Selasa, 10 Februari 2015

Akhirnya Anwar ke penjara

Akhirnya terjawab sudah keputusan kes liwat ll Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap bekas pembantu DSAI Saiful Bukhari dimana DSAI dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

DSAI bukan sahaja dijatuhkn hukuman penjara tetapi secara automatik kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh telah lucut,serta turut lucut sebagai ketua pembangkang.

Memang sudah dijangkakan keputusan ini dari awal lagi kerana usaha untuk memenjarakan DSAI telah lama dirancang.Walaupun dengan cara apa pun anwar tetap mahu dipenjarakan.Tiada lagi perayuaan perbicaraan hanya pengampunan dari Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong adalah jalan terakhir.

Sebaik selesai keputusan petang tadi DSAI dibawa oleh sebuah kenderaan khas ke penjara Sungai Buluh.