Rabu, 30 November 2011

Umno sudah jadi parti budaya maki-hamun?

Saya suka menarik perhatian laporan berita Malaysiakini bertajuk “Perwakilan dakwa penyokong DAP bangsat” dan dukacita sangat menyaksikan Pemuda Umno suda menjadi sebuah pergerakan yang menagih
budaya maki-hamun.

Daripada initipati berita itu, nyata sekali Pemuda Umno memiliki taraf budaya dan tamaddun yang rendah sekali. Mereka seolah-olah tidak pandai menggunakan bahasa Malaysia kecuali ayat-ayat kesat dan kasar.

Selasa, 29 November 2011

Ada Baju Dalam Wanita UMNO Berharga RM26,000.00??

Perwakilan bangkitkan isu baju dalam RM26,000
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa menuduh seorang pemimpin Wanita Umno hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000.

NONEPerwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.

"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.

Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut dakwaannya itu.
'Pendedahan' itu dipercayai ekoran serangan berterusan pembangkang terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gaya hidup mewah pemimpin Umno.

Antara yang dikaitkan dengan dakwaan hampir sama isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwa memiliki cincin berlian RM24 juta.

Rosmah bagaimanapun menafikannya.

Malaysia makin mundur dalam amalan demokrasi

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.
Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.
Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.
"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.
"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Khamis, 24 November 2011

SELAMAT BERKONGRES NATIONAL TAHUNAN KEADILAN KALI KE 8

Kongres National Tahunan keadilan kali ke 8 akan diadakan pada 25 November hingga 27 november ini di Johor,negeri yg dikenali sebagai kubu kuat UMNO sejak dahulu,kini dan tidak tahu lagi lepas ini samada terus jadi kubu kuat atau akan jatuh ke tangan PR.

Keunikan logo yg bersimbolkan kuda kepang dengan latar belakangkan bendera negeri Johor sebagai sembolik ia berlansung di negeri itu.Kuda kepang seperti yg kita ketahui adalah tarian pahlawan berkuda yg popular di Malaysia dan Indonesia,kita ketahui ia juga adalah tarian yg di tarikan oleh masyarakat Jawa.

Rabu, 23 November 2011

Pakatan desak tarik balik Akta Perhimpunan Aman

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Pakatan Rakyat hari ini mengambil ketetapan mendesak Kerajaan BN menarik balik Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

 Ketetapan itu dibuat memandangkan akta tersebut jelas menekan rakyat, malah lebih zalim berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dimansuhkan itu.

Isnin, 21 November 2011

BEKAS OCPD PULA MASUK PAS KAWASAN TAIPING

Dia kata dia tahu apa yang UMNNO lakukan terhadap PAS, keran itu beliau memilih PAS dan bertaubat ke atas apa yang telah beliau lakukan. Oleh itu beliau berpesan agar tidak ada lagi orang yang bekerja mengambil upah untuk menjualkannya kepada pihak polis

Rabu, 16 November 2011

Hanya Dewan Ulamak Tidak Bergolak

tn_subkylatifJika pertandingan semua jawatan penting dalam muktamar pemilihan PAS pada 3 Jun yang lalu dikira bergolak, hanya Dewan Ulama PAS yang masih mengekalkan ketenangannya.
Ia kekal seperti setiap sayap PAS pada masa dulu. Tiada siapa mencalonkan orang lain bagi menjadi ketuanya selain daripada ketua yang ada kecualilah ketua itu sendiri menarik diri daripada dicalonkan semula.
Begitulah lazimnya pemimpin PAS sejak mula ditubuhkan tahun 1951. Mereka berbalah kerana mahu memegang jawatan, bukan berbalah kerana merebut jawatan. Dalam banyak kejadian jawatan Presiden bukan sekadar dimenangi tanpa bertanding, bahkan jarang ada nama lain dicalonkan untuk jawatan itu.
Demikianlah juga bagi setiap Dewan - Ulama, Pemuda dan Muslimat. Bukan tidak ada langsung, tetapi jarang-jarang.
Bukan isu menukar pimpinan tidak pernah berlaku. Jika adapun sekali dalam 30 tahun.
Telah berlaku pergolakan besar bagi menggantikan pimpinan hujung tahun 70-an selepas PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Tidak dinafikan ia adalah satu krisis hingga tumbuh parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim, tetapi ia berlaku sesudah parti itu berusia 30 tahun.

Isnin, 14 November 2011

Pilihanraya Umum ke 13 akan tiba

Setelah tanggal 11hb novenber telah berlalu,seperti yg kita sedia dimaklumkan sebelum ini,tarikh itu bakal akan diadakan pilihanraya umum ke 13 tetapi tidak belaku.Ianya hanya sekadar jadi perbualan kosong atau kata orang indon,"hanya omong-omong aja pak".Walaubagaimanapun harus kita waspada,pihak parti pemerintah yg diketuai oleh UMNO dan kompenan-kompenannya kini telah giat melancarkan pelbagai program dan tidak ketinggalan jiga serangan terhadap pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat.

Kini dapat kita lihat serangan demi serangan dilemparkan kepada PR terutama Dato' Seri Anwar Ibrahim tehadap kes liwat dan selepas itu kes seks yg tidak habis-habis lagi,dan ianya akan beterusan sampai Dato' Seri Anwar angkat bendera putih agaknya.Sebenarnya UMNO mahu menjatuhkan Anwar,itu jawapan yg sebenar.

 Dilihat kini walau apa pun kutukan,tomahan dan macam-macam lagi tekanan yg telah UMNO/BN berikan kepada PR,sokongan pada PR tidak kurang,malahan makin bertambah.Itulah yg lagi UMNO/BN takuti.

Perhimpunan Bersih 2.0 yg telah diadakan beberapa bulan yg lalu,sokongan rakyat terhadap perhimpunan itu amat mengalakkan.Kehadiran ratusan ribu orang mengamatkan suasana Kuala Lumpur ketika itu,bukan pergi kerana nak berpesta atau makan angin tapi atas dasar inginkan perubahan dan ingin menuntutkan keadilan didalam sistem pilihanraya,rakyat sanggup datang dari serata tanahair.

Kita bersedia sekiranya akan belaku pilihanraya umum dalam masa terdekat ini,diberitakan UMNO/BN telah melancarkan jentera-jentera parti diseluruh negara,bilik-bilik gerakan mereka telah pun dilancarkan cuma tunggu najib bubarkan Parlimen.Kini hanya najib dan ALLAH TAALA sahaja yg tahu tarikh sebenar PRU ke 13.

Jom berubah,selamatkan Malaysia undilah Pakatan Rakyat jika mahukan perubahan corak pemerintah dan mahukan rakyat hidup dalam keadaan aman sejahtera.Negara lain sudah berubah dan tukarkan kerajaan,negara kita bila lagi.PRU ke 13 penentunya...

Sabtu, 12 November 2011

SELAMAT KEMBALI JEMAAH HAJI

Setelah selesai menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah,kumpulan pertama jemaah haji telah selamat sampai ke tanah air.Kumpulan pertama jemaah haji itu tiba dengan menaiki pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 9.30 malam.

Selamat kembali diucapkan kepada jemaah-jemaah haji semoga mendapat haji yg mabrur insyallah.Semoga segala amalan dan ibadah yg telah mereka kerjakan di tanah suci dapat diterima oleh Allah SWT.

Segala urusan Tabung Haji,perjalanan para jemaah haji berjalan lancar dan selamat,begitulah kata Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Mat Ali.

Begitulah yg sama-sama kita inginkan,apabila kita ke sana untuk menunaikan fardhu haji adalah untuk mendapatkan haji yg mabrur,bukan saja-saja untuk tengok keadan kota tanah suci itu ataupun makan angin.Sekali lagi diucapkan selamat kembali ke tanahair jemaah-jemaah haji semua.

Khamis, 10 November 2011

Inilah Manusia Jenis Paling Biadap, Ingkar, Derhaka & Lawan Allah

 


Kat Tanah suci pun tetap sama macam ketika hendak berangkat. Jambul burung merbah sentiasa kehadapan.
 
Ingatkan kak mah ni akan sentiasa bertudung ketika berada ditanah suci..sebab kat tanah suci kan ke semua muslimah pakai tudung.. (walaupun sebenarnya bertudung ni wajib tak kira kat malaysia ataupun kat tanah suci..) biasanya kalau kat tanah suci ni orang akan berubah walaupun sekejap... tapi kak mah tetap jugak tak mahu berubah walaupun kat tanah suci.

Kalau tidak Makkah tak pula digelar Tanah Haram...maksud di sini tinggalkan perkara haram...Tapi tidak pada amNO...yang haram itulah yang disukai sangat dia buat tak peduli tanah haram pun... Jadi tetamu Allah tapi biadab... Kalau kat negara sendiri hidup dengan begitu sombong dan bongkak tapi bila masuk dan jadi tetamu ALLAH tu biarlah tertib dan sopan.

Memperbetulkan baju suami sebelum berangkat ke tanah suci tapi tidak pada tudung kepala yang terlondeh tu
Bersiap sedia untuk berangkat
 
 
ADA SUAMI PUN DAH JADI MACAM TONGKOL KAYU. TAKUT BINI. TAK BERANI BERSUARA DAN MENEGUR KESALAHAN ISTERI. GOLONGAN YANG BIADAP, INGKAR, DERHAKA & LAWAN ALLAH TIDAK SEPATUTNYA DI ANGKAT UNTUK MEMIMPIN KITA.

Isnin, 7 November 2011

Pakatan Rakyat mula Terperangkap?


 Oleh: jojo

"Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan Rakyat sudah tamat tempohnya. Malah, "keghairahan untuk menukar kerajaan persekutuan" di kalangan rakyat sedikit sebanyak menyurut selepas lebih tiga tahun lanskap politik Malaysia dilanda "tsunami".

Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang. Sekurang-kurangnya BN terpaksa berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, mempertahankan kubunya di bumi kenyalang itu.
(SETERUSNYA KLIK DI SINI)

Sabtu, 5 November 2011

SELAMAT HARI RAYA EIUDUL ADHA

KULLU AAM WANTUUM BIKHAIR KEPADA SEMUA YAG TERCAPAI OLEH BLOG INI. MAAF ZAHIR DAN BATHIN!!

KELAMBU KAABAH PUN DITUKAR SEMASA ORANG BERUQUF DI ARAFAH

Khamis, 3 November 2011

'Saya hanya perlu syafaat Nabi Muhammad'

Exco agama Selangor Datuk Dr Hassan Ali berkata, beliau tidak kisah jika terdapat pihak yang tidak menyokong usahanya mempertahankan akidah umat Islam, termasuk penentangan beliau dalam isu penganjuran program berkaitan lesbian, seks, biseksual dan transeksual (LGBT).

"Saya tak perlu semua itu. Saya hanya perlu sokongan Nabi Muhammad di akhirat kelak untuk dapatkan syafaat Baginda," tegasnya.

Isu kontroversi itu muncul ekoran penganjuran program berkaitan, "Seksualiti Merdeka" di Kuala Lumpur.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

Ia akan berlangsung dari 9 hingga 13 November dan dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan sebuah seminar di Shah Alam hari ini, Dr Hasan bagaimanapun bersyukur kerana setakat ini pemimpin PAS memahami pendiriannya, termasuk penyertaannya dalam perhimpunan anti-murtad baru-baru ini.

"Saya ucapkan terima kasih atas jiwa besar ini," kata bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan memantapkan akidah umat Islam sentiasa menjadi keutamannya.

"Hasan Ali, Hasan (untuk) akidah. Hasan Ali, hidup akidah, mati pun atas nama akidah," tegasnya.

Dr Hasan antara pemimpin PAS yang sering dilanda kontroversi ekoran pendiriannya yang sering berbeza pendapat dalam pelbagai isu.

Terbaru apabila beliau memutuskan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Shah Alam ketika PAS negeri melarang anggotanya terlibat.

Rabu, 2 November 2011

Jangan sampai polis dianggap pelindung BN

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Polis perlu cekap bertindak terhadap pencetus provokasi sebagaimana mereka agresif bertindak kepada himpunan aman Bersih 2.0, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau mengulas ucapan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makimuddin di taklimat Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Sabah seolah-olah apa yang berlaku ialah kerana Pakatan Rakyat.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Selasa, 1 November 2011

Waran tangkap dikeluarkan ke atas Bob Lokman

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu

NONE“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan), kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di mahkamah (syariah).

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.

Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.