Selasa, 31 Januari 2012

Dr Hasan Ali di Bukit Gantang "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."



29 Jan 2012 ~ Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang yang bertajuk "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."

Dari kehadiran pada sessi ceramah Dr Hasan Ali malam ini memang ramai,sehinggakan 3 biji bas dari luar Bukit Gantang pun disewa. (Salah sebuahnya dari Semanggol).

Ada juga ahli PR yang datang,rata-rata yang datang ialah kerana ingin mendengar apa isi kandung ceramah dari mantan Exco Selangor dari PAS ini berceramah..dan mejoritinya ialah ahli UMNO.

Nampaknya isi kandung ceramahnya berlegar tentang kisah kekecewaan apa yang berlaku pada dirinya dan Dr Hasan Ali buat-buat tak tahu apa salahnya hingga dipecat.

Selebihnya ialah mencerca dan memfitnah PR dan yang menariknya Dr Hasan Ali juga mengikut rentak pemimpin2 UMNO dalam ceramah iaitu memfitnah Datuk Seri Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) konon-nya DSN mempertikaikan tindakan-tindakan beliau semasa menjadi exco Selangor dahulu dan menganggap DSN adalah perasit. Sedangkan sebelum ini semasa Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS beliau tidak pernah menjejaki kakinya disini dan kenapa sekarang datang menghentam DSN..???

* ~ Perkara yang menarik ialah diakhir ceramahnya,beliau meminta diletakan songkok dihadapan pentas,aku ingat nak buat apa..??? rupanya untuk derma, aku pun tak faham derma apa....hahaha... agaknya Dr Hasan Ali ingin melatihpuak UMNO menderma...nanti kalau dah jadi pembangkang dalam negara kenalah buat macam ni...dana dah tak ada...hahaha....

Gambar : "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."


Isnin, 30 Januari 2012

Israel: Penjelasan Anwar

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Khamis, 26 Januari 2012

Waspada, Jangan Calonkan Prof Aziz Bari.

TRANUNGKITE

 Oleh: BayangDiAir

Apakah hak Aziz Bari mencadangkan Ustaz Azizan masuk BN? Apakah hak Azmin Ali cadangkan Hassan Ali dipecat dari PAS? Mengapa sampai tahap ini gangguan luar dari kalangan rakan Pakatan Rakyat terhadap PAS? Apakah ia akan jadi satu fenomena dalam politik Pakatan Rakyat iaitu rumah tangga PAS terbuka untuk dicerobohi oleh rakannya sendiri? Kalau senario ini tidak dikawal, maka jangkaan ini tidak mustahil terjadi? Di manakah silapnya?


(BACA SETERUSNYA DI SINI)

Sabtu, 21 Januari 2012

SAMSENG GANGGU CERAMAH Asal Bukan UMNO (ABU)

Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi.

Selasa, 17 Januari 2012

Anwar SAMAN Utusan RM50 juta..

Anwar
Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.

Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran , laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Sabtu, 14 Januari 2012

BILER KER NAK NGUNDINYE.....

Ini bukan isu tergempor atau berita terkini hiburan sensasi dari TV3 atau dari RTM atau media-media yg tersangat pro dengan BN tapi hanye ler sekadar cerita keadan di Bote dan kawasan sekitarnye aje yoep..........

Itu ler bile teman dengan sahabat teman ronda-ronda dari Parit sampai ler ke Bote bawak plak ke Lambor Kiri nyeberang balik ke Lambor Kanan teman tengok bilik gerakan UMNo dah ade dimana-mana macam udah dekat bebenor nak ngundinye...

Tu ler yg dapat digamborkan keadaan di bote dan parit dihiasi dengan bendera-bendera dacing dan keris tanpa sarung,terpacak bendera menghiasi sekeliling bilik Gerakan UMNO yg tertulis pada banner Bilik Gerakan itu angka 1 yg melambangkan satu Malaysia yg dikempenkan oleh najib selama hari ini.

Akan tetapi biar banyak Bilik Gerakan dibina,biar banyak mana bendera terpacak di setiap bilik Gerakan,tak nampak pun orang yg berada disitu....apakah sekadar bilik gerakan itu di pasang bendera hanya sebagai hiasan atau menunjukkan sesuatu cawangan itu bersedia untuk menghadapi pilihanraya atau saje suke-suke aje ker....ntah ler yop......

Itulah yg dapat kita gamborkan sekarang ini,PRU ke 13 belum tau bile nak dilangsungkan,sebab dulu ade yg kate bulan 11,lepas tu bulan 12,sekarang terdengar pula bulan 3..akan tetapi jangka hayat parlimen Malaysia sampai bulan 3 tahun depan,mungkin PRU 13 akan diadakan lepas tamat tempoh parlimen ke?...ntah dan ntah lagi ntah ler yopp........

 Masih jadi persoalan sehingga kini..namun yg pasti persedian untuk menghadapi PRU ke 13 perlu ade..jangan hanye sembang-sembang kosong dan hebahkan tentang calon-calon aje tapi persediaanya tak ade.....hanya naijb dan Allah Taala aje yg tau bile kite nak ngundinye....


Ahad, 8 Januari 2012

Akhirya Hasan Ali DiPecat Daripada PAS

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.
Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Hasan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor. setakat ini belum berhasil.

Rabu, 4 Januari 2012

BEBASKAN ANWAR 901

Program Jelajah Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang 9 Januari ini.


 
sama-sama kita tolak fitnah ke 2 yg dilontarkan terhadap Anwar Ibrahim dan kita tolak juga kerajaan yg suka akan finah memfitnah dan rasuah iaitu UMNO/BN.....

Isnin, 2 Januari 2012

INSIDEN UPSI, MUFTI NASIHATI PENGUASA: Anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian

 
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?
"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.

Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.

Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia
Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.
"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.

"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.
Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.
"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.
"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.
Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.