Sabtu, 24 Ogos 2013

Jamuan Raya PAS Kawasan Parit Meriah

 
Petang tadi di Kampung Paloh,Layang-layang kiri,Parit,PAS Kawasan Parit telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yg baru kita sambut 2 minggu yg lepas.

Ramai hadir bersama keluarga bagi memeriahkan lagi majlis,yg dimulai dengan ucapan-ucapan dari Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Ustaz Ismi Mohd. Taib,Ketua Pemuda PAS Kawasan dan beberapa lagi Pemimpin PAS Kawasan Parit.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah makanan,yg paling seronok ialah anak-anak kecil yg telah dapat duit raya dari YDP Ustaz Ismi.Gambar-gambar sekitar majlis jamuan raya tersebut yg bermula jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang.









Gambar ikhsan dari facebook Halaqat Muqarrabin.