Selasa, 5 Ogos 2014

Kesan dari boikot terhadap syarikat-syarikat Israel di negara ini

Apabila dilancarkan boikot terhadap Israel dan segala produk-produk serta syarikat-syarikat berkaitan dengan Israel,maka kesan terhadap boikot itu ada.Antara syarikat-syarikat Israel yg menapak di negara ini ialah Tesco dan Mcdonald.Apa yg dapat kita perhatikan kesan dari boikot itu,orang ramai makin kurang berkunjung ke Tesco dan Mcdonald.Saya telah buat pemerhatian petang semalam di Tesco Seri Iskandar,Bota, diakui sendiri oleh staf Tesco itu sendiri menyatakan pelanggan kurang sejak akhir-akhir ini.Bukan tiada langsung pelanggan tapi kurang seperti selalu.Begitu juga saya tengok di Mcdonald Seri Iskandar,Bota,pelanggan amat kurang,terdapat beberapa orang sahaja yg sedang menikmati hidangan di Mcdonald itu,tidak macam selalu.Ramai pelanggan Mcdonald dan Tesco terdiri dari pelajar-pelajar UITM ,UTP dan beberapa lagi institusi pengajian yg terdapat di Bandar Seri Iskandar.Mungkin ada kesedaran betapa setiap ringgit yg kita belanjakan di syarikat Israel itu,membantu meningkatkan ekonomi regim Zionis Israel yg sepertimana kita tahu kini sedang hebat menyerang Gaza dan membunuh ramai penduduk Gaza yg kebanyakkan yg terkorban adalah penduduk awam terdiri dari kanak-kanak dan wanita.Boikot tetap boikot,tapi berapa lama nk boikot ni,kerana sebelum ini pernah dilancarkan boikot terhadap Mcdonald tapi hanya beberapa hari sahaja sepi tanpa pelanggan,selepas itu kembali ramai pelanggan datang.   #PRAY_FOR_GAZA   #PRAY_FOR_PALESTINE

Khamis, 17 Julai 2014

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

Lima bulan yg lalu kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370,hari ini negara digemparkan lagi dengan berita pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine/Rusia.Pesawat dilaporkan ditembak jatuh oleh tentera Ukraine atau penganas pro Rusia,walaubagaimanapun tiada mana-mana pihak bertangungjawab dlatas kejadian ini.Pesawat ini berlepas dari Amsterdam Belanda dan dijangka tiba di KLIA jam 6.10 pagi ini.Pesawat dilaporkan melalui zon konflik disempadan Ukraine,Rusia.MH17 membawa 295 penumpang dan anak kapal.Takziah diucapkan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH17 dan kita sama sama berdoa agar urusan bawa balik jenazah mangsa dipermudahkan.

Selasa, 15 Julai 2014

Pray For Gaza..Pray For Palestin

Salam Ramadhan buat semua...dikala kita bergembira menjalani ibadah puasa jangan kita lupakan saudara kita di bumi Gaza yg kini menderita dan sensara akibat serangan dari regim zionis laknatullah.Hanya doa kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada perjuang-perjuang Islam yg mempertahankan bumi  Gaza dan Palestin.Marilah sahabat-sahabat semua marilah kita bantu rakyat palestin dalam apa cara sekalipun dan banyakkan doa agar regim zionis akan tumbang .

Isnin, 9 Jun 2014

Kisah Najib dan telur separuh masak di China

BERNAMA | .


KUALA LUMPUR: Cerita yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak dibenar makan telur setengah masak semasa melawat China baru-baru ini, membuatkan mereka yang hadir di dalam dewan perasmian Invest Malaysia 2014 di sini hari ini, ketawa besar. 

Perdana menteri berkata semasa di Beijing, beliau tidak dapat menikmati telur setengah masak setiap pagi seperti biasa atas sebab kesihatan dan ada seorang pegawai kesihatan yang dilantik China untuk memastikan perkara itu.
    
