Jumaat, 22 Jun 2012

Jalan-jalan ke Memory Lane di Bandaraya Ipoh

Jalan-jalan di hujung minggu,singgah ke Bandaraya Ipoh,pergi bersiar-siar ke "loken",itulah istilah yg disebut oleh orang-orang Bota jika pergi ke Ipoh pada hari ahad untuk membeli belah,bukan nak beli ayam,ikan atau sayur,tapi beli barang-barang antik ataupun barang-barang lama.

Nama Loken adalah istilah lama yg kini tempat itu dikenali sebagai Memory Lane,dahulu loken terletak di tepi sungai Kinta dan kini Memory Lane terletak di belakang Supermarket The Store berhampiran dengan Taman D.R.,salah satu taman rekreasi yg terkenal di Bandaraya Ipoh.




Peminat barangan antik berpusu-pusu datang ke Memory Lane untuk menbeli barang lama yg mungkin menjadi kenangan suatu masa dahulu yg masih boleh ditemui di sini.Pelbagai jenis barang-barang lama dari seterika kayu arang,beg besi,kipas angin model dulu dan macam-macam lagi.


Di Memory Lane bukan sahaja barang lama dijual disini,ada juga barang yg baru seperti pakaian,telefon bimbit model baru,bukan hanya tertumpu kepada barang antik tapi bagi melengkapkan sesuatu tempat membeli belah itu haruslah disertakan dengan barang baru dan lama.

Jika sesiapa yg ingin mencari barang lama untuk di buat koleksi peribadi,maka jangan lupa singgah ke Memory Lane di Ipoh yg di buka pada pagi Ahad







Selasa, 19 Jun 2012

Hebat debat PAS vs UMNO di Astro malam tadi

Debat anjuran Sinar Harian bertajuk demonstrasi jalanan meruntuhkan atau mengukuh demokrasi antara Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dato' Saifuddin Abdullah dengan monderatornya Pensyarah Jabatan Strategik dan antarabagsa,Fakulti Sastera dan Sains Sosial Profesor Dato' Mohamad Abu Bakar.


Memang hujah-hujah yg disampaikan oleh kedua-dua ahli penal hebat,tetapi tertarik dengan hujah yg telah YB Salahuddin berikan yg hujah disetiap sudut bersesuaian dengan tajuk debat yg di bawa.


Seperti yg kita tahu jika ada pendebatan diantara PAS dengan UMNO maka sudah tahulah siapa yg hebat sekali mengeluarkan fakta siapa yg tengelam dengan hujah-hujah lawan.Respon dilihat dari penonton yg hadir apabila sesi soalan kepada ahli panel soalan kebanyakkan ditujukan kepada Dato' saifuddin kerana hujahnya dalam debat hanya seperti mengulang-gulang ayat yg sama berbanding dengan Yb Salahuddin.

Demonstrasi jalanan jika dibuat dengan aman maka akan amanlah jadinya,jika diganggu dengan gas maka akan jadi huru haralah,tertarik dengan kata-kata Yb Salahuddin di permulaan pusingan pertama debat itu tadi menyatakan  jika dilontarkan seekor ular dihadapan  orang ramai menonton debat ini,maka mereka-mereka akan lari lintang pukanglah,sepertimana yg belaku dalam perhimpunan bersih jika tidak diganggu dengan gas pemedih mata maka tiada ensiden-ensiden yg tidak diingini belaku,tiada yg rosak harta awam,begitu juga peniaga mengalami kerugian apabila kedai-kedai tidak dibuka alasan orang ramai berhimpun menjejaskan peniagaan,alasan itu tidak munasabah, maka jelas dan terang  negara kita tiada demokrasi. 


Debat demi debat akan diadakan lagi tapi kita dan rakyat tertunggu-tunggu bilakan akan belakunya debat diantara Dato' Anwar dengan Dato' Seri Najib,2 tokoh yg hebat ini.Jika belakunya debat Anwar Najib harap-harap dapatlah disiarkan di semua rangkaian televisyen naik RTM,TV3 ataupun ASTRO,biar semua rakyat lihat dengan jelasnya tidak seperti debat-debat tadi dan sebelum ini yg hanya disiarkan di ASTRO AWANI sahaja.

Sabtu, 16 Jun 2012

Perhimpunan Hijau ke Putrajaya di Bagan Serai

Perhimpunan HIJAU KE PUTRAJAYA berlangsung malam tadi di Markaz Masjid Tinggi Bagan serai.


Antara penceramah yg hadir pada malam ini ialah Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Musyidur Am PAS Pusat,Ustaz Abu Bakar Hussin Persuruhjaya PAS Perak serta Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin Mantan Menteri Besar Perak. 

Selain ceramah,acara pada malam ini pengisytiharan menyertai PAS dengan rasminya oleh mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Tuan haji Ahamad Zabidi Bin Shansuddin yg pernah mendapat anugerah tokoh Guru Negeri Perak 2011.

 



Hampir 10 ribu telah hadir dalam Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya malam tadi.

Turut sama isytihar untuk menyertai PAS ialah Tuan Haji Nazri Nordin Mantan AJK UMNO Bahagian Gopeng yg telah lebih 30 tahun Bersama dengan UMNO akhirnya telah mendapat pertunjuk perjuangan yg sebenar yg menegakkan Islam iaitu PAS bukannya UMNO.





Jumaat, 1 Jun 2012

Perhimpunan Belia VS Perhimpunan Hijau

Jika UMNO telah mengadakan perhimpunan sejuta Belia tapi yg hadirnya lebih-lebih kurang suku juta pun tak ada,tapi dalam perhimpunan belia diadakan dengan jayanya disamping meninggalkan kesan yg negatif kepada anak-anak muda.

Itulah cara UMNO BN buat program yg dapat kita tengok dengan jelasnya apakah pemerintahan yg sebegini masih diperlukan untuk terus meneraju negara kita yg kita cintai ini?.

Macam-macam pekara dan tragedi telah belaku semasa perhimpunan belia diadakan,antara aktiviti-aktivitinya yg lebih kepada maksiat dan tarian separuh bogel,hairan,tiada ulama UMNO yg tegur.Apa sudah jadi dengan Ulama UMNO ni...

Bukan nak cerita tentang pesta muda mudi anjuran UMNO BN itu tapi nak kita jengok ke utara tanahair kita,yg kini sedang berlangsung perhimpunan Hijau ke Putrajaya,mengantikan Muktamar PAS tahunan.Kebiasaannya PAS akan buat muktamar tahunan yg dihadiri oleh perwakilan-perwakilan dari seluruh negara,tapi hari ini penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara dijemput hadir untuk perhimpunan ini.Ratusan ribu telah membanjiri Stadiun Darul Aman Alor Setar.

Bermula dari petang tadi penyokong-penyokong PAS telah memenuhi Stadium Darul Aman Alor Setar untuk mendengar ceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus.

Kehadiran yg begitu ramai ini membuka mata UMNO yg PAS buat program bukan seperti mereka buat, program UMNO datang aje dapat duit,pergi program PAS ni siap dengan keluar duit sendiri,tiada peruntukkan khusus untuk hadiri perhimpunan ini.Perhimpunan hijau ini dapat sambutan yg begitu hebah berbanding dengan perhimpunan-perhimpunan yg telah dibuat oleh UMNO BN sebelum ini.Ini merupakan satu tamparan hebah kepada Najib apabila melihat perhimpunan yg melibatkan Pakatan Rakyat sambutan mesti hebat,sudah tiba masa untuk UMNO berkubur rasanya....



 Pada malam ini berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat maghrib sebelum acara kemuncak perhimpunan Hijau ke Putrajaya ini dengan ceramah oleh Presiden PAS Tuan Guru  Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.