Selasa, 15 September 2015

PAS pula akan buat perhimpunan

Himpunan 60,000 untuk penuhi permintaan ahli
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan Himpunan 60,000 yang akan berlangsung pada 17 Oktober nanti adalah kerana semangat beristiqamah yang ditunjukkan ahli kepada PAS.
Pengarah himpunan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, himpunan itu dibuat kerana memenuhi permintaan ahli dan penyokong PAS dari seluruh negara.
"Setiap kali kita buat program kehadiran ahli begitu ramai dan mereka menuntut kita untuk mengadakan himpunan lebih besar.
"Semangat akar umbi untuk mengukuhkan PAS bahawa mereka mahu hala tuju mereka istiqamah dengan PAS," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, hari ini. Ketua serta ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menafikan himpunan itu dibuat kononnya ramai ahli PAS keluar dan menyertai parti lain.
Beliau turut memberitahu himpunan kebangkitan rakyat itu digelarkan sebagai Himpunan Fastaqim yang bermaksud beristiqamah sebagaimana yang diseru oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Himpunan Fastaqim akan diadakan di Stadium Sultan Muhamad IV Kota Baharu Kelantan bermula jam 3 petang hingga 12 malam.
Himpunan itu bukan sahaja melibatkan ahli dan penyokong, bahkan PAS turut mengalu-alukan badan bukan kerajaan dan orang ramai untuk turut serta di dalam himpunan itu kerana pelbagai program menarik disediakan termasuk kehadiran penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Antara objektif himpunan itu adalah untuk semarakan perjuangan rakyat bersama PAS, merapatkan saf selain memantapkan spiritual, mental, fizikal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Himpunan yang akan digerakan oleh empat sayap parti itu Pemuda, Muslimat, Ulamak dan Dewah Himpunan mensasarkan paling minimum seramai 60,000 peserta.
Sementara itu, Nasrudin selaku setiausaha himpunan berkata, Himpunan Fastaqim antara himpunan terbesar dalam sejarah PAS.
Katanya, himpunan itu sebagai membangkitkan semangat PAS dan ahlinya bagi menghadapi PRU14 nanti.
"Himpunan Fastaqim ini sebagai 'warm up' jentera PAS untuk menghadapi PRU nanti.
"Kita akan libatkan semua pimpinan utama termasuk Musyidul Am dan ahli akar umbi," ujarnya.
Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh menyertai himpunan itu iaitu mereka yang menyokong perjuangan PAS sehingga hari ini.
Katanya, walaupun himpunan itu diadakan sehari tetapi ia cukup memberi bukti ahli memberi sokongan kepada PAS dengan pelbagai pengisian sepanjang himpunan berjalan.
"Kita akan bagi komitmen kepada peserta dengan menyediakan enam hingga tujuh layar TV yang akan dipasang di setiap sudut di kawasan stadium," katanya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Himpunan Fastaqim sebagai himpunan rakyat untuk menyatakan sokongan kepada PAS yang tidak berbelah bagi sesuai dengan maksudnya iaitu 'bangkitlah berjuang dengan penuh cekal, konsisten dan optimis'.
‪#‎H60K

#copypaste dari group whatsapp‬

Undi tak pecaya terhadap PM..??

Australia akan mendapat Perdana Menteri (PM) yg baharu selepas Parti Liberal menyingkirkan Tony Abbott didalam undi tidak percaya dan memihak kepada jutawan dan ahli politik, Malcolm Turnbull yang bakal menerajui negara itu sebagai Perdana Menteri yg ke-29.

Itu kat negara yg bernama Australia,tapi kt negara yg namanya Malaysia ni PM masih lagi yg itu lg,walaupun ade desas desus nk buat undi tak percaya di parlimen yg akhir senyap sunyi je tanpa berita.

Tak mengapalah PM  Malaysia ni masih boleh tarik nafas lega lg sebab nasib dia tak macam PM Australia.