Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam perjalanan ke Manjung dalam sesi Jelajah Merdeka Rakyat telah singgah ke kg. Telok Sena Lambor Kiri.Ribuan penduduk di sekitar Bota dan Lambor telah hadir mendengar ceramah dari bakal Perdana Menteri ke 7,Insyaallah...
Antara yg dinyatakan oleh DSAI ialah tentang pencerobohan di Sulu yg UMNO canangkan sana sini yg mengaitkan isu tersebut dengan DSAI.Sekarang isu itu telah pun senyap dari media-media pro UMNO.
Anwar menyatakan pergolakan dalam UMNO BN tentang pemilihan calon sehinggakan belaku pemimpin UMNO yg bertanding atas tiket bebas setelah tidak puas hati kerana tidak terpilih sebagai calon.Setelah itu mereka yg bertanding bebas dibuang keahlian UMNO secara automatik.
Dalam ucapan penutup Anwar menyeru para hadirin supaya memilh Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerana UMNO BN sudah tidak boleh lagi diberi mandat untuk memerintah.Anwar juga berpesan kepada jentera-jentera PR agar melaksanakan tugas dengan baik di hari berlangsungnya Pilihanraya Umum nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan