KUANTAN - "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu
boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis
Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.
Beliau berkata demikian
sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa
terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok
kelmarin.
Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan
tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya
sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.
"Walaupun belum
didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan
libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang
menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya
ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang
(Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
Badrolamin
berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi
menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa
tempias daripada kes itu.
Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan
berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu
Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk
memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.
Sementara itu,
wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada
pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.
Wanita 28
tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan
pejabat Jaip pukul 6.20 petang.
Badrolamin berkata beliau mengenali
wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan
keluarga wanita itu pernah
mengerjakan umrah bersama-sama.
Sementara
itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi
berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrolamin
setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.
Sebelum itu, Mohd
Ghazali dilaporkan berkata Badrolamin diminta tampil memberi keterangan dalam
proses siasatan terhadap kes itu.
"Ia merupakan prosedur biasa dalam kes
seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam
dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya.
Menurut laporan media,
Badrolamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik
di sebuah kolej.
Bagaimanapun Badrolamin dilaporkan menafikan beliau
telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang
untuk memerangkap serta mengaibkannya.
Beliau juga mendakwa dipukul
lebih kurang 20 lelaki "ala samseng" pada pagi kejadian.
Sementara itu,
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama hari
ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum
menerima sebarang laporan
berhubung kejadian Badrolamin dipukul. - Bernama
Selasa, 28 Februari 2012
Isu Exco Kedah: 8 Exco selamat angkat sumpah jawatan
Isu Exco Kedah: 8 Exco selamat angkat sumpah jawatan tranungkite |

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.
Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.
Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.
Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).
Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).
Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan)./HD
Langgan:
Catatan (Atom)