Ahad, 26 Mei 2013

Kepada Mereka Yang Tidak Mengerti!!!!

Kemelut yang melanda,adalah ujian dari Allah, satu peringatan untuk kita yang sekian lama bertahan dan 'berkorban' demi mendaulatkan Islam, demi syahadah yang kita junjung.

Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan (Yg Berhak Disembah)Melainkan Allah
Dan (Nabi) Muhammad Adalah Rasul Allah....aku adalah ahli pas biasa, penyokong yang bermula dengan menderma sekupang dua dari umur belasan tahun, menjunjung ulama yang menjadi pewaris nabi, menjadi pengikut bawahan yang melihat kekuatan dan keteguhan pimpinan, yang sekian lama bertungkus lumus untuk mengembangkan sayap atas nama Islam, melihat jatuh bangun mereka, melihat jerit payah mereka, melihat titis air mata dalam menghadapi tekanan dari sekecil-kecilnya sehingga yang melibatkan pertumpahan darah.
...aku melihat kegigihan mereka yang jatuh dan bangun dalam serba payah dan tidak mengenal alah kerana perjuangan ini adalah demi syahadah yang kita junjung...segalanya kerana Allah.
...aku tahu, jika harta dan kuasa yang mereka pilih ini bukan jalannya...hanya yang beroleh hidayah sahaja punaa kekuatan ini...

...aku melihat jiwa besar mereka, menghadapi cacian , dari luar bahkan dari dalam juga, dari gunting dalam lipatan , tetapi mereka tetap teguh..
...aku berharap agar ada pewaris yang memang besar jiwanya dan menjadi penggalas ganti perjuangan mereka..
...aku merasa zaman jiwa bersemangat tuan guru yang jika beliau menyeru untuk berjihad, aku akan pasti turut bersama ...
...aku melhat masa ramai 'cendikiawan' yang menjadi cendawan menghancur luluh hasrat perjuangan..
...aku melihat tiada sandaran bagi yang rakus kuasa, mereka akan pergi kerana dalam perjuangan kita tiada ruang bagi mereka...

...aku melihat kita bersatu dengan mereka yang membina cita atas nama merdeka ...
... aku melihat kita bersatu dengan mereka atas nama semangat...
... aku melhat kita bersatu dengan mereka atas nama adil ....
... namun semuanya telah dan sedang diuji ...

...aku melihat manisnya perjuangan bila rakan bukan seagama bersama mengibarkan bendera kita...
...bahkan mereka berkata "kita tak sokong kalau bukan pasai dia kawan dengan tok guru " ...
... aku bukan berasa gah , tetapi betapa perjuangan pemimpin kita telah 'mentarbiah' hati mereka...


.. aku tidak kira betapa ramai 'cendawan' yang mengaku kawan ..
.. aku tidak kira betapa semakin ramai 'ilmuan' yang masuk ke dalam cawan
.. aku tidak kira kalau anda pandai setinggi awan tapi sudut pandangan ingin

meruntuhkan perjuangan ..
.. aku tidak kira ... kerana roh perjuangan ini sentiasa dipelihara Allah...kerana yang tidak ikhlas akan terserlah ...

.. aku melihat betapa gigih unit amal..
.. aku melihat sepak terajang penguasa...
.. aku melihat susah payah orang lama ..
.. aku melihat mat sabu ...
..aku melhat mahfuz..
..aku melhat dr hatta...

..aku melihat dr lo lo...
..aku melihat tgna..
..aku melihat tghh..
..aku melihat ustaz fadhil noor..
..bahkan aku telah menginjak perkuburan memali..

..Jika hari ini ada yang ingin menginjak-nginjak perjuangan ini ..

..Jika hari ini ada yang mendabik dada kerana mula dapat kuasa..

.. Jika hari ini ada yang mahu menghina ulama pembawa obor perjuangan ini...
.. Jika hari ini anda mula menghina kami ,,,


INGAT !!! INGAT !!!! INGAT !!!

KAMI TIDAK MINTA ANDA BALAS JASA !!

JANGAN INGAT REFORMASI TERLALU KERAMAT !!!

JANGAN CELUPAR BERASA HEBAT !!!

KAMI BUKAN PEJUANG YANG DIBAYAR KERINGAT !!!

PERJUANGAN INI KERANA ALLAH !!!

JANGAN INGAT DENGAN KAMU KAMI ALAH !!!

JANGAN LUPA BILA MASA ANDA PAYAH .,.BILA SENANG BEREBUT TUAH !!

INGATLAH !!!

KAMI BUKAN ANDA JIKA aNDA MAHU BEGITU !!!

BAGAIMANA LAUNGAN REFORMASI !! ??

AKU TETAP DENGAN TAKBIR KERAMAT !


ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !! ALLAHUAKBAR !!!

KERANA SELAINNYA ROHNYA TIDAK KE AKHIRAT !!!

Petikan daripada Tranung Kite


Untuk Perhatian: Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin yang kurang cerdik

Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz  Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang

Ustaz Shahril Azman Abd Halim AL Hafiz 

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang



Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang terhadap kenyataan Ketua A.M.K Pusat 


Merujuk kepada ucapan Ketua AMK Sdr. Shamsul Iskandar Md. Akin di Kongres Nasional seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 24 Mei 2013. Maka inilah respon balas saya;

Apa Salahnya Ustaz Idrus Kawin Tiga?




ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-1

 Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!

Ustaz Azhar Idrus amatlah tersohor dan dikenali di negara ini kerana cara penyampaian dakwahnya yang tersendiri dan bersahaja di mana dapat menarik minat ramai anak muda hari ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam. Ustaz Azhar Idrus dilihat sebagai seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya memandangkan di dalam setiap kali ceramah, sentiasa sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan yang tepat dan lebih menarik secara berseloroh dan bersahaja.

Rahsia Sebelum Membeli Handphone……

Kali ini apa kata kita berkongsi info/rahsia bagaimana kalau hendak membeli handphone baru di kedai. Tak salah juga digunakan untuk membeli handphone terkapai.

Jumaat, 24 Mei 2013

Tumpu penjenayah bukan pemimpin Pakatan

Abdul Aziz Mustapha, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat keselamatan mereka," kata beliau.

Jumaat, 17 Mei 2013

Kuliah UAI...Tak ikut perintah Allah,keluarlah dari bumi ni.....

Lama tak update blog Botaonline...sebagai sajian untuk hari ini adalah kuliah dari Ustaz Azhar Idrus bertajuk sila keluar dari bumi jka tak ikut perintah Allah swt.Selamat melihat dan mendengar kuliah ini.....



Sabtu, 4 Mei 2013

Samseng-samseng mula buat huru hara....

Satu peristiwa berdarah telah belaku petang tadi di station 18 Ipoh perak,dimana sekumpulan pertugas PR yg sedang kempen Flashmob di persimpangan berdekatan dengan Tesco Station 18 Ipoh telah diserang sekumpulan geng-geng motosikal.Mereka yg diserang cerdera parah dan telah dikejarkan ke Hospital.Dipecayai geng motosikal tersebut adalah geng UMNO sebab tertera pada baju I LOVE PM.





Rabu, 1 Mei 2013

Program konvoi Pakatan Rakyat Parit dapat sambutan

Gambar-gambar sekitar program konvoi terbesar anjuran Pakatan Rakyat Parit yg bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.


persinggahan pertama di depan Tesco Seri Iskandar
Rehat sebentar di Kampung Teluk Perang

Solat Zohor berjemaah di Masjid Kampung Teluk Manis
Minum petang di Markas PAS Kampung Kuchai


Laluan terakhir ke tempat berakhirnya konvoi

Konvoi berakhir di Markas PAS Kampung Kubang Chandong
Kejayaan Pakatan Rakyat Parit menjayakan Konvoi yg besar ini menunjukkan PR telah mendapat sokongan yg mengalakkan,berbanding dengan Konvoi PRU ke 12 yg lalu.Setelah Konvoi PR tamat,BN pulak berkonvoi petang tadi dan seperti biasa lah pelajar sekolah adalah antara yg turut serta dalam konvoi BN.