik balik tuduhan dan menyiarkan permohonan maaf kepadanya dalam masa 24 jam.

Gagal bebuat demikian dalam tempoh ditetapkan, TV3 dan Utusan masing-masing berdepan saman RM100 juta.

Di tengah-tengah kekecohan tuduhan kepada Anwar itu, tersebar laporan dari media Filipina bahawa kedatangan tentera Sulu ke Lahad Datu adalah untuk menuntut janji Najib kepada mereka.

Gambar hubungan rapat antara pemimpin  mereka dengan Najib juga disebarkan.

Inilah akibatnya kalau mulut kita terlalu deras untuk mencari kambing hitam ke atas segala kelemahan kita.

Akibatnya badan binasa, krebiliti kita tercalar.


Jumaat, 1 Mac 2013

Undi UMNO masuk neraka - Ustaz Azhar Idrus





UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM ISLAM
Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid.Ini lah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak di ajar tentang Islam yang tulen.
Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimah yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir,maka kerananya dia jatuh ke neraka jahannam
(Riwayat al-Bukhari)
Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang di redhai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ketahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.Adakalanya seseorang kamu pula berucapdengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
(Riwayat Malik dalam al-Muwatta' dan al-Tirmizi,katanya hasan sahih)
Sufyan bin 'Uyainah menyebut: " Hadith ini bermaksud kalimah dihadapan pemerintah,kalimat yang pertama(yang diredhai Allah)ialah yang menghalang kezalimannya.Kalimat yang kedua(yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"[7]
Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya.Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.


Video dan ringkasan dari : http://www.youtube.com/watch?v=DfW-P6ZROHs