Ahad, 18 Mac 2012
Politik Machiavelli & BBC - MP PKR Permatang Pauh
Politik Machiavelli & BBC - MP PKR Permatang Pauh
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga sentuh tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat
tentang membahaskan ini kononnya Pakatan Rakyat ini semuanya kata dia lah politik Machiavelli. Politik Machiavelli. Supaya dibetulkan, mungkin baku. Machiavelli ini saya harap kalau dapat dibaca 'The Prince', itu politik yang mengetepikan pertimbangan benar atau palsu (right or wrong) tetapi bagaimana 'prince', sang penguasa, akan pertahankan kuasa dengan sebarang usaha tipu helah. Dia menuju kepada penguasa yang ada.
Ini satu peringatan yang baik. Akan tetapi hendak menunjukkan bagaimana politik Machiavelli itu diamalkan oleh Barisan Nasional ialah cara mereka menggunakan media saban hari memfitnah. Saya bagi contoh beberapa kes. Ya lah memanglah media utama TV3, Utusan Malaysia, memanglah Anwar Ibrahim, kalau tidak ada cerita, maka tidak sah. Saya tidak ada masalah bab itu.
Akan tetapi bayangkan, negara kononnya transformasi sistem politik, beri kebebasan media, bagi orang hormat dengar tetapi serang tiap malam, hendak jawab satu minit tidak mungkin. Ajak debat terbuka tidak berlaku. Saya fikir harus Perdana Menteri timbangkan untuk meneruskan debat mengenai isu ekonomi di antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri. Ini biar rakyat menilai dengan baik.
Saya tidak fikir rakyat harus diremehkan keupayaan mereka untuk menilai. Kita pun ada pengalaman, baru ini Ketua MCA dengan Ketua Menteri Pulau Pinang berdebat. Sebelum ini saya dengan pada ketika itu Menteri Penerangan mengenai soal minyak dan gas. Kemudian
Yang Berhormat Rembau dengan Saudara Rafizi Ramli. Maknanya boleh dan saya juga menonton dan tidak nampak suatu hal yang agak terlalu terlanjur atau biadab, baik oleh Rafizi atau Yang Berhormat Rembau. Mereka menjaga decorum dalam perbahasan dan kalau anak-anak muda begini boleh lakukan, mengapa Perdana Menteri enggan untuk menerima usul saya untuk meneruskan debat mengenai ekonomi? Saya sebut perkara ini kerana terlalu banyak fitnah ini.
Ya, kita dalam politik Tuan Yang di-Pertua, ada persaingannya dan kalau kita hendak elak politik [Bercakap dalam bahasa Arab] matlamat itu jangan menghalalkan cara, maka jangan kita terima fitnah sebagai suatu budaya. Kita boleh tegur, kita boleh serang, kita boleh letakkan hujah berdasarkan fakta. Kalau mereka tidak setuju dengan saya tentang bagaimana BERNAS menindas pesawah padi, boleh jawab. Ataupun salah saya tentang mengambil nota daripada Jawatankuasa Laporan Kemajuan Unit Perancangan Pemantauan Pelaporan Kuala Terengganu, saya boleh ditegur.
Ataupun angka-angka yang saya sebut dalam NKRA, boleh disebut, saya tidak ada masalah itu. Akan tetapi tidak perlu kita gunakan media yang ada dikuasai oleh Menteri Penerangan yang bercakap soal budi pekerti dan akhlak mulia tetapi membolehkan fitnah melalui media yang dikuasai oleh mereka. Saya bagi beberapa contoh. Dalam temu bual saya dengan BBC mengenai apakah saya seandainya, insya-Allah apabila berkuasa akan membatalkan semua undang-undang tentang homoseksualiti, saya jawab dan saya quote, "As Muslim and majority of non Muslim in Malaysia, we believe in the institution and sanctity of marriage between men and women". Saya tambah lagi, "I make no apologies" sebab kita terima keyakinan agama kita, hukum kita. Akan tetapi apa yang disebarkan di luar? Disebarkan kenyataan yang kedua, dipadamkan yang pertama. Seolah-olah kita kalau berkuasa,
kita akan halalkan hubungan sejenis. Dan ini disiarkan dan ditayangkan setiap malam sebagai satu fakta.
Fitnah itu menjadi budaya, hendak menang dengan fitnah.Sudah Tuan Yang di-Pertua, yang dikaitkan ialah soalan kedua. Will you ban or you will repel that act? Saya jawab ya. Kalau 377B itu yang ada ini, apa kena mengena dengan Islam? You boleh hukum orang tanpa saksi, you boleh hukum orang dengan tanpa laporan doktor sekalipun dalam krisis pertama
walaupun dilepaskan kemudian. Laporan doktor tidak ada, boleh hukum. Jadi oleh yang demikian, saya kata, "That law, that specific law is alcaic". Apa yang diputarkan oleh media dan saya hairan ada temanteman saya dari UMNO yang saya kenal lama yang boleh hanya merestui kerana saya di pihak lain. Tidak semestinya. Saudara boleh menghalalkan fitnah semata-mata kerana saya di pihak yang lain. Itu isu pertama....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan