Jumaat, 27 Julai 2012

PAS GANTI UMNO??

Cantas: Menggagalkan Hal Yang Tidak Terjadi...Bagaimana?

(Dari Kedahkini)
oleh Muhammad Sanusi Md Nor,

Cantas: Hal yang tidak terjadi dikatakan gagal?

Saya percaya dengan yakin Abg Mat tidak terbabit, tidak berminat dan malah diselubungi kehairanan dengan isu cantas mencantas beliau yang didakwa berlaku di Kedah, khususnya di Pendang. Ini dimainkan oleh juak- juak yang ghairah dengan auranya dan sedikit gopoh dalam usaha membawanya ke Pendang. Juak-juak yang tenggelam dengan kegopohan itu lupa bahawa isu mereka itu telah memberikan imej negatif kepada Timbalan Presiden PAS itu, kepada PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang. Isu itu melahirkan budaya UMNO dalam PAS - mengada-adakan cerita adanya cantas untuk mencantas! Adakah niat mereka disebalik dakwaan itu adalah mencantas kepimpinan dan ahli PAS di Kedah?

Cantas dalam parti politik berlaku kepada pimpinan setempat, penyandang atau yang sudah ditetapkan untuk berada di situ atau pernah berada di situ. Cantas dilakukan supaya seseorang pemimpin tidak dipilih sekali lagi, ataupun supaya tidak diberi peluang dipilih setelah adanya keputusan atau arahan supaya di bertanding di sesuatu kawasan.

Cantas tidak boleh berlaku kepada orang di luar tempat itu, tidak pernah berada di situ, bukan penyandang, atau hanya baru dicadang di salah satu peringkat yang ada beberapa peringkat lagi. Cantas juga tidak berlaku kepada orang yang ditolak. Cantas juga tidak berlaku kepada pimpinan yang sengaja merebahkan dirinya atau berundur sukarela.

Cantas dan melobi adalah kembar tidak seiras dalam politik sekular. Setelah usaha melobi dibuat, andainya dirasakan tidak mencukupi, belum berupaya mendatangkan hasil yang diingini, kembar tidak seirasnya akan digunakan. Kedua kembar ini juga boleh berjalan seiring...seringkali berlaku begitu jika situasi sudah terdesak.

Mencantas dan melobi adalah budaya politik UMNO/BN, budaya politik sekular. Ia tidak boleh dibiarkan berlaku dan menular dalam PAS. Ini budaya politik bahaya. PAS mesti istiqamah dengan sikap menolak bila diberi amanah/ jawatan, tetapi berhabis-habisan dan bermati-matian melaksanakannya bila diberi tanggungjawab memikul amanah oleh jemaah. Meminta jawatan adalah syarat pertama ketidaklayakan memegang jawatan dalam PAS. Istiqamahlah dengan sikap dan amalan ini. Prinsip PAS dalam bab kepimpinan dan amanah ialah "fastabiqul khairaat"... Ia tidak boleh berbuah dari benih dan baja yang dicemari mufsiduun dan mutajassisiin yang memulakan amalan tuduh menuduh.

Dalam kes yang dibangkitkan oleh Malaysiakini, (http://www.malaysiakini.com/news/204683) istilah cantas telah digunakan dalam setuasi dan senario yang salah! Orang yang membangkitkan kes itu kepada Malaysiakini sengaja mereka reka cerita untuk memulakan cerita baru. Mengadakan cerita cantas untuk memulakan proses mencantas. Kembar seiras tadi berjalan seiringan tetapi seorang daripadanya berjalan mengundur. Adakah mereka tidak dapat menyedari strategi itu tidak akan berkesan untuk mencapai hajat mereka, sebaliknya boleh membawa rebah dan calar.

Seperti petikan dari sumber PAS Kedah dalam artikel Abd Rahim Sabri di Malaysiakini, PAS Kedah tidak ada masalah dengan Abg Mat, dia tidak ditolak. Tetapi bila sumber dalaman yang menjadi sumber utama cerita itu telah mengadakan adakan cerita cantas, dia sebenarnya telah membuat garisan calar pada imej, integriti dan ketokohan Abg Mat sebagai Timbalan Presiden PAS. Mana boleh dia dicantas di Kedah di kala auranya begitu segar di negeri ini. Ada yang mengenali PAS dan beristiqamah dengan kerja- kerja jemaah atas teladan yang ditunjukkan oleh beliau.

Saya sendiri sebagai ahli PAS berpendapat Abg Mat boleh bertanding di mana saja dia mahu, dia diarahkan dan diputuskan oleh PAS Pusat. Datanglah ke Kedah atau ke mana negeri yang dia boleh menang kerana suara dan kebolehannya sangat diperlukan dalam Parlimen. Datanglah atas ketinggian harakinya dalam parti, dengan jalan yang lazim dan tersusun. Jangan serahkan kerja -kerja perintis jalannya kepada penebas-penebang yang menimpakan reba dan dahan kepada kebun sekitarnya untuk memacak pancang di kebun baru.

Jumaat, 13 Julai 2012

AC Mizal ajak Abby Abadi Debat

Apabila golongan artis sudah bersama-sama join dalam bidang politik nampaknya suasana politik ditanah air sekarang ini semakin rancak dan hebat sekali.golongan artis ada yg join dengan pakatan rakyat dan ada juga yg bersama Barisan National.

Saudagar gelang terkenal diseluruh tanah melayu Dato' AC Mizal mencabar Abby Abadi berdebat.


Walaubagaimanapun Abby Abadi menyahut cabaran Ac Mizal untuk berdebat.


Belakunya hal ini berpunca dari kenyataan Abby di dalam ucapan beliau ketika menyertai pehimpunan membantah ISA di depan Kem Tahanan Kemunting minggu lalu.




Sekira debat ini belaku akan terlakar sejarah golongan artis pun boleh debat-debat bukan isu hiburan tapi isu Polis dan ISA,tunggu dan lihat..

Tapi Najib pernah kata debat bukan budaya kita,samseng tu budaya siapa pulak..ntah ler....








Isnin, 9 Julai 2012

Ramai Artis bersama Pakatan Rakyat




Semakin ramai artis menyertai PAS dan PKR,pelbagai kata-kata yg keluar dari golongan yg tidak mengerti kenapa golongan artis ini boleh berhijrrah dari dunia glamour kepada pentas politik.Ada juga yg mengatakan mereka ini sudah tidak tempat untuk menyanyi ataupun berlakon akhirnya cari pentas politik untuk sambung glamour mereka.Salah seorang antara mereka ini iaitu penyanyi yg pernah glamour dengan lagu Janji manismu dan selanjur bercinta ini telah memberi penjelasan yg sebenarnya tentang bayaran dan kenapa dia memilih untuk bersama PAS.

Selasa, 3 Julai 2012

Samseng: Royalti beri tempoh 7 hari minta maaf


Salmah Mat Husain,03 Jul 2012

KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.

Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.

“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.

Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.

Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.

Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis ‘R’.

“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.

“Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.

Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan ‘bunting’ khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis ‘R’.

Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.

Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.