Selasa, 30 April 2013

Kegagalan BN Parit,rakyat kecewa



Video ini memaparkan suasana di Parlimen Parit yg banyak projek terbengkalai dan projek merugikan.Diantara Projek mega yg rugi ialah projek kambing di jalan Parit ke Seri Iskandar,turut terlibat ialah penghapusan hutan simpan dara yg melibatkan ribuan hektar di kawasan yg sama.

Jumaat, 26 April 2013

Faisal Efendi Tidak Hormati Mahkamah dan Patut di Laknat


Mantan ketua Angkatan Muda Keadilan Parit, Faizal Effendi dalam siri ceramah kelompok UMNO di Titi Gantong baru-baru ini telah mengeluarkan cerita lama yg mahkamah dah tolak kesnya tapi Faisal ni masih nak sabitkan Anwar dengan kes liwat.

Isnin, 22 April 2013

Anwar ke Parit lagi


Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke Manjung dalam sesi Jelajah Merdeka Rakyat telah singgah ke kg. Telok Sena Lambor Kiri.Ribuan penduduk di sekitar Bota dan Lambor telah hadir mendengar ceramah dari bakal Perdana Menteri ke 7,Insyaallah...


Antara yg dinyatakan oleh DSAI ialah tentang pencerobohan di Sulu yg UMNO canangkan sana sini yg mengaitkan isu tersebut dengan DSAI.Sekarang isu itu telah pun senyap dari media-media pro UMNO.



Anwar menyatakan pergolakan dalam UMNO BN tentang pemilihan calon sehinggakan belaku pemimpin UMNO yg bertanding atas tiket bebas setelah tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai calon.Setelah itu mereka yg bertanding bebas dibuang keahlian UMNO secara automatik.


 Orang-orang Parit memenuhi ruang hadapan untuk bersama dengan DSAI,dan mengambil kesempatan untuk beramah mesra,sebelum Anwar ke pentas untuk menyampaikan ucapan.



Dalam ucapan penutup Anwar menyeru para hadirin supaya memilh Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerana UMNO BN sudah tidak boleh lagi diberi mandat untuk memerintah.Anwar juga berpesan kepada jentera-jentera PR agar melaksanakan tugas dengan baik di hari berlangsungnya Pilihanraya Umum nanti.



Ahad, 21 April 2013

Jalan-jalan,pusing-pusing parlimen Parit

Petang tadi konvoi motosikal pemuda PAS bermula dari UPU Kg. Aji berhampiran simpang empat Bota Kiri hingga ke Kg. Teluk Sena dimana berlangsungnya ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim.


Parking dulu sebelum berkonvoi

menu jamuan makan lemang dan pengat pisang

ate...makan yop jangan tak makan



konvoi bermula dilepaskan oleh ketua PAS cawangan Kg. Aji  Tuan Haji Zainal Abidin

Tunggu lampu hijau baru boleh jalan


menuju ke Kg. Teluk Sena


Sabtu, 20 April 2013

Pernamaan Calon Parlimen Parit,DUN Bota dan Belanja

Gambar-gambar sekitar pernamaan calon pagi tadi,tiada pertandingan tiga penjuru seperti yg genbar gemburkan sebelum ini.Parlimen Parit calon PR yg bertanding ialah Ustaz Muhammad Ismi bin Mat taib (PAS) P.69 Parit,Dr.Hajjah Najihatusalehah bt. Ahmad (PAS) N.38 Belanja dan Ustaz Zulkifli b. Ibrahim (PKR) N.39 Bota.Calon dari BN bagi Parlimen Parit ialah Dato' Zaim,DUN Belanja ustaz nizar zakaria dan Bota Dato' Nasaruddin Hashim


Tempat berkupul sebelum ke tempat pernamaan calon

konvoi menuju ke tempat pernamaan calon

Add caption

perarakan calon ke kompleks kerajaan Seri Iskandar

calon pr yg bertanding



sebagai ingatan terhadap Dato' Nasaruddin Hashim






ucapan dari Ustaz Ismi

Ucapan dari Ustaz Zulkifli Ibrahim

Ucapan dari Dr. Najiha

Khamis, 18 April 2013

DAP beri ROS hingga 3 petang esok untuk tarik balik surat

Harakahdaily, 19 Apr 2013


KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.

Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.

"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.

"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.


Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.

Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini.


BERITA BERKAITAN


DAP timbang guna PAS di Semenanjung, PKR di Sabah Sarawak
ROS tidak iktiraf barisan kepimpinan DAP

Berita dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18424--dap-beri-ros-hingga-3-petang-esok-untuk-tarik-balik-surat
 

Rabu, 17 April 2013

Deme pilih orang lame....

Ate deme UMNO Parit letakkan calon lame rupenye..teman ingat ade orang baru sepertimana yg digembar gemburkan oleh geng-geng UMNO,cume yg bergaya Dato' Zaim ADUN Belanja dapat ler naik jadi calon UMNO Parlimen Parit kali ini ler..Ustaz Nizar Zakaria turun ke DUN Belanja..tukor-tukor ler sebab Dato' Zaim rupenye udah lame ngidamkan naik ke Parlimen.

UMNO juge masih mengekalkan Dato' Nasaruddin Hashim bertanding di DUN Bota,kekal juge YB nasa,patut ler malam tempoh hari selepas YB nasa diumumkan sebagai calon,seluruh jentera terdiri daripade geng-geng mude Kampung YB Nasa mule kerja keras mengantung banner..

Tapi baru-baru ini,berterabur risalah dekat Bota ni menghina YB Nasa,dalam risalah itu tertulis YB Nasa YB katak dan pengkhianat Negara..Ntah ler pihak mana punye koje tu ntah ler...

Cerita pergolakan tentang calon ini belaku juge kat Parit ni,ingatkan tak ada apa-apa,dari mulenye kate deme mungkin dua antare tige akan digugurkan,ramai juge orang-orang UMNO Parit tidak puas hati sampai ade ler yg turun bendera,tapi akhirnye terpaksalah kekalkan yg lame...

Itu pun ade juge dengor cerite tapi tak pasti sama ada Parlimen atau DUN,calon bebas akan bertanding.nampaknye ade pertembungan tiga penjuru ler kali ni.....

Khamis, 11 April 2013

Selasa, 9 April 2013


PRU13: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 20 April

Salmiyah Harun,10 Apr 2013
(Sidang media yang dibuat oleh SPR)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.

Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.

Daftar pemilih induk 2012 akan digunakan untuk pilihan raya ini.

379 pegawai SPR akan memantau pilihan raya ini dengan 243,000 petugas akan mengendalikan pilihan raya ini.

RM400 juta telah diperuntukkan untuk mengendalikan pilihan raya ini.


Ade payung di atas lampu traffic light??????......ape ke hal nye ni...macam ade satu isyarat aje ni...tak pernah tengok payung hitam di letakkan sebegitu rupe,baik kite guna masa hujan aje lagi baik.Ditengah-tengah kerancakkan bendere BN dan PR berkibar disekeliling dismpang empat Bote kiri dan kanan ni tetibe ade pulok payung ditengah-tengahnye..

Yg teman dapat tengok payung ni ade 2 lokasi letaknye,lagi,di simpang empat bote kiri dan Bota kanan.Letaknye same juge diatas lampu traffic light letaknye.

Menurut kate beberape orang otai di Bote Kiri ni,itu adalah isyarat dari calon bebas yg akan turut serta bertanding di DUN Bota atau Parlimen Parit.Payung itu mungkin simbol yg akan digunakan oleh calon bebas tersebut.

Entah ler,mungkin ye atau mungkin tidak,kite tengok aje ler mase penamaan calon nanti jike ade lawan tiga penjuru maka betul ler tu......

Jumaat, 5 April 2013

Ingat kembali...Macam ini mereka pertahankan kalimah ALLAH....

Walaupun sudah lebih berminggu-minggu kejadian ini belaku dan hangat di perkatakan didalam bloggers dan facebook tetapi teman nak jugak ler ingatkan kembali kepada rakan-rakan teman semua tentang segolongan manusia nak pertahankan kalimah ALLAH..Teman dengar pun rasa teruja jugak,bila teman bukak aje internet layan blog dan facebook kelihatan banyak gambar-gambar tentang sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan sedang buat demo mempertahankan kalimah ALLAH,rupa-rupanya demo dianjurkan oleh PERKASA.

Kadang-kadang rasa malu pun ada bila tengok keadaan begini,bukan apa orang Islam nak mempertahankan kesucian kalimah ALLAH dari disalahgunakan dan dicemari oleh orang-orang kafir tetapi mereka sendiri sebagai orang Islam dengan keadaan tidak menutup aurat,pakaian ketat,bercouple dan bercampur lelaki perempuan dengan duduk rapat-rapat dan bersentuhan sesama mereka yg bukan muhrim..ape ke koje deme ni....






Ntah ler apa nak jadi deme-deme ni,penganjurnya ialah PERKASA,iaitu sekutu kuat UMNO yg diterajui oleh YB Ibrahim Ali yg dulu menang PRU ke 12 atas tiket PAS last-last berpaling tadah jadi YB BEBAS..

Moh kite berubah ler...kembalilah kepada Islam yg sebenar..
 
 
Botaonline group

Khamis, 4 April 2013

Pasukan buang bendera 1 Malaysia

Ape ke hal nye kome weh....ingatkan dekat tempat lain aje ade kaki buang,bakor dan runtuhkan bendera PAS dan PKR,rupenye kat bote pun ade...Ade beberape tempat di sekitar bote ni benderanye udoh deme buangkan...

Pade mulenye hari tu dikhaborkan oleh pertugas PAS 3 bendera telah di cabut dan buluhnye diambil untuk disarungkan bendere cap kati,kain benderenye hilang entah kemane...

Itu cerite sebelum Parlimen dibubarkan,lepas bubar ni pulok lagi ler kuat deme buang bendere,semalam dilaporkan oleh seorang lagt pertugas PAS memaklumkan 3 bendere besor telah dibuang ke tebing sungai perak,deme buat koje ni sebelah petang,aje berani deme janji fulus ade masyuk......

Bukan ape...demi kerane duit sanggup buat koje bodoh ni,tak pernah dengor lagi orang PAS buang bendere BN,tapi orang BN gunekan pencacai upahan untuk buat koje bodoh ini dek kerane orang-orang BN ini tak sanggup tengok bendere PAS dan PKR depan mate deme kot...

Tapi dt tempat lain lagi ler teruk,ade sampai kene bakor,tak tau ler kot nanti di Bote ni pun akan belaku rupe tu juge mana tau kan....

Tak pe ler,kalau dapat tangkap sape yg buat koje tu maka akan dibawak ke balai ler,sekarang ini buat koje pilihanraya macam biase,yg penting koje kuat untuk menangkan calon PR....