Sabtu, 28 September 2013

Pemuda PAS ikrar pertahan Dun Sg Limau

Harakahdaily,28 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat berikrar akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau bagi menghargai jerit perih perjuangan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak yang juga bekas Adun kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dun itu.

“ Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihan raya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS, jelas beliau mahu jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu PAS  Kedah di dalam misi mempertahankan penguasaan PAS di Dun Sungai Limau.

Sementara itu, Mohd Sany turut merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang kembali ke rahmatullah, Khamis lalu.

“Kami merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan menegakkan daulah Islamiyah di negara ini. Semoga roh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia, orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala,” ujarnya.

Beliau menambah,  Pemuda PAS menyifatkan Allahyarham  Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya kepimpinan yang berkarismatik, berpandangan jauh untuk kebaikan jamaah dan rakyat.


Selasa, 24 September 2013

Tragedi Memali tetap diingati

Setelah sekian lama saya memasang niat untuk menziarahi pusara Syuhada Memali yg terkorban dalam peristiwa Memali 19 November 1985 yg mengorbankan Assyahid Ustaz Ibrahim Mahmood (Ibrahim Libya) dan 12 lagi pengikutnya akhirnya tercapai juga.Baru-baru ini saya dan sahabat bersama dalam Bloggers Botaonline telah sampai ke sebuah tempat yg agak jauh juga dari Kg. Memali yg namanya Parit Panjang.Di Parit Panjang telah bersemadinya 13 syuhada Memali yg menjadi mangsa kerakusan pihak berkuasa ketika itu.

Setibanya saya dipusara syuhada Memali,saya lihat masih seperti yg dilihat didalam gambar-gambar sebelum ini dimana pusara dijaga dengan baik,cuma tiada sebarang tulisan yg dahulu ada tergantung di pagar yg tertera tulisan makam syuhada.Pengorbanan mereka ini telah menjadi satu sejarah penting negara dimana mereka gugur sebagai syuhada demi mempertahankan Islam.


Pusara para syuhada Memali

Kg. Memali,mukim Siong,Baling,Kedah
Setelah menziarahi pusara saya dan sahabat menuju ke Kg. Memali tempat belakunya tragedi tersebut.Yg mula-mula akan ditemui ialah Madrasah Islahiah Diniah Kg. Memali.Madrasah ini telah diasaskan oleh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya,kelas pengajian umum mula dijalankan pada tahun 1978.Memulakan operasi sebagai pusat pengajian pada 15 Mac 1985.Apabila belaku tragedi Memali kelas pengajian berhenti sama sekali dan PAS kawasan Baling telah bertangungjawap memulakan pengajian di Madrasah ini pada Januari 1986.

Madrasah yg diasaskan oleh Assyahid Ustaz Ibrahim Libya

Pondok Muslimat yg masih ada,terdapat kesan peluru di dinding pondok ini
Tempat terakhir yg saya dan sahabat ziarahi adalah di rumah Assyahid Ustaz Ibrahim Libya iaitu di Kg. Charok Puteh,Siong,Baling.Saya dapat bertemu dengan keluarga Assyahid dapat sebar sedikit cerita mengenai tragedi tersebut dan membawa ke sebelah rumah mereka pondok menempatkan pelajar muslimat.Pondok ini sahaja yg tinggal sebagai kenangan dimana kita boleh lihat di dinding-dinding tedapat banyak kesan peluru tembakan dari Polis dan tentera.

Kita jangan lupa tragedi berdarah ini,kerana dapat kita lihat hasil kerja kerajaan yg memerintah ketika itu dan hingga kini kerajaan itu masih memerintah lagi.Kepada generasi muda yg mungkin belum lahir ketika tragedi itu,harap dapat ambil tahu tentang cerita sebenar tragedi berdarah ini dan semoga kita semua tidak akan lupa sampai bila-bila peristiwa MEMALI....


GengBotaonline.....




Ahad, 22 September 2013

Nasrudin: Teruskan tahaluf siasi jika tepati syariahShare on facebook
Nasrudin Hassan

SETELAH lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulama kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.aka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.
Kajian semula adalah wajar untuk melihat :

a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam

b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.

c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.

Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf.

Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas


**Pandangan beliau dipetik dari Facebook Dewan Pemuda Pas.

Selasa, 17 September 2013

Kaji semula bagi menambahbaik dan menepati Tahaluf Siyasi
Posted on Monday, September 16 @ 22:14:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Kenyataan Akhbar PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan. PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana dewan dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap bertentangan dengan syarak.

PAS melihat resolusi dari Dewan Ulamak hasil Multaqa Ulamak sebagai sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulamak sebagai sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang diwakili.
Komen Tulisan Agus Yusoff
Posted on Monday, September 16 @ 21:49:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Respon Oleh: HassanOmar

"Prof. Dr Muhamad Agus Yusoff telah membuat komen di FBnya berkenaan resolusi Multaqa Ulamak PAS yang bersidang di Kedah pada 14 September 2013.

Antara lain Prof Agus berpendapat resolusi menunjukkan kepadanya betapa pemikiran ‘mereka’ yang mencadangkan resolusi tersebut mengundur ke belakang. Kenyataannya tidak sesuai dengan perkembangan semasa politik negara.

Antara tulisan Prof Agus ialah:
Sekiranya PAS bertanding bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dengan parti lain, saya yakin PAS akan hanya mendapat sokongan dari segelintir orang Melayu yang totok pemikirannya seperti kumpulan ulamak ini sahaja. Bagi orang Melayu yang sederhana pemikirannya, mereka lebih cenderung menyokong UMNO dan BN kerana kelebihan UMNO ialah tidak memandang serong kepada lebai atau tidak lebainya seseorang.

Timbalan Presiden - PAS Lumut dah buat keputusan terbuka

PEMILIHAN PAS!!! Keputusan pencalonan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden PAS bagi PAS Kawasan Lumut

Keputusan Mesyuarat Agung Pas Lumut

Jawatan Presiden - Tiada pencalonan - Kekal TG Haji Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden - Tiga Pencalonan...
1, Dato Husam Musa - 42 Undi.
2. Haji Mat Sabu        - 51 Undi
3. Tuan Ibrahim Tuan - 72 Undi.


Naib Presiden,, Tiga pencalonan sahaja,, tiada pentandingan...

1. Dato Husam Musa,
2. Tuan Haji Mat Sabu.
3. Dato Seri IR Haji Nizar bin Jamaluddin.


Manjung Mari

Selasa, 10 September 2013

Dulu Janji Nak Bagi Tapak Rumah - Bekas Tentera

WARTAWAN SINAR HARIAN
  • Bekas tentera mahu tapak rumahLAHOD
 1 / 1 
BOTA - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Bota menggesa supaya masalah perumahan untuk bekas tentera segera diselesaikan kerana perkara itu berlarutan terlalu lama.