Isnin, 31 Oktober 2011

Audit: PAS kemuka petisyen kepada Agong

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.

"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.

"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.

"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.

Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".

"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya.

berita dari harakahdaily

http://bm.harakahdaily.net/

Khamis, 27 Oktober 2011

'Dr M punca Kabinet campur tangan dalam laporan audit'

 
DAH LAMA DAH!!
Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONEPakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut beliau, pada masa yang sama, negara mempunyai seorang eksekutif yang tidak memperdulikan kuasa badan yang lain dan monarki yang tidak pasti peranannya.

NONEKenyataan Abdul Aziz itu dibuat bagi mengulas kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara yang tertangguh dua minggu. Laporan itu biasanya dibentangkan pada hari yang sama dengan pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bajet 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu.

Kelewatan itu dikatakan kerana jemaah menteri mahu meneliti laporan berkenaan sebelum ia dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana kebimbangan bahawa laporan audit tersebut akan mencuri tumpuan berbanding Bajet 2012.

NONEMenurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.

Rabu, 26 Oktober 2011

GURU-GURU SAR PERAK DIPAKSA SAMBUT KEDATANGAN MUHYIDDIN

Guru-guru SAR Perak telah diarah oleh Pejabat Agama Islam Perak untuk menutup sekolah hari Khamis ini bagi menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri berkunjung ke Perak. Semua guru-guru SAR ini yang terdiri daripada SAR Rendah sepenuh masa, SABK Menengah dan Maahad Tahfiz telah diwajibkan hadir ke Dewan Cencelor Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar.

Rata-rata SAR ini adalah ditadbirkan oleh Lembaga Tadbir yang terdiri daripada ahli-ahli PAS atau berfikrahkan perjuangan Islam.



SURAT ARAHAN YANG DITANDATANGANI OLEH
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.


Adalah difahamkan Guru-Guru SAR ini akan diberikan sedikit imbuhan daripada kerajaan Pusat pada hari kedatangan TPM tersebut tanpa melalui Lembaga Tadbir sekolah. Pembiayaan SAR  yang tidak menerima tawaran SABK daripada kerajaan pusat,  adalah bergantung sepenuhnya daripada sumbangan masyarakat dan juga atas inisiatif Lembaga Tadbir sekolah, termasuk pembayaran gaji kakitangan, selenggaraan dan pembangunan sekolah.

Tindakan memaksa guru-guru untuk hadir dan meminta menutup sekolah pada hari tersebut adalah satu perancangan UMNO yang cuba mengambil kesempatan bagi menjalankan agenda politik mereka.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kegagalan Perancangan Pembangunan UMNO Parit – Bah. 3

Mari kita lihat bagaimana perancangan pembangunan Daerah Parit yang di ketuai oleh YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin. Daerah Parit mempunyai 4 buah mukim iaitu Mukim Belanja, Mukim Layang-Layang, Mukim Bota dan Mukim Lambor. Seri Iskandar tidak dimasukkan dalam perancangan UMNO Parit kerana ianya adalah kawasan baru yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu. Penulis mahu membuka minda pengundi Melayu di kampong tradisi Melayu, yang terus menerus memberikan kepercayaan kepada UMNO mengurus dan merancang 4 buah mukim di atas.

Setiap kampong ditadbirkan oleh seorang Ketua kampong dengan seorang Penghulu bagi setiap mukim. Semua Ketua-ketua kampong adalah merupakan ketua cawangan UMNO yang biasanya dilantik oleh Ketua Bahagian UMNO Parit iaitu YB. Dato’ Hj. Mohd Zaim Zainuddin. Orang Melayu adalah merupakan 93.21 peratus daripada penduduk Kawasan Parit, sedangkan orang bukan Melayu yang penempatan mereka hanya di Mumim Belanja.

