MALAYSIAN INSIDER
December 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Semenjak
dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok
pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok
kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.