Khamis, 28 Februari 2013

Artis pula jadi macai UMNO

Artis sekarang sudah jadi macai UMNO dan buat persembahan  lawak bodoh mempersenda mengutuk Pakatan Rakyat (PR).Kesan dari video ini kena kepada pelakon pelawak terkenal Salih Yaakop (SY) Nabil Raja Lawak,SY telah menerima kutukan yg hebat didalam facebook,bloggers dan komen-komen dalam ruangan Facebook Sinar Pagi,Sinar Pagi yg keudara dari jam 6 pagi hingga 10 pagi yg dihoskan SY bersama Krill dan Kak Engku (KE).Saya berkesempatan melihat komen-komen dari pendengar Sinar Pagi,saya lihat komen lebih banyak dari biasa,rupanya ramai yg telah komen hentam dan boikot SY.Bukan SY saja yg kena boikot KE dan bebarapa lagi artis telah diboikot.ini semua pasal video lawak yg telah dipersembahkan oleh mereka yg semuanya video itu mengutuk PR.


Kesan dari video lawak ini,SY mengambil keputusan untuk tidak menglibatkan diri lagi dalam dunia hiburan ekoran penyebaran video ini di youtube.katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selasa, 19 Februari 2013

Duit bantuan...oh duit bantuan..

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini,teman buat ler rondaan dan tinjaunan disekitar Pekan Bota Kanan,bendera-bendera dah penuh tiap-tiap tiang lampu tak kire ler UMNO ke PAS ke PKR ke janji bendera,hangat suasana PRU yg makin hampir diadakan.

Teman sebenarnye dari awal lagi dah tengok-tengok masyarakat di sekitar Bota ni,ape mood diorang sekarang ni,sebabnya nak kata cenderong kepada parti pemerintah ada jugak tapi yg udah nyeberang ke parti pembangkang pun ada jugak,jadi teman jumpa-jumpa ler geng yg nak kata antara kuat dengan tak kuat dengan UMNO ni.


Macam biasa ler tengok dulu macamana keadaan mereka ni,yg pertama teman tanya "adakah mak cik-mak cik dapat bantuan?"...mereka berkata "ada ler sikit",...Sikit yg macamana tu makcik?."ye ler ade ler deme bagi duit bantuan raye bantuan kebajikan masyarakat sikit,tambah yg baru ni duit BR1M..."Dari raut wajah mereka memang suka dapat BR1M,RM 500 dapat tiap satu family,ada antaranya mengelupor ler bila dapat duit terpijak ni..ye ler udoh puluh-puluh tahun baru ler dapat 500 hengget...tambah pulak jika ditakdirkan BN menang lepas PRU nanti najib nak bagi RM1000 pulak,lagi kuat ler ngelupor deme ni....hihihihi..


Itu baru satu golongan,tapi ada satu golongan lagi,amat marah kat UMNO ni sebabnya tok ketua kampong merangkap ketua cawangan UMNO,jadi pada UMNO ler diorang marah sangat ni,apabila bantuan yg tiap-tiap tahun dapat,tahun ni kantoi pulak...Mengenai bantuan yg merupakan wang tunai,teman dapat laporan telah disonglap dan di beri pada kroni,duit bantuan fakir miskin pun nak disapu..tak patut..tak patut....heran jugak orang tak sepatutnya dapat,boleh tersenarai dalam golongan yg dapat,yg sepatutnya dapat,tak dapat-dapat.Tok ketua nak kena sound ni,sebabnya jadi tok ketua kerana dia seorang ketua cawangan aje,kalau di buat pilihanraya memilih ketua kampong,hanya sepenggal aje ler jadi pak lurahnya ni....

Kalau nak diceritakan memang banyak terjadi pekara songlap duit ni bukan saja di Bota,ditempat lain pun 2X5 jugak,tapi teman ceritakan di tempat teman aje ler.kepada mereka yg telah menerima BR1M tu tahniah ler,kepada yg tak dapat lagi mungkin pusingan akan datang kot..Tapi apa pun hendak lakukan perubahan,kita takkan selamanya di takuk lama lagi,kate orang ler penimbang yg kati-kati kite tukor ler kepada yg lebih moden lagi,sama dengan pemerintah ler,tukar ler baru...


RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH

GENG BOTAONLINE

Ahad, 17 Februari 2013

menjelang PRU....macam-macam hal belaku..

Pilihanraya umum hampir tiba,kalau diikutkan jadual sebenarnya dalam bulan April parlimen akan terbubar sendiri,tetapi ada dengar-dengar cerita dari pembesar-pembesar UMNO kata mereka hujung bulan ini akan bubar parlimen dan mengundinya hujung bulan depan,tak kiralah bila,tapi sampai masanya marilah kita tunaikan kewajiban memilih siapa yg akan meneraju kepimpinan selepas PRU ke 13 nanti.

Semakin hampir dengan PRU ni,dapat dilihat semakin terdesak UMNO meraihkan sokongan,yg paling tidak kita sendiri seronok dengarnya apabila sudah bermula rosakan banner dari parti pembangkang,ganggu ceramah,samseng-samseng bernaharajalela dan dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri,yg dulu hanya dapat dilihat dalam facebook,twitter,bloggers dan youtube sahaja.

Yg terbaru yg kita sendiri dapat lihat gangguan samseng-samseng UMNO terhadap mahasiswa dan mahasiswi yg sedang mengedarkan risalah di Pekan Pahang,tempat najib plak tu..tak patut..tak patut...Ini lah masalah sekarang ni budaya terbaru yg dibawa oleh UMNO adalah geng samseng dan buat huru hara,tapi kata negara ni aman damai dibawah UMNO,kata mereka ler....
Hairanlah jugak.kat TV iklannya sopan santun amalan kita,budi bahasa amalan kita,hormatilah orang tua,tapi itu hanya iklaneka saja.Setiap hari kita lihat iklan sopan satun kat TV tapi adakah membawa kesan terhadap kehidupan kita,ada tu memang ada tapi umpama kesan yg sedikit ada ler,hanya nak mengajak orang ramai hornat menghornati dan sopan santun sesama masyarakat tapi belakang cerita UMNO bawa budaya samseng pulak..tak patut..tak patut....

Maka kini kita dapat lihat anak-anak muda sudah tiada adap sopan,semua ini adalah dari pemerintah yg sepatutnya memainkan peranan utama terhadap apa yg belaku sekarang ini,kalau nak diceritakan memang banyak,tapi diringkaskan ajer ler....

Tu ler sekarang ni telah pun ujud budaya samseng dikalangan masyarakat kita,apabila roh Islam tiada maka beginilah yg terjadi,tiada takut akan perbuatan itu yg mendatangkan dosa,manusia kini mana takut dengan dosa,itu sebab rasuah,menipu dan sebagainya makin menjadi-jadi,kalau tidak berubah maka selamanya atau mungkin lagi teruk..jom ler berubah,rakyat bangkit negara berubah.



Rabu, 13 Februari 2013

Program Derma Darah di Bota

DERMA DARAH DUN BOTA 2013







TARIKH : 16 FEBRUARI 2013
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI BOTA KANAN
MASA : 9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI

ANJURAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA CAWANGAN DUN BOTA DAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK DENGAN KERJASAMA PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH

PENGARAH PROGRAM : KAPTEN (B) Dr FAIZOL FADZLI HAJI MOHAMED



TUAN/PUAN DIJEMPUT HADIR



Selasa, 12 Februari 2013

bendera UMNO disana sini bendera PR tidak kelihatan lagi

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini,suasana di Bota buat masa ini tenang disamping  tiap-tiap parti yg bertanding bersiap sedia untuk menghadapi hari pemilihan atau hari mengundi itu nanti.Di Bota Geng Botaonline telah buat rondaan dan tinjauan,bendera dari UMNO BN telah banyak dipasang di tiap-tiap kampung.Nampaknya UMNO BN bersemangat untuk menghadapi PRU kali ini tetapi yg herannya ni Naajib masih lagi mengrahsiakan bila pembubaran Parlimen sedangkan PM Australia pun sudah mengumumkan 14 september nanti akan belaku PRU bagi Australia..


Perang bendera sudah bermula,bagi Pakatan Rakyat masih lagi dalam keadaan bertenang dan menanti bila bubar sahaja Parlimen maka bermulalah kerja-kerja pilihanraya,cuma buat masa ini masih lagi menjalankan beberapa program terutama program ceramah-ceramah dan aktiviti yg lain-lain lagi.



Daripada maklumat yg diterima,akan belaku permasangan bendera yg begitu banyak oleh geng UMNO BN sehingga menengelamkan bendera-bendera PR,memang tidak dinafikan lagi UMNO BN boleh menyediakan bendera dan poster serta banner yg bnyak akan tetapi  haruslah diingat,tidak menjaminkan kemenangan sesuatu calon itu hanya kerana bendera dan poster yg banyak.


Lagi satu yg menjadi kemuskilan,geng UMNO BN pasang bendera waktu malam aje,dulu -dulu la geng UMNO ni pasang bendera siang-siang hari.Bila lihat disiang hari penuh bendera UMNO BN sana sini.

RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH

GENG BOTAONLINE

Sabtu, 2 Februari 2013

Santai anak muda di Sidec Seri Iskandar Bota

Malam ini bertempat di Sidec Seri Iskandar Bota telah diadakan Program Santai Anak Muda di malam-malam minggu ini.Bukan sahaja Ceramah,ada sketsa tentang cerita orang kampung dengan YB UMNO di kedai kopi yg telah di jayakan oleh geng-geng AMK Parit.Disamping itu acara diselangi dengan ceramah oleh Ustaz Zaid Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit,Ketua Cabang PKR Parit Tuan Haji Usaili Alias,Calon ADUN Bota Ustaz zulkifli Ibrahim yg juga merangkap Ketua Penerangan PKR Perak,turut hadir malam ini saudara Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia dan penutup Program santai Anak Muda malam ini adalah persembahan penyanyi Ito Blues Geng yg telah menyampaikan beberapa buah lagu.

Beberapa gambar sekitar Program pada malam ini.










HIJRAH BOTE...

RAKYAT BANGKIT BOTE BERUBAH....



BOTAONLINE.COM