Rabu, 28 Mac 2012

Orang pandai masuk PAS, orang bodoh masuk UMNO -Tun Dr Mahathir


Mahathir kutuk UMNO enggan terima orang pandai sertai UMNO...


MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Sabtu, 24 Mac 2012

GEMPAR DI PARIT 13 TITI GANTUNG,Pesta arak, tarian gila, mabuk, pondan dan berpelukan lelaki wanita!!!

Masyarakat Parit 12 dan 13 di Titi Guntung dikejutkan dengan satu pesta gila penuh dengan tarian, antara lelaki dengan pondan dan perempuan dan sesama lelaki ynag diiringi oleh sebuah kugiran tanpa nama. Pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk daerah berhampiran telah memenui kawasan lapang tempat  pekan hari khamis, di depan sebuah kedai kopi. Beberapa penyanyi wanita yang seksi menjadi penyanyi dan pengacara majlis.
Penduduk tempatan telah mengadu kepada polis dan Jabatan Agama Islam Daerah, tetapi kedua-dua agensi ini tadak dapat berbuat apa-apa!!!!! Mereka datang dan balik begitu saja. Malah sebuah landroover polis dengan beberapa anggotanya, melalui jalan yang dipenuhi dengan pemuda-pemuda dan pondan yang sedang menari tanpa mengambil sebarang tindakan.
Penulis sempat datang ke tempat tersebut dan melihat sendiri beberapa orang RELA, mengawal keadaan bersama beberapa orang polis. Penulis juga melihat tarian liar dengan iringan sebuah kugiran, sedang berpesta dan beberapa  daripada mereka sedang mabuk. Malah ada yang kepanasan dan membuka baju-baju mereka saambil menari dan bersorak sorai. Di atas motor pula beberapa pasang lelaki perempuan sedang berpelukan dan bercumbu di khalayak ramai. Sebuah kereta hitam yang dinaiki oleh beberapa orang pengatkuasa Agama dari Seri Iskandar dan sebuah landroover polis juga melalui kawasaan tersebut tanpa berbuat apa apa!!!!!
Kelihatan beberapa orang memakai lebai juga macam terpinga-pinga dengan kejadian luar biasa yang sedang berlaku di hadapan mereka.
Bau arak, rokok dan peluh menyelungi suasana. Sehingga jam 1 tengah malam tadi, pesta maksiat gila tersebut terus berjalan tanpa sebarang tndakan dari pihak yang berkuasa.. Adalah difahamkan daripada perbualan dengan beberapa pengunjung bahawa pesta ini sering diijalankan, berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Pengumuman juga dibuat bahawa pesta gila ini akan diteruskan di Batu Gajah dan di Ayer Tawar dan meminta semua hadir kemajis tersebut pada tarikh yang diumumkan.

Jumaat, 23 Mac 2012

PAS Perak bongkar tanah di Lenggong diceroboh

HARAKAHDAILY

Muhammad Faeez,

IPOH, 23 Mac: PAS Perak hari ini membuat pembongkaran tentang pencerobohan tanah yang berlaku di Lenggong.

Penyewengan tanah itu berlaku di sebuah bukit yang dahulunya menjadi tapak penamaman teh jenama Teh Lenggong yang terkenal pada awal tahun 80-an.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, lawatan dan tinjauan Lajnah Tanah dan Wilayah PAS Negeri serta rombongan baru-baru ini mendapati sudah tiada sebarang aktiviti menanam teh di atas bukit tersebut dan hanya dapat dilihat rangka bangunan kilang Teh Lenggong yang telah usang.

Menurutnya, seluruh kawasan ladang teh kira-kira seluas 700 ekar telah digondolkan dan difahamkan oleh individu yang berada di situ, tanah tersebut telah diserahkan kepada satu syarikat perladangan milik persendirian yang sekarang giat menjalankan aktiviti penanaman sejenis pokok untuk industri kertas iaitu pokok ‘eucalyptus’.

