Selasa, 29 November 2011

Ada Baju Dalam Wanita UMNO Berharga RM26,000.00??

Perwakilan bangkitkan isu baju dalam RM26,000
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa menuduh seorang pemimpin Wanita Umno hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000.

NONEPerwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini.

"Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan.

Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut dakwaannya itu.
'Pendedahan' itu dipercayai ekoran serangan berterusan pembangkang terhadap apa yang didakwa mereka sebagai gaya hidup mewah pemimpin Umno.

Antara yang dikaitkan dengan dakwaan hampir sama isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang didakwa memiliki cincin berlian RM24 juta.

Rosmah bagaimanapun menafikannya.

Malaysia makin mundur dalam amalan demokrasi

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.
Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.
Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi.
"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.
"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.