Di Mukim-mukim lain, orang Malayu merupakan 100 peratus dari jumlah penduduk.
Apakah perancangan UMNO yang telah dibuat? Antaranya ialah:
Bidang industri 1- Membangunkan industri seramik seluas 145 hektar di Padang Changkat 2- Membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS) dan indstri perhidmatan Bandar di Parit.

Bidang Pelancungan
Membangunkan pusat-pusat pelancungan di sepanjang Sungai Perak bagi menarik pelancung berkunjung ke Kawasan Parit/Perak Tengah. Projek yang berkosepkan “agro-riverine tourism” itu telah dimulai pada tahun 1996. tempat-tempat yang dimajukan ialah di Pusat Pembiakan Tuntung di Bota Kanan dan mengadakan pasarana bagi aktiviti-aktiviti sosio budaya dan ekonomi di Tanjung Belanja dan di Pulau Chempaka Sari, Parit.

UMNO juga memperkenalkan Program Sungai Perak Indah (SUPERI) bagi membangunkan kawasan perkelahan dan rekreasi di Pulau Chopin dan Pulau Tepus, Belanja dan tempat perkhemahan dan kursus-kursus berbentuk “out-ward bound” di Kampong Kota, Layang Kiri.

Apakah yang berlaku terhadap semua projek ini? Seperti disebutkan sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO hanya berminat untuk mendapatkan kepentingan pribadi daripada projek-projek ini tanpa memikirkan tanggung jawab yang sepatutnya bagi menjayakan kelansungan projek. Apa yang terjadi ialah chalet-chalet yang di penuhi rumput dan ulan. Malah chalet di Pusat Pemuliharaan Tuntung di Bota Kanan telah pun dirobohkan.

Pulau Chempaka Sari tidak dikunjungi dan bangunan di pangkal jambatan Nordin di Belanja yang didirikan bagi tujuan pelancungan dan pendapatan penduduk setempat seperti yang menjadi fokus dan tujuan yang dijanjikan, cuma dijadikan sarang kegiatan tidak bermoral di situ.

Ada sedikit kemajuan terhadap projek diKampong Kota. Itu pun tidak mendapat perruntkan sewajarnya bila ianya diambil inisiatif oleh piihak-pihak tertentu untuk di manafaatkan.

Disamping itu, pusat perrniagaan yang menjadi tumpuan dalam perancangan UMNO Parit di bawah Ketua Bahagiannya, YB Hj.Mohd Zaim ialah Pekan Parit,  Bota Kanan dan Layang-Layang. Bagi Pusat Pertumbuhan Desa pula tumpuan diberikan di Gelung Pepuyu. Apa yang telah mereka lakukan??Kemana usaha-usaha dan peruntukan yang diberikan?

Seperti yang diberikan ulasan sebelum ini, dengan tidak adanya kesungguhan bagi membela dan membantu rakyat Parit, Kawasan Parit terus ketinggalan dan mesyarakat Melayu Parit terus terpesona dengan janji-janji UMNO ini. Ahli-ahli UMNO berebut untuk menjadi ketua, dari ketua cawangan hinggalah ke Ketua Bahagian. Masa mereka ditumpukan kepada perebutan ketua dan kroni, bukan tertumpu kepada usaha-usaha dalam membangunkan masyarakat..

Masuknya peniaga-peniaga Cina di Taman Idera Barat dan Bota Kiri menampakkan kepada kita bagaimana kawasan kampong tradisi orang-orang Melayu boleh nantinya akan terlepas dan kuasa ekonominya terus dikuasai oleh bangsa lain. Apakah itu perjuangan yang harus dibanggakan oleh orang Melayu Parit?

Semuanya ini adalah dasar kerajaan Pusat dan Negeri yang menampakkan parti UMNO ini tidak bersungguh-sungguh membela orang Melayu, seperti yang mereka laung-laungkan. Kita belum lagi mengupas tentang isu-isu sosial, hasil daripada pemerintahan UMNO di Parit. Apakah perancangan mereka dalam membendung gejala sosial ini?

Jikalau pun Dato’ Zaim ini diganti dengan pemimpin UMNO yang lain, apa yang akan berlaku adalah perkara yang sama seperti juga apabila Dato’ Zaim menggantikan pimpinan UMNO sebelum ini.

Oleh itu, bagi kita rakyat Malaysia terutama di Parit yang mahukan perubahan dasar ini dan seterusnya dapat membina semula penempatan dan menaik pulihkan semula kuasa ekonomi orang Melayu Islam, tidak ada cara lain, melainkan kita ubah sistem di Putera Jaya.

PR hanya memerlukan beberapa kerusi Parlimen saja bagi tujuan itu. Dengan cara itu, semua mereka yang berperanan di Daerah, Mukim dan di Kampong-kampong dapat digantikan dengan mereka yang lebih bertanggungjawab, bukan hanya untuk kepentingan diri dan puak semata-mata seperti yang telah dilakukan oleh UMNO sepanjang pemerintahan mereka sejak merdeka lagi.

Orang Melayu yang beragama Islam ini mesti berjiwa besar dan mesti berani merubah keadaan jika kita mahu menjadi bangsa yang dominan dan jika kita mahu menjadikan hukum dan undang-undang Allah itu tertegak di muka bumi ini. Kuasa ada ditangan kita, pergunakan sepenuh dan sebaiknya, kerana ianya nanti akan ditanya oleh Allah, Qadhi Rabbul Jalil. Kita tidak boleh mengharapkan UMNO lagi dalam membela  orang Melayu dan Islam di Parit ini khasnya dan di Malaysia ini amnya.

Khamis, 20 Oktober 2011

ROSMAH GANTI IMELDA

Dikala rakyat sedang mengikat perut akibat tekanan hidup dan kemiskinan,dikala itu jugalah isteri Perdana Menteri Malaysia Rosmah mansur bermegah-megah dan memboroskan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Ingatkah kita pada Imelda Marcos,bekas wanita pertama Filipina satu ketika dahulu yg mana kita tahu Filipina sebuah negara yg tarafnya sama dengan Malaysia.Namun negara itu hancur kerana korupsi dan pembaziran yg tidak terbendung malahan lebih cepat hancur disebabkan wujudnya wanita pertama serakus Imelda.

Rabu, 19 Oktober 2011

REFSA: Hutang Negara Mungkin Cecah RM1 Trillion

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).
Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.
“Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka,” petik laporannya itu.
Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.
Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.
“Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1, 000000000000,” petik laporan itu.
Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.
“Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, “kata laporan itu lagi.

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.
Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.
Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.
“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Aziz Bari terima surat tunjuk sebab dari UIA

 

Jumaat, 14 Oktober 2011

YB Nasaruddin sedang gali kubur UMNO BOTA

Beberapa pemimpin UMNO Parit mulai curiga dengan YB Bota ni. Dulu dia jadi pengkhianat dengan istihar masuk PKR. Ucapannya yang sering diperli oleh penentangnya ialah,, EMAK SAYA DULU NYEMAT ATAP,,,
AZIZ SHAMSUDDIN
Orang UMNO pun marah dengannya, orang PAS pun marah kerana dengan tindakannya menyebabkan Kerajaan Perak dirampas oleh Najib. Orang PKR lagi le, deme kena tipu hidup-hidup oleh YB Nasa ni. Tapi nampaknya, YB Nasa ni nak terus dicalonkan lagi pada PRU ke 13 ni.
Usahanya membawa Tan Seri Aziz Shamsuddin, bapa kosnpirasi terhadap Anwar untuk memberikan pidato di Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub Bota Kanan mengingatkan kepada masyarakat dan pengundi di Parit tentang Megat Junid, sekutu Aziz Samsuddin. Pengundi-pengundi Parit telah menghukum UMNO dengan memberikan kemenangan 3 - 0 kepada PAS dan PKR pada tahun 1999.
Apakah helah sebenar YB Nasa membawa orang lama ini bagi mengingatkan pengundi diParit?

Rabu, 12 Oktober 2011

UMNO PARIT KEHILANGAN ARAH - bah. 2

Moto bagi Seri Iskandar ialah “Bandar ilmu”. Di Bandar ini terdapat dua buah university, UiTM dan Universiti Teknologi Patronas. Sebelum ini  sebuah lagi Universiti, USM telah dipindahkan ke Parit Buntar. Di Bandar ini juga dijadikan pusat pentadbiran Perak Tengah yang sebelum ini bertempat di Pekan Parit. Terdapat empat buah bank dan beberapa buah kolej.


Walaupun begitu, tumpuan penduduk di kawasaan Bota lebih banyak tertumpu ke Pekan Ayer Tawar dan Sitiawan.


Soalnya ialah peranan ketua-ketua UMNO yang menguasai Parlimen Parit dan DUN Bota dan Belanja. Apakah tidak ada perancangan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan pembangunan insan di Kawasan Parit ini.  


Apa yang kita dapati ialah usaha UMNO telah Berjaya menarik kilang Getah MARDEC ke Bota Kanan, dimana ianya telah mencemarkan udara kawasaan berhampiran hingga baunya sampai ke Bota Kiiri dan Kg. Kuchai. Inilah usaha terbaik ketua-ketua UMNO Parit, walau pun ianya mendapat bantahan penduduk sekitar.

Begitu juga beberapa buah chelat yang dibina di Pusat Pembiakan Tuntung dan juga di Keliling Stadium Bakri Rais, telah reput dimakan anai-anai. Ini adalah kerana tidak adanya satu kajian bagi usaha-usaha memajukan Kawasan Parit.

Apa yang lebih malang lagi ialah pembinaan jambatan kayu merentasi Sungai Perak dari Lambor Kiri ke Lambor Kanan, telah dihanytkan oleh arus sungai Perak di musim tengkuh. Bukankah pembangunan yang tidak terancang ini, mergikan wang rakyat? Ini adalah projek umpan pilihanraya olehpemimpin-pemimpiin UMNO!!! Masa dan wang telah dihabiskan dalam usaha yang sia-sia!!!!
Oleh itu usaha-usaha Pakatan Rakyat bagi memenangi hati pengundi di Kawasan Parit adalah merupakan usaha-usaha bagi pembangunan bersepadu dan lebih jitu di Kawasan Parit ini dimana penduduknya sembilan puluh lapan peratus terdiri dari orang Melayu. Harapan penduduk Parit kepada pemimpin UMNO yang telah diberikan mandate selama 54 tahu, nampaknya amat mengecewakan mereka. Apa yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Parit ialah harapan-harapan dan terus dalam menyebbarkan fitnah terhadap pemimpin Melayu juga.

Mereka membawa Ezam Mohd Nor menghentam Anwar, membawa Tan Seri Aziz Shamsuddin ke Dewan Sekolah Menengah Bota Kanan untuk menghentam Anwar, bukan cuba membawa kebijaksanaan poitiik dan kewarasan fikiran kepada penduduk Parit. Bahkan tidak ada lansng bagi mereka untuk membawa kepada pengembangan Islam melalui sekolah-sekolah atau kolej yang berteraskan Islam tulin, ceramah-ceramah dan pengajian-pengajian Islam tulin berdasarkan al Quraan dan Assunnah.

Sekolah-sekolah Rendah Islam, Tadika-tadika Islam, Mahaad Tahfiz, semuanya diusahakan oleh rakyat tempatan tanpa dapat bantuan dan dorongan daripada ketua-ketua UMNO.

Jadi apakah perjuangan UMNO Parit tidak boleh dikatakan telah kehilangan arah dan telah tersasar daripada matlamat penubuhan UMNO itu sendiri???

Semasa PR memerintah Perak, satu perancangan telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin PR ketika itu. Kajian telah dilakukan bagi membangunkan semula Pekan Tanjung Belanja dan Bota Kanan. Begitu juga kajian bagi memajukan pusat pelancungan disepanjang Sungai Perak yang permai itu. Ianya sudah tentu lah memerlukan sokongan kerajaan Pusat.

UMNO PARIT KEHILANGAN ARAH

Tindakan-tindakan UMNO Parit sejak akhir-akhir ini menampakkan mereka kehilangan fokus dalam membela rakyat. Mereka tidak ada pelan tindakan yang jitu bagi menunjukkan kepada rakyat apakah yang mereka telah dan akan buat dari segi pembagunannya, dari segi penyusunan masyarakatnya, infrasrtuktur yang mahu dibina, bagaimanakah pojek yang boleh membawa pelancung, bagaimanakah ekonomi masyarakat Parit mahu digerakkan??
Tidak ada kedengaran dari mulut pemimpin-pemimpin UMNO samada tempatan atau pun pak menteri-pak mentri mereka. Kenapa Pekan Bota Kanan terus malap apabila sampai jam 6.00 petang? Pekan Bota Kanan adalah pekan yang lebih tua daripada pekan AirTawar, tetapi kemajuan di Air Tawar begitu pesat pembangunannya, sehinggakan penduduk Bota berduyu-duyun mengunjungi Air Tawar bagi urusan peribadi dan urusniaga mereka.
Begitu juga Pekan Lambor Kanan atau Lambor Kiri. Cuba lihat  pula Pekan Teluk Bakong, hidup segan mati takmahu. Apakah yag dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO? Apakah mereka tidak mempunyai ahli fikir, ahli koperat atau tidak ada sebarang citi-cita bagi memajukan atau menyediakan rancangan-rancangan yang akan di kemukakan kepada kerajaan negeri atau pusat? Atau mereka cuma berpoya-poya menambahkan pendapatan dan kekayaan?
Bila kita merayau ke hulu pula, lihatlah pekan Layang-Layang Kanan dan Kiri, Pekan Parit dan Pekan Tanjung Belanja. Pekan-pekan ini adalah pekan-pekan yang dah nak runtuh. Misalnya Pekan Layang-Layang Kiri dan Pekan Layang-Layang Kanan. Dua puluh tahun  yang lampau, pekan ini ada mempunyai dua deret kedai, tetapi sekarang, kedainya dah runtuh, cuma ada stu dua kedai yang terpisah-pisah. Apatah lagi kedai di Tanjung Belanja, satu lagi pekan yang cukup popular di zaman Inggeris. Bila UMNO memerintah, pekan ini pun terbiar, tiada aktiviti ekonomi malah tidak ada ransangan ekonomi lansung.
Pimpinan UMNO Parit hanya berbangga dengan kemajuan pesat di Seri Iskandar. Idea untuk memajukan Seri Iskandar tercetus daripada Sultan Idris yang memerintah Perak ketika itu. Baginda mahu Seri Iskandar merupakan pusat kegiatan ekonomi orang-orang Melayu sepenuhnya. Tapi apa yang berlaku sejak Dr. Zamry merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dua buah gedung perniagaan sedang dibina di Seri Iskandar iaitu TESCO dan Billion. Dibina juga panggong wayang pula.,..... bersambong ke part 2....

Selasa, 11 Oktober 2011

PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali (gambar) menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT. Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak PAS Pusat yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini.

Isnin, 10 Oktober 2011

Calon PAS Wakili PKR Bota?

Ini le berita yang sedang bertiup kencang di DUN Bota. Berita ini tercetus bila PKR Cabang Parit masih tidak dapat menonjolkan calon yang sesuai sedangkan pulihanraya ke 13 sudah terlalu hampir.
Bakal calon PKR yang sering disebut-sebut termasuklah Anuar Zakaria, SU Perhubungan PKR Perak dan Siti Aisyah Sheikh Ismail, Ketua Serikandi PKR Pusat, juga tidak pasti diletakkan sebagai calon.
Ketua Cabang PKR Parit, Usaili Alias pula masih membisu tentang isu calon di Bota. Ini disebabkan kerusi DUN Bota masih belum pasti akan diwakili oleh PKR. Ada ura-ura PKR akan bertanding di DUN Belanja. Jika ini berlaku adalah dipercayai,  PKR akan meletakkan wakil mereka daripada ahli PAS kerana di kedua-dua DUN Bota dan Belanja, pengaruh PAS adalah lebih besar dan lebih berupaya menumbangkan UMNO.

HU PANG CHAW TIDAK AKAN CHAW

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.

Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini
(SILA KLIK DI SINI UNTUK BACAAN SETERUSNYA)

Ahad, 9 Oktober 2011

PERISTIWA DI KALA SENJA HINGGA KE MALAM

 Apabila senja mula mendatang,dikala itu jua lah dapat kita lihat dimana manusia yg ingat pada Allah akan hadir ke Masjid atau Surau untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.Akan tetapi dikala itu jugalah ada segelintir manusia yg masih melepak di kedai-kedai kopi tidak menghiraukan suara azan yg memberitahu supaya kita tunaikan seruan dari Allah Taala.

 Semacam sudah menjadi tradisi disetiap tempat keadaan seperti itu belaku,kadangkala mereka duduk bersembang sehinggalah azan Isyak berkumandang dan ada yg sampai tengah malam.Itulah yg terjadi kini apabila orang islam sudah tidak hiraukan lagi suruhan tuhan dan suka buat tak tahu sahaja,difikiran mereka itu ada teringat,"aku ni lambat lagi nak mati,dah tua nanti barulah nk bertaubat".Itu kata golongan muda tetapi yg tua-tua yg tidak bersolat pula apa kata mereka?.Mungkin kata mereka "aku ni sihat lagi lambat lagi nak mati jadi biarlah aku enjoy dulu,kalau dah sakit barulah aku taubat".Itulah ayat-ayat yg bermain dalam jiwa mereka.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Cukai korporat dibela, cukai prabayar rakyat dikuatkuasa


Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Belanjawan 2012 yang dibantang perdana menteri semalam dilihat lebih mementingkan pihak korporat berbanding rakyat kebanyakan.

Mempersoal fokus belanjawan itu Datuk Mahfuz Omar berkata, korporat-korporat gergasi di Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) mendapat pelepasan cukai, namun rakyat bawahan dan miskin yang guna telefon prabayar tidak dapat pelepasan cukai jualan.

Ahad, 2 Oktober 2011

BILA PRU KE 13 DIADAKAN?

Adakah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan diadakan dalam masa terdekat ini?..banyak pihak masih tertanya-tanya akan pastikah belaku PRU itu...ianya masih menjadi tanda tanya bagi banyak pihak termasuk ahli-ahli UMNO BN diperingkat bawahan.Hanya yg tahu bilakah akan belaku PRU itu ialah Najib PM kita saja.banyak maklumat yg telah kita dengar dari pihak UMNO mahupun dari PAKATAN RAKYAT,misalnya terlalu banyak program telah di buat oleh UMNO untuk menarik sokongan terhadap mereka,baru-baru ini dapat kita lihat banyak sekali jamuan Hari Raya telah diadakan dimana-mana sahaja anjuran UMNO,dari yg jamuan besar sehinggalah jamuan kecil-kecil yg diadakan di kampung-kampung.Bukan sahaja dibuat di balai raya tetapi mereka mengunakan sekolah untuk majlis jamuan tersebut.

Sabtu, 1 Oktober 2011

PENJELASAN PERLAKSANAAN HUDUD

Penjelasan perlaksanaan hukum hudud oleh Al Ustaz Zaharuddin.Ringkasan penjelasan ini sudah boleh kita fahami apakah hukum hudud yg sebenar,sepertimana yg kita tahu sekarang ini isu hudud telah di gembar gemburkan kembali oleh UMNO BN bagi melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat.Kita semua tahu itu hanyalah permainan dari UMNO dan rejim-rejimnya.