“Melalui penyelidikan kami, difahamkan pokok jenis ini telah diharamkan penanamannya di beberapa buah negara seperti Brazil, Australia dan India,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Beliau mempersoalkan, apakah sebab penutupan ladang tersebut dan berapakah kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.

Bagaimana tanah ladang Teh Lenggong yang dahulunya dikatakan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dilepaskan kepada syarikat persendirian,” ujarnya.

Tambahnya, tinjauannya juga mendapati bukan sahaja tanah ladang teh yang diteroka malah hampir keseluruhan tanah persekitaran anggaran lebih 1,000 ekar yang mempunyai hasil balak telah digondolkan.

Adakah kerajaan negeri mendapat hasil hutan balak daripada tanah yang diteroka tersebut? tanya beliau

Beliau juga hairan bagaimana pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Tanah Daerah membenarkan spesis pokok yang diharamkan di beberapa buah negara ditanam di kawasan itu kerana difahamkan ianya boleh mengganggu sistem arkeologi seterusnya memberi kesan yang buruk kepada penduduk Lenggong.

Pencerobohan tanah ini juga penyumbang kepada banjir teruk yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan banyak kampung berdekatan bukit tersebut ditenggelami air, jelasnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (Bapa) memohon Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir memberikan penjelasan tentang isu itu.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Setiausaha PAS Negeri, Dr Muhaimin Sulam dan Ketua Penerangan, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin.



Khamis, 22 Mac 2012

BUKTI BN JOHOR DALAM BAHAYA!!! Presiden MCA bertanding di Batu Pahat?

Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.

“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan Nasional.

Selasa, 20 Mac 2012

Pakatan Rakyat tidak akan sertai PSC Lynas


Anis Nazri,20 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji isu Lynas setelah mendakwa jawatankuasa itu tidak memberikan ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat.

Keputusan itu berikutan kekecewaan mereka apabila kerajaan tidak memenuhi syarat yang dicadangkan, iaitu kerajaan perlu mengeluarkan arahan henti kerja, tarik balik permit kerja sementara (TOL) dan hentikan 'import rare earth concentrate'.

Ahad, 18 Mac 2012

Politik Machiavelli & BBC - MP PKR Permatang Pauh

Politik Machiavelli & BBC - MP PKR Permatang Pauh Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sentuh tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat tentang membahaskan ini kononnya Pakatan Rakyat ini semuanya kata dia lah politik Machiavelli. Politik Machiavelli. Supaya dibetulkan, mungkin baku. Machiavelli ini saya harap kalau dapat dibaca 'The Prince', itu politik yang mengetepikan pertimbangan benar atau palsu (right or wrong) tetapi bagaimana 'prince', sang penguasa, akan pertahankan kuasa dengan sebarang usaha tipu helah. Dia menuju kepada penguasa yang ada. Ini satu peringatan yang baik. Akan tetapi hendak menunjukkan bagaimana politik Machiavelli itu diamalkan oleh Barisan Nasional ialah cara mereka menggunakan media saban hari memfitnah. Saya bagi contoh beberapa kes. Ya lah memanglah media utama TV3, Utusan Malaysia, memanglah Anwar Ibrahim, kalau tidak ada cerita, maka tidak sah. Saya tidak ada masalah bab itu. Akan tetapi bayangkan, negara kononnya transformasi sistem politik, beri kebebasan media, bagi orang hormat dengar tetapi serang tiap malam, hendak jawab satu minit tidak mungkin. Ajak debat terbuka tidak berlaku. Saya fikir harus Perdana Menteri timbangkan untuk meneruskan debat mengenai isu ekonomi di antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri. Ini biar rakyat menilai dengan baik. Saya tidak fikir rakyat harus diremehkan keupayaan mereka untuk menilai. Kita pun ada pengalaman, baru ini Ketua MCA dengan Ketua Menteri Pulau Pinang berdebat. Sebelum ini saya dengan pada ketika itu Menteri Penerangan mengenai soal minyak dan gas. Kemudian Yang Berhormat Rembau dengan Saudara Rafizi Ramli. Maknanya boleh dan saya juga menonton dan tidak nampak suatu hal yang agak terlalu terlanjur atau biadab, baik oleh Rafizi atau Yang Berhormat Rembau. Mereka menjaga decorum dalam perbahasan dan kalau anak-anak muda begini boleh lakukan, mengapa Perdana Menteri enggan untuk menerima usul saya untuk meneruskan debat mengenai ekonomi? Saya sebut perkara ini kerana terlalu banyak fitnah ini. Ya, kita dalam politik Tuan Yang di-Pertua, ada persaingannya dan kalau kita hendak elak politik [Bercakap dalam bahasa Arab] matlamat itu jangan menghalalkan cara, maka jangan kita terima fitnah sebagai suatu budaya. Kita boleh tegur, kita boleh serang, kita boleh letakkan hujah berdasarkan fakta. Kalau mereka tidak setuju dengan saya tentang bagaimana BERNAS menindas pesawah padi, boleh jawab. Ataupun salah saya tentang mengambil nota daripada Jawatankuasa Laporan Kemajuan Unit Perancangan Pemantauan Pelaporan Kuala Terengganu, saya boleh ditegur. Ataupun angka-angka yang saya sebut dalam NKRA, boleh disebut, saya tidak ada masalah itu. Akan tetapi tidak perlu kita gunakan media yang ada dikuasai oleh Menteri Penerangan yang bercakap soal budi pekerti dan akhlak mulia tetapi membolehkan fitnah melalui media yang dikuasai oleh mereka. Saya bagi beberapa contoh. Dalam temu bual saya dengan BBC mengenai apakah saya seandainya, insya-Allah apabila berkuasa akan membatalkan semua undang-undang tentang homoseksualiti, saya jawab dan saya quote, "As Muslim and majority of non Muslim in Malaysia, we believe in the institution and sanctity of marriage between men and women". Saya tambah lagi, "I make no apologies" sebab kita terima keyakinan agama kita, hukum kita. Akan tetapi apa yang disebarkan di luar? Disebarkan kenyataan yang kedua, dipadamkan yang pertama. Seolah-olah kita kalau berkuasa, kita akan halalkan hubungan sejenis. Dan ini disiarkan dan ditayangkan setiap malam sebagai satu fakta. Fitnah itu menjadi budaya, hendak menang dengan fitnah.Sudah Tuan Yang di-Pertua, yang dikaitkan ialah soalan kedua. Will you ban or you will repel that act? Saya jawab ya. Kalau 377B itu yang ada ini, apa kena mengena dengan Islam? You boleh hukum orang tanpa saksi, you boleh hukum orang dengan tanpa laporan doktor sekalipun dalam krisis pertama walaupun dilepaskan kemudian. Laporan doktor tidak ada, boleh hukum. Jadi oleh yang demikian, saya kata, "That law, that specific law is alcaic". Apa yang diputarkan oleh media dan saya hairan ada temanteman saya dari UMNO yang saya kenal lama yang boleh hanya merestui kerana saya di pihak lain. Tidak semestinya. Saudara boleh menghalalkan fitnah semata-mata kerana saya di pihak yang lain. Itu isu pertama....

Sabtu, 17 Mac 2012

Koleksi Bukti Hubungan Erat UMNO-Israel

Penerbit Ibnu Al-Manhar 
Disusun Oleh: Ahmad Henry

Apabila Anwar Ibrahim menyatakan sokongan ke atas keselamatan Israel seperti yang dipetik oleh akhbar cukong Wall Street Jurnal, UMNO melalui media balacinya seakan mendapat durian runtuh. Berbulan-bulan media balaci parti samseng ini memutar berita kononnya Anwar mempunyai hubungan dengan Israel.

Berdasarkan pemahaman saya, maksud Anwar Ibrahim ‘menyokong’ keselamatan Israel ialah sokongan yang ‘bersyarat’. Bermakna, jika Israel tidak mengganggu penduduk Palestin, maka warga dunia juga tidak boleh sesuka hati menggugat keselamatan orang Yahudi. Sebagai umat Islam, memang kita tidak boleh mengganggu orang yang tidak menggugat keselamatan kita.

Cuma, kesilapan Anwar Ibrahim dalam kenyataannya itu ialah, beliau tidak mengambil kira atau mungkin terlepas pandang perihal negara haram yang dibina oleh Israel di negara orang iaitu Palestin. Bermakna, dari kaca mata umat Islam, Israel dalam apa keadaan sekalipun, tidak berhak mendapat keselamatan selagi bernegarakan negara orang iaitu membina negara di atas tanah rakyat Palestin.

Walau apa pun kisahnya, kenyataan Anwar Ibrahim akan terus dijadikan modal oleh UMNO-BN sebagai modal memburukkan Pakatan Rakyat. UMNO-BN dan media balacinya terlupa bahawa fakta dan cerita yang mengaitkan UMNO dengan Israel lebih banyak berbanding cubaan mengaitkan Pakatan Rakyat dengan Israel. Berikut dikemukakan beberapa fakta yang menunjukkan hubungan UMNO dengan Israel.
1964
Dr Mahathir dikatakan telah dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh pakar strategi Yahudi, Dr Henry Kissinger.

10 Sept 1982
Mahathir dalam Perhimpunan UMNO menafikan pembabitannya dengan Yahudi. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah bekerja secara sukarela dalam pilihan raya UMNO sejak 1974. Pertubuhan Freemason di Malaysia didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977, ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2984 ahli. Ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Parlimen pada 25 Oktober 1978, Dato’ Hussein Onn berkata kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Mei 1994
Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6 hingga 9 Julai 1994
Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP.

Disember 1996
PM ketika itu menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah.

21 Mac 1997
PM ketika itu membenarkan pasukan kriket Israel dating ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Pas mengadakan himpunan aman membantah kehadiran pasukan Israel. Ketua Pemuda Pas ketika itu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, dan Pak Amjal ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana himpunan itu.

1998
PM ketika itu telah mengambil syarikat dan speculator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan Negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika Syarikat-Eropah.

2009
Najib didedahkan telah melantik syarikat perunding komunikasi Israel, APCO Worlwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar upah sejumlah RM77 juta setahun kepada syarikat Zionis itu.

2012
Terbongkar maklumat tentang pembekalan minyak sawit oleh Malaysia kepada Israel melalui sebuah syarikat, Israel Funding Corp. Israel Funding Corp dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga 1 Januari 2030.

Seperti yang tercatat dalam laman web Israel Funding Corp, Malaysia adalah penyumbang 51 peratus pengeluaran minyak sawit dunia dan 62 peratus eksport minyak dunia.

BIBLIOGRAFI: Harakah bil. 1724

Jumaat, 16 Mac 2012

SPR jangan khianati amanah negara


Harakahdaily,16 Mac 2012
KUALA TERENGGANU, 16 Mac: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jumaat, 9 Mac 2012

DAP minta Ketua Hakim ringankan hukuman berat terhadap imam baling kasut

9 March 2012

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria diminta campur tangan untuk meringankan hukuman penjara setahun terhadap seorang iman Hoslan Hussein yang hanya membaling kasut dalam mahkamah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Arifin perlu memikirkan semula tentang hukuman berat itu kerana:
  • Tindakan membaling kasut kerana marah dengan keputusan hakim telah lama berlaku pada 22 Februari lalu dan ia hanya isu “menghina” prosedur mahkamah; dan
  • Hukuman itu diputuskan oleh tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang sama sedangkan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap iman tersebut sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Lelaki isteri enam: 'Biar mahkamah putuskan'

Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2012
lelaki beristeri 6
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak campur tangan dalam isu membabitkan seorang lelaki yang didakwa menipu empat isterinya untuk bertindak di luar kewarasan dengan menambah dua lagi isteri.