"Saya biasanya suka makan telur setengah masak yang direbus dalam masa tiga minit, tetapi di China saya tidak berpeluang menikmatinya.
    
"Ada seorang inspektor kesihatan yang akan memastikan telur yang saya makan itu direbus selama 10 minit, jadi saya benar-benar sihat." katanya dalam sesi perbualan selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini hari ini.
    
Sesi itu dikendalikan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia Datuk Seri Johan Raslan. 

Najib berkata layanan istimewa yang diberikan kepadanya di China membuktikan tragedi kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) pada Mac tidak menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur dan Beijing. 
     
Perdana menteri melawat China dari 28 Mei hingga 2 Jun lepas bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Beijing.
    
Najib menekankan bahawa hubungan mesra dan rapat dengan para pemimpin antarabangsa secara formal dan tidak formal, akan mewujudkan peluang besar dalam banyak perkara.
    
Berkongsi cerita lawatan Presiden Amerika Barack Obama di Malaysia pada April lepas, Najib berkata beliau terpikat dengan kenderaan presiden yang dipanggil 'The Beast' itu dan berangan beliau ada sebuah.
    
"Saya berangan hendak dapatkan sebuah tapi saya tak fikir saya boleh dapat.  Ia sebuah kenderaan yang amat selesa," katanya bergurau. - Bernama


Petikan Berita dari ; http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/28760-kisah-najib-dan-telur-separuh-masak-di-china

Khamis, 29 Mei 2014

Raja Nazrin Shah Sultan Perak yg ke 35



DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah


Semalam dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di IJN Kuala Lumpur.Baginda menghembuskan nafas terakhir jam 1.30 petang Rabu 28 Mei 2014 (semalam).Kemangkatan baginda merupakan satu kehilangan besar,dimana banyak jasa Al Marhum kepada rakyat dan Negara didalam pelbagai bidang,baginda juga adalah raja yg berjiwa rakyat dan amat mesra dengan rakyat.Al Marhum telah dimakamkan selepas solat asar tadi dimakam diraja bersebelahan Masjid Ubudiah Kuala Kangsar.


Sebelum Istiadat pemakaman Diraja dijalankan petang tadi,Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin telah membuat pengumuman pada istiadat pelantikan dan perisytiharan Sultan Perak yg baharu di Balairong Seri Istana Iskandariah,Kuala Kangsar.Keputusan melantilk Raja Muda,Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke 35 setelah mesyuarat khas Dewan Negara Perak diadakan pada petang Rabu (semalam).



DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mengangkat sumpah sebagai Sultan Perak ke 35 sebaik sahaja pengumuman dibuat oleh Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja pada petang tadi.(29 Mei 2014).



DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah diputerakan 27 November 1956 yg merupakan Raja Muda Perak.Baginda adalah putera sulung Al Marhum Sultan Azlan Shah dengan Tuanku Raja Bainun Bt. Mohd. Ali.Baginda kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik,Ekonomi dan Kerajaan dari Univesiti Harvard,Amerika Syarikat.Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah,Politik dan Ekonomi dari Univesiti Oxford,England serta Ijazah Sarjana dalam bidang pentadbiran Awam dari Univesiti Harvard,Amerika Syarikat.


   Baginda telah berkhawin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson dan dikurniakan seorang putera,Raja Mudzaffar Azlan Shah dan seorang Puteri,Raja Nazira Safya Shah.



Baginda amat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat,Baginda juga berjiwa rakyat,banyak terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat,khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.


Ucapan Tahniah diatas perlantikan Sultan Perak yg baharu..

DAULAT TUANKU


Selasa, 22 April 2014

Moh kome....join Hari Kebangkitan Rakyat 1 Mei ini...





Tarikh 1 Mei 2014 telah dipilih untuk Hari Kebangkitan Rakyat atau  BANGKIT 2.0....
Pengarah Jawatankuasa Mobilisasi Himpunan Tindakan Rakyat Tuan Haji Mohamad Sabu menyeru rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka 1 mei ini bagi membantah pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST),Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA),dan penyelewengan serta rasuah UMNO BN.....

Perhimpunan 1 mei ini dipimpin oleh beberapa organisasi iaitu antaranya dari KLCC (NGO),Sogo (Angkatan Muda KeADILan), Masjid Negara (Pemuda PAS),Brickfields (Pemuda DAPSY) dan Dataran Maybank,Pudu ( Pimpinan Nasional Pakatan Rakyat).


MOH KITE TURUN KE KUALE LUMPOR 1 MEI INI.....

Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MH370 hilang.......




Seawal pagi tadi saya terkejut semasa bukak laman Facebook,terbaca cerita tentang kapal terbang hilang.Saya ikutilah cerita kapal terbang mana yg hilang tu,rupa-rupanya jam 8.00 pagi barulah heboh dalam berita astro awani tentang pesawat MH370 Malaysian Airlines yg dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing China telah terputus hubungan dengan menara kawalan sekitar jam 2.40 pagi tadi.Pesawat tersebut berlepas dari KLIA pasa 12.41 pagi dan dijangka tiba pada 6.30 pagi waktu China.Pesawat itu dikendalikan oleh  Kapten Zahari Ahmah Shah yg sudah berkhidmat dengan MAS sejak 1981 dan pegawai pertama Fariq Abdul Rahman yg sudah berkhidmat dengan MAS sejak 2007.



Tapi sehingga sekarang masih lagi belum ditemui pesawat yg hilang itu yg hilang itu,pelbagai spekulasi didalam media-media sosial,bloggers dan sumber-sumber maklumat dari luar negara menyatakan pelbagai cerita tentang nasib pesawat malang tersebut dan nasib penumpang seta anak kapal MH370.Pesawat dinaiki oleh 227 penumpang dan 12 anak kapal.




Sehingga ke masa kini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bersama dengan beberapa lagi negara jiran Vietnam,Thailand,Filipina dan turut serta China.Memang pelbagai sumber maklumat keluar dalam laman sosial dan bloggers tapi tidak dapat membantu dalam misi pencarian,hanya bagi umat Islam dengan Doa dan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa.


Walau apa pun belaku telah ditentukan oleh Yg Maha Kuasa,apa lagi daya kita manusia biasa ini.hanya doakan agar dipermudahkan segala urusan pencarian dan menyelamat.Walau sehebat mana pun sistem teknologi masa kini,hebat mana pun sistem penyelengaraan pesawat walaupun yg terbaik didunia,kuasa Allah jua mengatasi segalanya.saya mengucapkan takziah kepada kaum keluarga mangsa yg terlibat dan banyakkanlah bersabar menempuh ujian dari Tuhan.


Sabtu, 22 Februari 2014

PAS tolak fahaman bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah

BUTTERWORTH: PAS menolak sebarang fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau berkata fahaman seumpama itu adalah bahaya dan umat Islam perlu bersatu menentang ideologi yang bercanggah dengan asas ajaran Islam termasuk menolak hadis.
  
"Pandangan sebegini sebenarnya terlalu bahaya untuk umat Islam kerana hadis adalah sumber rujukan selepas Al-Quran dan tidak wajar untuk kita memperlekehkannya," katanya kepada pemberita selepas perasmian Munaqasah Ucapan Dasar Presiden PAS Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.
  
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian ketika diminta mengulas isu bekas aktivis politik Dr Kassim Ahmad yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyesatkan akidah umat Islam, baru-baru ini.
  
Seminar 'Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' di Putrajaya pada 15 dan 16 Feb lepas mengundang kontroversi apabila beliau mempertikaikan hadis selain meletakkan ulama Islam setaraf dengan 'kasta' paderi Kristian.
  
Perkara itu kini disiasat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). – Bernama

Sabtu, 15 Februari 2014

Harakah.....oh Harakah.......



Harakah dah jadi majalah apa?
Tidak ada berita di dalam Harakah. Seorang kawan mengumam semasa membaca Harakah. Apa pimpinan kita buat di Kelantan, Selangor dan Pulau Piinang? Apa projek yang sedang mereka lakukan? Rakyat mahu lihat kerja buat mereka, komen beliau lagi. Cuba lihat harakah bil 1913, semua cerita ialah komen pimpinan terhadap UMNO je, diri sendiri macam tak ada apa nak buat, ada le satu muka saja berita dari Terengganu, katanya dengan nada tambah meninggi.
Ada ahli-ahli yang merungut tentang kandungan Harakah, tapi masih setia membeli atas dasar sayangkan PAS dan mahu membantu Jamaah PAS. Baca pun sepintas lalu saja, katanya.
Itulah antara fenomena semasa yang dilontarkan oleh ahli-ahli PAS terhadap Harakah. Tidak hairan lah ada kedai yang menjual Harakah, memulangkan semula sejumlah besar Harakah yang tidak terjual.
Ahli-ahli PAS telah bertambah matang dan mendapat berita dan komen-komen pantas dari sumber-sumber lain. Selain dari alam maya, mereka juga tidak ketinggalan membaca atau melanggan akhbar Sinar, yang turut memuatkan berita-berita mengenai pimpinan PAS! Begitu juga akhbar Suara Keadilan yang semakin diminati kerana banyak menyiarkan maklumat yang amat dikehendaki oleh rakyat dan ahli PR.
Tambah pula menghairankan, dalam Harakah yang merupakan organ sebuah harakah Islamiah, berita dan rencana berbentuk haraki kian luntur. Misalnya dalam Harakah bil 1913, lampiran Fikrah, Fokus, memfokuskan sambutan Maulidur Rasul dengan menyiarkan temuramah Harakah dengan timbalan Ketua Pemuda PAS dengan meletakkan Presiden PAS sebagai pengkomen atau memberikan kenyataan saja. Malah gambar Presiden PAS tidak berubah seperti gambar tahun-tahun lepas saja, walaupun telah dikritik oleh ahli-ahli.
Pada muka surat F9, lagi amat mengejutkan, bila satu ruang khas yang diberi nama Mauizzah dan Tafsir al Quraan oleh Mursyidul AM dan Presiden, diletakkan di bawah ruangan AGAMA!! Ini amatlah tidak wajar dan melambangkan Harakah telah menunjukkan sifat sekularnya....
Ahli-ahli memang dahagakan satu organ yang dapat membantu mereka mendidik diri, keluarga dan masyarakat.
Persoalan yang timbul dihati ahli-ahli PAS yang memahami perjuangan, Harakah dah jadi majalah apa? Apakah petugas-petugas Harakah tidak diberikan satu garis panduan dalam menjalankan tugas sebagai sebuah organ harakah Islamiah? Atau petugas-petugas tersebut hanya mencari makan dengan profession mereka sebagai pengarang/wartawan sahaja? Memang kasar bunyinya. 

Isnin, 13 Januari 2014

Kangkung...oh kangkung.....

Ape ke halnye kome wehhh....hari ni udoh jadi macam hari kangkung sedunia,riuh dalam facebook duk cerite tentang kangkung...pagi kangkung..tengahari kangkung..petang kangkung..malam ni pun kangkung..selagi belum tutup mata kangkung,kangkung,kangkung...hahahahaaaa....


Ropenye hanye kerana ucapan pok jip ni ler...hahaahahahaaa...tapi walau ape pun tahniah ler teman ucapkan pade kerajaan BN kerana berjaya juge menurunkan harge....tapi bukan harge minyak,atau harge gule atau harge kicap maupun harge garam tapi harge sayur kangkung...Pantun dari teman buat para kome semua.....

lengang-lengang kangkung..
kangkung ditanam tepi paye...
harge yg turun hanye le kangkung..
itu saje yg Be End terdaye....

 Botaonline.com

Selasa, 7 Januari 2014