Isnin, 2 Januari 2012

INSIDEN UPSI, MUFTI NASIHATI PENGUASA: Anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian

 
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?
"Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya.

Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya.

Dr Asri: Ingat apa berlaku di Tunisia
Sementara itu, bekas mufti negeri sama Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, beliau terkejut melihat kecederaan yang menimpa mahasiswa terbabit -- Muhamad Safwan Anang -- dan jika terbukti polis melakukan, ia sesuatu yang malang.
"Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan.

"Jika mereka diganggu atau dicederakan, ia petanda kezaliman sesuatu pemerintahan," katanya.
Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian.
"Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi.
"Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford.
Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan