Jumaat, 16 Mac 2018

BAGAIMANA MANIFESTO PRU 14 PAKATAN HARAPAN AKAN MEMBOLEHKAN DAP MENGAMBIL-ALIH KUALA LUMPUR DAN BANDAR BESAR LAIN


Hanya di dalam Perlembagaan DAP, tetapi tidak di dalam Perlembagaan PKR, Perlembagaan AMANAH dan Perlembagaan PPBM, termaktubnya kewujudan matlamat untuk “memulihkan pilihan raya tempatan” sebagai agenda perjuangan sesebuah parti politik.

Selaras dengan agenda perjuangan DAP ini maka DAP, melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah meluluskan Enakmen Pilihan Raya Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) pada 9 Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya diadakan untuk memilih Ahli-Ahli MPPP dan MPSP.

Bila Suruhanjaya Pilihan Raya gagal membantunya untuk melaksanakan pilihan raya tempatan di Pulau Pinang maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang (dan P Ramakrishnan) telah mempetisyen Mahkamah Persekutuan supaya memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya berbuat demikian.

Turut diminta oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ialah satu perisytiharan bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menghalang pilihan raya tempatan dari diadakan sebagai tidak sah kerana ia kononnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, malang bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara memutuskan pada 14 Ogos 2014 bahawa Seksyen 10 dan Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 ini adalah selaras dengan Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan.

Malang juga bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara turut memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) adalah bercanggah dengan Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Begitupun, di sebalik keputusan terang-benderang oleh Mahkamah Persekutuan ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, telah mengisytiharkan kepada ahli-ahli DAP pada 2 November 2014 bahawa jika ia berkuasa, pilihan raya tempatan di Wilayah Persekutuan akan diadakan.

Kata Lim Guan Eng: “We promise that there will be a state government for Wilayah Persekutuan, especially Kuala Lumpur.. Kita akan balik kepada demokrasi, kita akan benarkan satu kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat memerintah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.

Disebabkan pilihan raya tempatan telah diisytiharkan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka kewujudan janji mengenai perkara ini (Janji 25) di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan adalah agak mengejutkan.

Tidakkah ia bukti bahawa DAP memang mendominasi Pakatan Harapan bila janji mengenai perkara ini wujud di dalam Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan walaupun perkara ini bukan merupakan agenda perjuangan PKR, AMANAH dan PPBM tetapi merupakan agenda perjuangan DAP?

Jika Kuala Lumpur dijadikan sebuah negeri seperti yang dimahukan oleh Lim Guan Eng, maka sudah tentulah, berdasarkan komposisi penduduk di situ, individu yang akan menjadi Ketua Menterinya adalah pemimpin DAP atau mana-mana pemimpin rakan yang boleh diperkudakan olehnya.

Begitu jugalah dengan pihak berkuasa tempatan di kebanyakan bandar besar lain di seluruh Malaysia yang, berdasarkan komposisi penduduk di bandar-bandar besar, sudah tentu akan dikuasai oleh DAP jika pilihan raya tempatan diadakan semula mengikut kehendak DAP.

Soalnya sekarang ialah apakah anda semua mahu serahkan Kuala Lumpur, dan pihak berkuasa tempatan di kebanyakan bandar besar lain di seluruh Malaysia, kepada DAP?

Dr. Kamarul Yusoff


PARLIMEN PARIT PRU 14

UMNO VS UMNO





Mohd Zaim Bin Abu Hasan, Y.B. Dato Haji
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Parit
No.1, Persiaran Pangkalan Timur 23
Desa Pangkalan Indah
31650 Ipoh, Perak

SUDAH 5 PENGGAL JADI WAKIL RAKYAT

PENCABAR




Datuk Akmar Hisham Mokhles 
Datuk Akmar Hisham Bin Mohd Yusof @ Mokhles (lahir pada 1972) adalah setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat Institut Wasatiyyah Malaysia sebuah badan yang mempromosikan kesederhanaan dalam Islam.[1] Datuk Akmar Hisham juga sering terlibat dengan aktiviti sukarela, kemasyarakatan dan amal bakti.[2]



ANCAMAN TANPA SEDAR TERHADAP ISLAM

MAQASID SYARIAT DALAM MEMILIH PEMIMPIN

Satu teori asas dalam ilmu maqasid syariat adalah dhoruriyat al-khams. Iaitu susunan prioriti dalam ajaran Islam.

Bahawa keseluruhan syariat Islam (wajib haram halal harus) ini ditetapkan oleh Allah bagi menjaga 5 perkara, mengikut tertib:
1. Agama
2. Nyawa
3. Akal
4. Maruah/keturunan
5. Harta

Jika ada pertembungan antara kelima-lima terbabit, maka yang diatas perlu didahulukan dari yang bawah. Menjaga agama lebih penting dari menjaga nyawa. Menjaga maruah lebih penting dari menjaga harta dan begitulah seterusnya.

Straight to the point, sekiranya anda dalam dilema, untuk memilih pemimpin negara; maka pilihlah yang lebih menjaga agama walaupun mungkin terpaksa menggadai nyawa dan kehidupan kita.

Tapi benda asas ni selalu ditinggalkan oleh kumpulan yang memperjuangkan maqasid. Yang mereka selalu ratib ialah maqasid Islam ialah keadilan-keadilan-keadilan, tanpa menyedari keadilan itu berada pada tahap kedua dalam prioriti daruriyat al-khams.

Tambahan pula, keadilan itu selalu didefinisikan mengikut kacamata barat, seperti kesamarataan (equality), plurality dan fraternity. Sedanglan keadilan dari perspektif Ilahi sangat berbeza.

Suka ditegaskan agar tidak disalah tanggap, penerangan di atas adalah dalam konteks ke'terpaksa'an memilih antara dua darurat. Jika kita boleh pilih kedua-duanya atau kelima-limanya sekali, maka itu tidak menjadi isu.

Dengan perkembangan sekarang, adakah anda tidak sedar bahawa ancaman terhadap agama Islam di negara ini?





HARGA BARANG AKAN TURUN JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH MALAYSIA.?

KOMPENAN PARTI PH tidak sekata dalam cara untuk menurunkan harga barang jika PH memerintah. Ada yang menjanjikan penerusan kepada GST dengan kadar yang lebih rendah daripada sekarang. Ada yang mengatakan bahawa GST akan dihapuskan tapi tidak ada pula satu alternatif bagi penggantian GST tersebut. Apakah mahu dikembalikan sistem SST?

Ada yang menyebutkan bahawa PH akan menurunkan harga minyak, bila harga minyak turun, dengan sendirinya harga barangan akan turun. Tapi satu perkara yang pasti ialah mereka akan meneruskan dasar Kapitalis negara. Dasar kapitalis mempertahankan dan membela golongan pemodal dan berusaha bagi mendapatkan keuntungan maksima.

DAP selalu membawa model negara Singapura untuk dicontohi. Tetapi apakah barangan keperluan di Singapra lebih murah dari Malaysia? PH kata mereka pembela rakyat,, jika PH memerintah, harga barang akan turun, rakyat akan lebih selesa, soal tempat tinggal akan beres, cukai tol akan dihapuskan.. rakyat tidak terbeban. Benarkah janji-ianji manismu ini atau cuma kata-kata retorik saja.......

Cuba kita lihat bagaimana PAS dengan dasar Islamnya boleh menurunkan harga barang keperluan dan dapat membela rakyat keseluruhannya.

PAS telah mengeluarkan Dokumen Hijau, satu dokumen yang boleh dibaca dan bibahaskan oleh semua pihak. Ianya adalah satu penyelesaian kepada kesetabilan ekonomi negara yang boleh dipraktikkan secara aman. GST akan dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem yang tidak bercanggah dengan syarak. PAS mahu merubah sistem secara sah melalui sistem demoktasi., yang akan menggantikan sistem sediada kepada yang lebih progresif dan maju disamping mendapatkan janji Allah yang akan menurunkan rezki melimpah ruah dari langit dan mengeluarkan rezki melimpah ruah dari perut bumi....

Inilah janji-janji Allah yang termaktub di dalam alQuran, jika sesebuah negeri itu diperintah mengikut sistem yang Allah anjurkan.. Apabila barangan keperluan berada di pasaran yang melebihi permintaan, harga akan turun dan lebihan tersebut boleh diekspot ke luar negara dimana negara yang memerlukannya...  .

Adakah PH terutama DAP yang berfikir diluar kotak seperti ini? Bagi mereka sistem sedia ada patut dikekalkan, cuma diperkemaskan sahaja,,,,, Mereka berkata mahu menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tapi ternyata mereka pula melakukan penyalahangunaan kuasa dan rasuah apabila mereka  diberi kuasa.

Samada PH atau BN, nampaknya terlalu takut apabila rakyat memahami matlamat PAS yang dipandu dari Pentadbir Alam ini, rakyat yang Islam dan bukan Islam akan memilih PAS untuk memerintah dan sistem Islam di laksanakan. Mereka rasa terancam akan kehilangan kuasa monopoli dan kuasa dalam menetapkan harga maksima seperti tujuan dan matlamat kuasa-kuasa kapitalis seluruh dunia....

Kerana itu, PAS dengan penuh yakin dapat membela rakyat terbanyak, apabila diberikan kuasa mentadbir negara ini. Parti-parti lain ternyata tidak mempu membela rakyat malah terus menindas rakyat dengan beban ekonomi dan hutang yang kian bertambah. Ternyata tawaran PAS kepada rakyat dalam membela rakyat terbanyak lebih releven daripada parti-parti lain, yang lebih kepada retorik semata-mata..

Pemerhati...
Perak Darul Ridzuan.