Exco Kerajaan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusan sewajarnya.

Khamis, 8 Mac 2012

Pakatan umum pendirian bubar DUN 13 Mac

Lim Guan Eng
MELAKA - Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Azizan sembah nama 2 Exco kepada Sultan Kedah

8 Mac 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.
Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.
Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."
Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua exco berkenaan, beliau berkata, pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.
Pada 28 Februari lepas, hanya lapan daripada 10 exco mengangkat sumpah bagi pelantikan semula jawatan, manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh tidak disenaraikan untuk berbuat demikian.
Tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi semalam.
Ketika ditemui pemberita pada hari mengangkat sumpah itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang 'kritikal' dengan Azizan dalam soal
pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun pada 5 Mac lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur mengarahkan kedua-dua exco berkenaan menerima semula pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah. - Bernama

Rabu, 7 Mac 2012

Dosa yg tak mungkin di maafkan

Petikan dari Tranungkite

Oleh Cinta Keamanan

News imageKerajaan PAS Terengganu tumbang dua kali, kali pertama pada tahun 1961, lepas berjaya menang PRU-2 tahun 1959, dan kali ke dua pada 2004. Tumbang kali kedua disumbangkan oleh banyak faktor, termasuk kemasukan pengundi baru yang luar biasa, gelombang biru UMNO, faktor Anwar yang kian menurun, kegelojohan pengikut dan pimpinan akar umbi dan tidak terkecuali kesilapan pemimpin.

Tumbang kali pertama itu perlu dikaji sejarahnya. PAS Pusat waktu itu di pimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Mohamad.

Isnin, 5 Mac 2012

Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Telok Bakong

Semalam Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke Kampong Teluk Bakong,Lambor Kanan dalam sesi ceramah isu semasa anjuran PKR Cabang Parit.Kehadiran yg begitu ramai pertanda rakyat masih menerima DSAI walaupun pelbagai fitnah dan kutukan dari parti pemerintah sekarang ini.



Majlis berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang kekecohan,walaupun dari awal lagi ada desas desus menyatakan akan belaku kekecohan sepertimana belaku di Melaka dan Jalan Kebun Klang baru-baru ini dalam majlis ceramah yg dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Walaubagaimanapun pada sebelah pagi sebelum berlangsung ceramah DSAI,PKR cabang Parit telah dapat tahu ada banner yg telah di letakkan oleh pihak yg tidak bertangungjawab,banner-banner itu telah di ambil dan di buatkan sebagai bukti.Pada sebelah petangnya AMK Cabang Parit telah membuat laporan Polis diatas kewujudan banner-banner yg berunsur hasutan dan fitnah terhadap DSAI. 



Ini adalah diantara banner yg telah di ambil untuk dijadikan bukti sebelum dibuat laporan polis petang semalam.Contohnya "PELIWAT WAJAR DITOLAK",kes liwat DSAI telah semua tahu yg DSAI tidak bersalah,tetapi pihak ini masih nk membuat tuduhan dan mengaibkan DSAI dengan kes liwat ini.

Tahniah dan terima kasih kepada pertugas-pertugas yg menjalankan tugas dari pagi hingga malam bagi memastikan perjalanan majlis ceramah DSAI berjalan dengan lancar.

Jumaat, 2 Mac 2012

Ceramah Isu Semasa bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim


Datanglah beramai-ramai ke Kg. Telok Bakong,Lambor Kanan pada 4 Mac 2012 ahad ini,marilah bersama-sama mendengar ceramah isu semasa yg akan disampaikan oleh Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.Turut akan hadir ialah Mustafa Kamil Ayob,Siti Aishah Sheikh Ismail,Anuar Zakaria,Tuan Haji Usaili Alias selaku Ketua Cabang PKR Parit dan Ustaz Ismi Yg. Dipertua PAS Parit.

Mari yop...mari yong moh kite ke Teluk Bakong nengok ceramah......