Isnin, 15 Oktober 2012

MENGECATMERAHKAN BAS JELAJAH MERDEKA RAKYAT

Minggu lepas Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rombongan jelajah merdeka rakyat datang ke pasar sari di Titi Gantong Bota Kiri,ramai jugak yg hadir untuk bertemu dengan DSAI dan tidak ketinggalan beramah mesra serta menyaksikan sendiri bas yg menjadi mangsa lontaran dan contengan cat-cat merah secara live....nilah hasil tukang conteng cat merah dari Kelantan ada,dari Melaka ada tapi mujurlah dari Perak tak direkodkan terlibat dalam mengecatmerahkan bas ini....

Sabtu, 6 Oktober 2012

Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak


JELAJAH MERDEKA RAKYAT Ahad ini 7 Oktober 2012 tiba ke Negeri Perak Darul Ridzuan.Rombongan Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin akan turun padang bertemu rakyat jelata.

Aturcara program Dato' Seri Anwar Ibrahim bermula dari jam 3.00 ptg sesi ceramah di Padang Permainan Taman Seri Raia Kampung Kepayang Simpang Pulai,seterusnya ke Titi Gantong Bota Kiri Bota bertemu rakyat di Pasar Malam Titi Gantong.