Nama Loken adalah istilah lama yg kini tempat itu dikenali sebagai Memory Lane,dahulu loken terletak di tepi sungai Kinta dan kini Memory Lane terletak di belakang Supermarket The Store berhampiran dengan Taman D.R.,salah satu taman rekreasi yg terkenal di Bandaraya Ipoh.
Peminat barangan antik berpusu-pusu datang ke Memory Lane untuk menbeli barang lama yg mungkin menjadi kenangan suatu masa dahulu yg masih boleh ditemui di sini.Pelbagai jenis barang-barang lama dari seterika kayu arang,beg besi,kipas angin model dulu dan macam-macam lagi.
Di Memory Lane bukan sahaja barang lama dijual disini,ada juga barang yg baru seperti pakaian,telefon bimbit model baru,bukan hanya tertumpu kepada barang antik tapi bagi melengkapkan sesuatu tempat membeli belah itu haruslah disertakan dengan barang baru dan lama.
Jika sesiapa yg ingin mencari barang lama untuk di buat koleksi peribadi,maka jangan lupa singgah ke Memory Lane di Ipoh yg di buka pada pagi Ahad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan