Selasa, 9 April 2013


PRU13: Mengundi 5 Mei, penamaan calon 20 April

Salmiyah Harun,10 Apr 2013
(Sidang media yang dibuat oleh SPR)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah pada 20 April manakala hari mengundi pula pada 5 Mei depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di ibu pejabat SPR di sini, sebentar tadi.

Pada 3 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU13 diadakan.

Sementara itu, Abdul Aziz turut mengumumkan seramai 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.

Jumlah itu termasuk pengundi biasa, tentera dan pasangan, polis dan pasangan, pasukan gerakan am dan pasangan serta pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini.

Daftar pemilih induk 2012 akan digunakan untuk pilihan raya ini.

379 pegawai SPR akan memantau pilihan raya ini dengan 243,000 petugas akan mengendalikan pilihan raya ini.

RM400 juta telah diperuntukkan untuk mengendalikan pilihan raya ini.


Ade payung di atas lampu traffic light??????......ape ke hal nye ni...macam ade satu isyarat aje ni...tak pernah tengok payung hitam di letakkan sebegitu rupe,baik kite guna masa hujan aje lagi baik.Ditengah-tengah kerancakkan bendere BN dan PR berkibar disekeliling dismpang empat Bote kiri dan kanan ni tetibe ade pulok payung ditengah-tengahnye..

Yg teman dapat tengok payung ni ade 2 lokasi letaknye,lagi,di simpang empat bote kiri dan Bota kanan.Letaknye same juge diatas lampu traffic light letaknye.

Menurut kate beberape orang otai di Bote Kiri ni,itu adalah isyarat dari calon bebas yg akan turut serta bertanding di DUN Bota atau Parlimen Parit.Payung itu mungkin simbol yg akan digunakan oleh calon bebas tersebut.

Entah ler,mungkin ye atau mungkin tidak,kite tengok aje ler mase penamaan calon nanti jike ade lawan tiga penjuru maka betul ler tu......