Jumaat, 30 September 2011

60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat

KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.
Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.
"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.
"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.
Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat.
"Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.
Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.
Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.
Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.
Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.
"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.
Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.
Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.
Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut.
Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5714-60-tahun-pas-semakin-diyakini-semua-rakyat

Rabu, 28 September 2011

PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin
Razali (gambar) menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT. Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak PAS Pusat yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini. “Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja,” tegas beliau. “Insya Allah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan,”tambah beliau. Menurutnya, buku manual itu akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang. Beliau menjelaskan ia adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan Umno secara tidak langsungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan as-Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. “Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat pusat ataupun negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah SWT supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT kerana itulah matlamat utama perjuangan kita,” ujar beliau lagi.

Isnin, 26 September 2011

KARIKATUR PERSENDAKAN HUKUM HUDUD DI UTUSAN MALAYSIA

Utusan malaysia atau lebih dikenali dengan nama utusan meloya keluarkan lagi karikatur yg mempersendakan hukum Hudud.Pihak mereka terutama UMNO hanya buat tak tau aje tentang hal ini.Pasti mereka akan kata karikatur ini bukan nk persenda sapa2 tapi hanya kartun biasa saja tidak melibatkan mana-mana pihak,itulah yg akan keluar dari mulut-mulut mereka.Akan tetapi karikatur ini tetap dianggap mempersenda hukum ALLAH.UMNO akan melindungi utusan malaysia kerana utusan adalah kawan baik bagi UMNO,tanpa utusan sape ler UMNO......

Ahad, 25 September 2011

Fitnah Seks Terhadap Sarbani Perbuatan Kejam

KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf menyelar tindakan blog-blog pro-Umno mengeluarkan video seks, didakwa melibatkan pegawai agensi itu, sambil menyifatkannya sebagai perbuatan kejam kerana sanggup mengaitkan dengan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed.
Dalam respons menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider, Khalid berkata tiada bukti yang boleh mengaitkan pelaku dalam video seks itu adalah pegawai agensi tersebut seperti yang didakwa blog The Unspinners.
“Walaupun blog itu memaparkan dengan jelas perlakuan seks, namun setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai siapakah sebenarnya pelaku terlibat, justeru tidak boleh dikatakan secara konklusif ia melibatkan warga Kastam,” kata beliau.  (BACA SETERUSNYA DI SINI)

Jumaat, 23 September 2011

HUDUD DI MALAYSIA DALAM PADANG DEMOKRASI, BUKAN MONARKI

Malaysia ini bukan Negara monarki, tetapi Negara demokrasi. Dalam demokrasi, perlaksanaan sesuatu undang-undang atau dasar, tertakluk kepada suara majority. Tanpa mendapat sokongan ramai, ia melahirkan penolakan. Makanya, kebaikan yang diimpi, tetapi keburukan yang tercapai.

Kita tidak boleh sekadar berharap sesuatu impian yang baik itu sekadar tercapai. Tetapi, lebih dari itu adalah, impian yang baik itu kekal diamalkan. Inilah tuntutan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Oleh sebab itu, dalam kitab al-Muwafaqat tulisan Imam As-Syatibi, dinukilkan tindakan Umar bin Abdul Aziz yang tidak terus melaksanakan Islam secara total sejurus mengambil tampuk pemerintahan. Apabila Abdul Malik yang merupakan anak kesayangannya bertanya tentang hal itu, beliau menjawab;

“Jangan kamu gopoh wahai anakku. Sesungguhnya Allah cela arak dalam al-Quran sebanyak dua kali, dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang dilaksanakan kebenaran (Islam) secara total, menjadikan rakyat menolaknya pula secara total. Ia merupakan fitnah”.

Umar menjawab sebegitu, kerana Umar mementingkan kejayaan perlaksanaan islam itu bersifat kekal, bukan sementara. Umar tidak berfikir untuk mencapai sesuatu impian sahaja, tetapi Umar berfikir lebih dari itu, iaitu bagaimana impian itu kekal diamalkan. Kebaikan pada Umar, bukan sekadar impian, tetapi kejayaan perlaksanaan.

[2]

Dalam sejarah Islam, diceritakan bahawa Saidina Umar al-Khattab pernah menangguhkan perlaksanaan hukuman potong tangan yang merupakan salah satu hukum hudud yang termaktub dalam al-Quran. Ditangguhkan kerana, ketika itu tertimpa tahun kelaparan. Kelaparan merupakan syubhat, kerana dibimbangi keadilan yang ingin dicapai, tetapi kezaliman yang terlaksana.

Melaksanakan hukuman potong tangan terhadap pencuri adalah satu keadilan. Tetapi, memotong tangan pencuri yang mencuri di kala tiada makanan, dan sang pencuri mencuri itu pula dalam keadaan terpaksa, maka tindakan memotong tangan pencuri itu merupakan kezaliman. Ekoran itu, Saidina Umar menangguhkan perlaksanaan salah satu hukuman hudud tersebut.

Di Malaysia, hukuman Hudud sudah menjadi buah mulut. Sejak 20 tahun dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melontarkan idea ini, dan diteruskan usaha ini dalam kerajaan PAS di Terengganu dahulu.

Namun, kelemahannya adalah dari sudut penerangan kepada rakyat. lebih-lebih lagi, propaganda UMNO/BN agak kuat menyebabkan hudud yang baik berjaya diburukkan oleh UMNO/BN. Makanya, kerajaan PAS yang mempunyai hasrat yang baik, tidak berjaya melaksanakan hasrat itu, malahan kalah dalam PRU selepas itu.

Dilemma tidak memahami kebaikan hudud, melahirkan problem yang cukup besar. Jika yang tidak memahami itu sebilangan kecil rakyat, ia tidak memberi kesan yang buruk, tetapi jika majority rakyat tidak memahaminya, perlaksanaan hudud melahirkan kesan yang amat bahaya. Dibimbangi, hudud yang baik itu bakal dilihat buruk oleh masyarakat. Jadi, ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

[3]

PAS berada dalam padang demokrasi, bukan padang monarki. Jika Kelantan itu kerajaan beraja, dan PAS itu adalah rajanya, tidak menjadi sebarang masalah terhadap perlaksanaan hudud dalam jangka masa ini. Tetapi, yang PAS perlu fikirkan bahawa PAS berada dalam padang demokrasi. Ia melibatkan suara majority rakyat dalam menentukan kejayaan perlaksanaan hudud itu diterima dan terus diamalkan.

Tidak ada faedahnya hudud hanya berjaya dilaksanakan dalam jangka 5 tahun sahaja, tetapi selepas itu hudud dibuang oleh rakyat jauh ke laut. Tetapi yang paling baik adalah, hudud dilengahkan selama 5 tahun, tetapi selepas 5 tahun hudud itu diterima rakyat, dan berjaya dilaksanakan. Perlaksanaan itu berterusan sehingga bumi ini dibinasakan oleh Allah.

Ekoran itu, tindakan yang perlu dilakukan (diletak target selama 5 tahun sahaja) adalah seperti berikut;

Pertama :

Gerakan usaha memahamkan hudud lebih berkesan. Tidak sekadar berlingkar di kawasan Kelantan sahaja, tetapi hendaklah penerangan itu meliputi seluruh Malaysia. Bentuk penerangan itu seperti mengadakan seminar, wacana, sebaran handbill dan sebagainya. PAS dan kerajaan PAS wajib mengambil peranan ini.

Kedua :

Mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan usaha memahamkan rakyat tentang hudud. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berkepakaran tentang hudud, dan mempunyai kebijaksanaan dalam menerangkan hudud dalam bentuk yang cukup berhikmah.

Mereka yang terlibat dalam NGO ini, hendaklah dilatih tentang cara dan pendekatan yang baik dalam mendepani sasaran yang belum memahami tentang hudud, agar penyampaian kandungan hudud kepada rakyat benar-benar memberi impak yang baik.

Ketiga :

Dianjurkan Seminar dan wacana yang berkaitan dengan Hudud, dengan tidak boleh diabaikan menjemput wakil-wakil parti selain PAS. Jika pihak PAS bentang kertas kerja tentang hudud, maka diminta wakil dari DAP dan PKR mengomentar kertas tersebut. Seperti kertas kerja dibentang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz atau Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, dan Karpal Sikh atau Lim Guan Eng pula yang mengomentarinya.

[4]

Sebelum kita bercakap soal perlaksanaan, seharusnya kita menyedari bahawa Malaysia adalah Negara demokrasi. Apabila rakyat secara majority mahukan hudud, DAP tidak bersetuju pun terpaksa akur dengan kehendak rakyat. ini kerana, parti mereka adalah parti demokrasi (Democtratic Action Party).

Selagi rakyat tidak diusahakan faham secara menyeluruh, dibimbangi perlaksanaan hudud tidak melahirkan kejayaan. Yang paling bimbang, ia melahirkan kegagalan dan hudud itu pula lebih dibimbangi dilihat buruk oleh rakyat.

Sesuatu perlaksanaan hudud, jangan sekadar berfikir untuk tercapai impian sahaja, tetapi hendaklah difikirkan kejayaan perlaksanaan itu tanpa melahirkan penolakan merupakan mudharat yang lebih besar.

Hanya berfikir untuk mencapai impian tanpa memikirkan kejayaan perlaksanaan yang baik merupakan tindakan yang gopoh, sedangkan gopoh itu dibenci oleh Allah SWT.

Sabda Nabi SAW, “Gopoh itu sebahagian dari Syaitan”.

Kaedah fiqh ada menyebut, “barangsiapa yang bergopoh terhadap sesuatu sebelum masa yang sesuai, ia akan diakibatkan pengharamannya”.

Jadi, dalam hal ini, perlu diambil kira padang demokrasi dalam perlaksanaan Islam. Iaitu, PAS perlu mengambil himpunan suara rakyat untuk melaksanakan hudud. Ia bukan bermakna mendahulukan rakyat berbanding keputusan Allah, tetapi ia bertujuan untuk mencapai kejayaan perlaksanaan yang jitu, baik dan harmoni, tanpa melahirkan penolakan dan pemburukan pada hukum Allah SWT itu.

Sekian

Wallahu ‘Alam

catatan email dari :

ustaz_bakistani@yahoo.com

MAT INDERA DAN PERJUANG MELAYU SEBENAR

Nama Mat Indera sekarang menjadi sebutan orang disana sini,kenapa nama Mat Indera kini kembali glamour?....bukan dia menang akademi fantasia,bukan menang tilawah Al Quran atau sebagai hero filem melayu tetapi namanya kini temashur sebagai perjuang Melayu yg sanggup berkorban nyawa demi agama,bangsa dan tanahair menentang British di sekitar tahun 40'an sebelum dan selepas pendudukan Jepun di tanah melayu.
Mat Indera namanya menjadi diantara yg diiktiraf oleh Menteri Besar Johor melalui buku Pengukir nama Johor.. Lihat gambar kulit buku,ada gambar Mat Indera,kalau Mat Indera dianggap pengkhianat kenapa dia diiktiraf?.Kita kena ambil perhatian sejarah yg sebenarnya.Jangan kita tertipu dengan sejarah rekaan dari UMNO yg mengatakan mereka perjuang kemerdekaan tulen dan yg sebenar.
Kenapa nama-nama seperti tok janggut,Mat Kilau,Dato' bahaman,ahmad boestamam,burhanuddin Al Helmy tidak disenaraikan sebagai perjuang padahal merekalah antara yg betul-betul perjuang melayu dari peringkat awal kebangkitan orang-orang melayu yg mahu menuntut kemerdekaan di tanah melayu dari British.mereka sangup bermandi darah,diseksa dalam tahanam oleh kerajaan British ketika itu.Setiap tahun apabila kita menyambut hari kemerdekaan,hanya nama-nama pemimpin terawal dari UMNO yg dijulang sebagai perjuang,akan tetapi pada ingatan kita bersama,adakah mereka-mereka ini pernah berjuang bermandi darah dan diseksa?.UMNO hanyalah yg kita tahu diwaktu itu,kerana patuh pada arahan British,sanggup menyambung cara pemerintahan British dan Pelembagaan orang putih itu maka British hanya boleh beri kemerdekaan dan serah pada UMNO tanah melayu ini sebagai pemerintah serta memadamkan nama-nama seperti diatas dan pertubuhan-pertubuhan Melayu yg lain diharamkan kerana menentang British dan tidak mahu tunduk kepada British.Jelas UMNO hanya talibarut kepada British diwaktu itu dan menipu rakyat dengan sejarah rekaan..

Rabu, 21 September 2011

Gugur tuduhan, pandangan Mohd Sabu bukan jenayah

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa kerajaan menggugurkan segera tuduhan bermotifkan politik terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana pandangannya mengenai sejarah bukan jenayah. Penyelarasnya, Yap Heng Lung berkata, pihaknya juga menggesa kerajaan berhenti daripada menakut-nakutkan mana-mana individu yang menyuarakan pandangan yang berlainanan tentang sejarah rasmi dan ideologi. Justeru, tegasnya Suaram mengutuk tindakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas sebab mendatangkan khianat awam selepas beliau memberikan pandangan yang berbeza tentang insiden Bukit Kepong dalam sebuah ceramah pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor. “Suaram berpendirian bahawa setiap individu mempunyai hak untuk bebas bersuara dan menyuarakan pandangan seperti yang termaktub dalam artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan artikel 19 dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia,” ujarnya. Menurutnya, hanya seminggu selepas Pperdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan proses reformasi dalam pentadbirannya, namun kejadian pada hari ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dengan proses reform yang disebut-sebutkannya. Jelas sekali, ujarnya kerajaan Najib juga tidak menunjukkan inisiatif untuk menambahbaikkan kebebasan bersuara dan keadaan hak asasi manusia serta pihak polis yang sering menyalahgunakan kuasa. Suaram juga, katanya mengutuk keras tindakan polis yang bertindak berat sebelah. “Mengikut penjelasan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob bahawa polis mendakwa Mat Sabu disebabkan terdapat 1,000 laporan polis terhadap Mat Sabu dan sebab itu pihak polis bertindak demikian,” katanya. Namun demikian, katanya polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam. “Apakah tindakan polis terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali? “Mengapa sikap berat sebelah ini diamalkan sedangkan pihak polis seharusnya bersikap neutral dan bertindak ke atas semua laporan polis tanpa mengira pihak yang terlibat?” soalnya. Justeru, ujarnya Suaram berpendapat bahawa pendakwaan terhadap Mat Sabu atas kenyataannya mengenai sejarah adalah tidak betul dan tidak profesional. Katanya, perbincangan dan dialog perlu diadakan untuk menyelesaikan konflik terhadap fakta sejarah secepat mungkin.

Selasa, 20 September 2011

PAS kecam cubaan bakar rumah Mohamad Sabu

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini. "Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran. Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri. Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain. "Media pelu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya.

Ahad, 18 September 2011

Sekitar Jamuan Hari Raya Yayasan Amal Malaysia Caw. Parit

Dengan Dr. Faizol Fadzli sendiri mengalu-alukan kedatangan tetamu, majlis serupa ini adalah pertama kali di adakan.
Majlis dijalankan di perkarangan Klinik Dr. Faizol di Taman Bandar Universiti Seri Iskandar. Majlis berjalan dalam keadaan sederhana tetapi meriah dan penuh mesra. Dr. Faizol begitu sibuk melayan tetamu dan beliau sendiri mengangkat hidangan untuk para tetamu.

Keredhaan Allah Matlamat Perjuangan Pas .

Ahad, 18 September 2011 16:05 Webmaster DUPP
Ahli PAS diingatkan agar berjuang dalam Islam kerana Allah Taala dan bukan bermatlamatkan menjadi calon dalam pilihanraya. Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) berkata demikian ketika merasmikan Ijtima’ Pilihanraya PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, 16 September lalu. Katanya, Orang yang berjuang Islam mesti sanggup melakukan pengorbanan apa sahaja dalam keadaan murah atau mahal. “Kita dalam PAS ini kena berjuang kerana Allah SWT dan bukan kerana hendak jadi calon. Kita kena sanggup berkorban dengan apa sahaja baik dalam keadaan murah atau mahal,” tegasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir mahukan agar ahli PAS tetapkan pendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut. Selain itu, katanya gerak kerja secara berorganisasi dan tersusun juga boleh membantu kemenangan parti. “Dalam kita (PAS) menghadapi musuh. Musuh pilihanraya kita, musuh politik kita dan musuh dalam perjuangan kita ini. Kita kena tetap pendirian dalam apa keadaan sekali pun menghadapi perjuangan". “Kena ingat kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Selain itu, kerja dengan cara berorganisasi yang tersusun akan membantu mempercepatkan kemenangan PAS,” ujarnya. Beliau berkata dalam keadaan sekarang musuh-musuh Islam lebih ramai dan ‘senjata’ mereka lebih canggih. Tetapi, katanya musuh-musuh Islam banyak melakukan maksiat serta kezaliman yang tidak wajar dilakukan oleh pejuang Islam. “Musuh lebih ramai dari kita, ‘senjata’ (propaganda) musuh lebih canggih dari kita tetapi musuh melakukan maksiat". “Kita (PAS) jangan melakukan maksiat seperti musuh. Jangan langgar perintah Allah SWT. Khususnya dalam menghadapi musuh,” ujarnya. Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali, Timbalan Yang Dipertua PAS Marang, Ahmad Ma’aruf Ismail dan Setiausaha PAS Marang, Hasan Jusoh. Sumber: www.buletinonline.net .

Tauliah pada ahli politik, Hasan Ali bincang dengan MAIS

Abdul Rahim Sabri MALAYSIAKINI Sep 17, 11
Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung pemberian tauliah kepada ahli politik. Katanya, ini kerana bukan semua ahli politik berceramah atau memberi kuliah di masjid atau surau "bersyarah tentang parti politik". "Saya tahu, Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus sudah berpuluh-puluh tahun berdakwah, tidak sedikitpun menyentuh mana-mana parti politik, atau mempolitikkan majlis yang dikhususkan kepada mereka," katanya dalam sidang media di kediamannya hari ini. Malah, katanya, ada sesetengah daripada mereka yang memberi ceramah mengenai tafsir al-Quran, mengenai tajwid atau akidah Islam yang mempunyai "akar umbinya" tersendiri. "Kadang-kadang mereka bersyarah dengan bertalaqqi, ertinya berguru dan berkitab, dengan guru yang ditetapkan, yang diadakan setiap minggu, setiap bulan. "Kalau kita potong ini atas dasar dia ahli politik, maka sudah tentulah akan menimbulkan kegusaran masyarakat. "Sebagaimana yang kita tahu, Islam semakin dipinggirkan. Dengan kita meniadakan orang-orang yang jujur, ikhlas bekerja dengan Allah SWT, kita rasa gersanglah Islam di Selangor ini," katanya. Sehubungan itu, beliau akan bertemu dengan Pengarah MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa untuk membincangkan cadangan beliau itu sebelum ia dimajukan kepada pihak Istana untuk mempertimbangkan. Beberapa hari lalu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Marzuki Hussein berkata pihaknya tidak akan dilanjutkan tempoh pemberian tauliah mengajar Islam di masjid atau surau kepada ahli politik. Bahkan sebelum itu, MAIS juga mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi kuliah selaras dengan perkenan Tuanku Sultan Selangor yang tidak mahu mana-mana ahli politik berceramah di masjid dan surau di negeri itu. Mengulas lanjut, Hasan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, pada dasarnya beliau bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu. "Pada umumnya, saya menyokong tindakan untuk tidak mempolitikkan institusi masjid dan surau. "Mempolitikkan ertinya mempolitikkan parti... Itu saya tidak setuju kerana akan menimbulkan masalah. "Jika dibiarkan akan pecah belahkan masyarakat," katanya. Mengulas mengenai penyiasatan JAIS terhadap gereja Mothodist Damansara Utama (DUMC), Hasan berkata beliau diberitahu "kemungkinan" laporan siasatan penuh telah dihantar kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang baru pulang daripada Jerman. Katanya lagi, menteri besar akan meneliti laporan tersebut dan mungkin akan dibawa dalam mesyuarat exco sebelum dimajukan kepada Istana untuk pertimbangan. "Apapun, saya masih bertegas dalam hal-hal (mengenai) kristianisasi atau (penyebaran) dakyah Kristian terhadap orang Islam. "Saya akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan kesucian Islam dan akidah umatnya," katanya. Sehingga kini larangan menutup mulut bagi mengulas pemeriksaan JAIS itu masih lagi berkuatkuasa dan beliau enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Jumaat, 16 September 2011

Jamuan Hari Raya PAS Parit Dapat Sambutan Luar Biasa

Tetamu undangan yang kelihatan di hari jamuan hari raya anjuran PAS Parit ialah Al Fadhil Ustaz Syeikh Mohd Nor Mansor al Hafiz. Ini menjadikan hadirin tertanya-tanya, apakah beliau datang secara kebetulan atau meninjau-ninjau untuk menjadi calon disalah satu DUN Parit?
Kelihatan bersama dalam majlis ialah Pesuruhjaya PAS Perak, alfadhil Ust. Abu Bakar Husain dan Kapt.(B) Usaili Alias, Ketua Cabang PKR Parit.
Sejak pukul 2.30 petang lagi orang ramai telah hadir dimana program sepatutnya bermula jam 3.00 petang. Seorang ejen UMNO yang saya kenal berbisik dengan saya, "Nampaknya sambutan luar biasa..."

Selasa, 13 September 2011

PAS tentang semua bentuk penjajahan

Sep 14, 11 8:12am
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu menentang semua bentuk penjajahan tanpa mengira apa fahaman dan blok yang diwakili mereka. Katanya, semua manusia tidak kira latar belakang mempunyai naluri untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka jasad dan akal fikirannya. "PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok Timur atau Barat," katanya dalam satu kenyataan media. Ini merupakan respons pertama Abdul Hadi berhubung perdebatan kemerdekaan negara yang berpunca daripada ucapan kontroversi timbalannya Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata penyerang Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" dalam peristiwa di Bukit Kepong. (Baca Seterusnya Di Sini)

Khamis, 8 September 2011

RIBUT DI SERI ISKANDAR SEBULAN BERLALU TAPI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN

Inilah dia imej Majlis Daerah Perak Tengah. Walau pun telah sebulan berlalunya, gambar-gambar yang tertera disini menunjukkan tidak ada apa-apa yang diambil tindakan bagi membetul atau membersihkan Bandar baru Seri ISKANDAR ini.

Memang sakit mata memandang, apatah lagi kawasan ini adalah merupakan laluan utama ke destinasi pelancung tempat MB Mamak Zambry, Ketua perampas kuasa di DUN Perak. Memang sakit m