AZIZ SHAMSUDDIN |
Usahanya membawa Tan Seri Aziz Shamsuddin, bapa kosnpirasi terhadap Anwar untuk memberikan pidato di Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub Bota Kanan mengingatkan kepada masyarakat dan pengundi di Parit tentang Megat Junid, sekutu Aziz Samsuddin. Pengundi-pengundi Parit telah menghukum UMNO dengan memberikan kemenangan 3 - 0 kepada PAS dan PKR pada tahun 1999.
Apakah helah sebenar YB Nasa membawa orang lama ini bagi mengingatkan pengundi diParit?
Apakah beliau nahu mengikis tanggapan umum terutamanya orang-orang UMNO bahawa beliau sememangnya tidak menyokong Anwar walaupun sebesar zarrah dalam usahanya untuk memenangi hati Najib, PM Malaysia agar memilih beliau untuk calon PRU ke 13?? Atau pun beliau sengaja menggali kubur UMNO untuk pengundi mengingatkan kembali nostalgia tahun 1999?
Dibawah ini adalah kenyataan Akhbar ADUN Bota sewaktu menyetai PKR
PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
- Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
- Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
- Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
- Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
DATO NASARUDIN BIN HASHIM
ADUN BOTA NEGERI PERAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan