Isnin, 4 November 2013

PAS kekalkan kemenangan di Sungai Limau



Tahniah...!!!!!!!, kepada PAS diatas kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yg telah diadakan hari ini dan keputusan rasmi telah diumumkan,calon PAS Ustaz Mohd. Azam Abd. Samat menang dengan mendapat 12,069 undi,manakala calon BN  Dr. Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985, dengan majoriti 1,084.

Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh ,Al Marhum Tan Sri Azizan Abdul Razak berjumlah 2,774 undi.Akan tetapi undi yg diperolehi oleh BN kali ini bertambah dari PRU ke 13 yg lepas.Dalam PRU ke 13 Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.Manakala PRK kali ini Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi,tambahan 465 undi.

 Apa lagi hendak dikata BN terima sajalah keputusan ini dengan terbuka,walaupun jutaan ringgit teklah ditaburkan dalam kempen,projek-projek mee segera,jentera-jentera kerajaan digunakan serta artis-artis telah dijemput untuk turut sama berkempen untuk BN,tapi apakan daya telah ditentukan oleh Allah,DUN Sungai Limau masih milik PAS.

Kemenangan PAS di Sungai Limau cukup bermakna di Tahun Baru Hijrah 1435H ini,kerana selain menyambut Maal Hijrah,turut sama menyambut kemenangan Islam.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1435 DARI BOTAONLINE..