Memang hujah-hujah yg disampaikan oleh kedua-dua ahli penal hebat,tetapi tertarik dengan hujah yg telah YB Salahuddin berikan yg hujah disetiap sudut bersesuaian dengan tajuk debat yg di bawa.
Seperti yg kita tahu jika ada pendebatan diantara PAS dengan UMNO maka sudah tahulah siapa yg hebat sekali mengeluarkan fakta siapa yg tengelam dengan hujah-hujah lawan.Respon dilihat dari penonton yg hadir apabila sesi soalan kepada ahli panel soalan kebanyakkan ditujukan kepada Dato' saifuddin kerana hujahnya dalam debat hanya seperti mengulang-gulang ayat yg sama berbanding dengan Yb Salahuddin.
Demonstrasi jalanan jika dibuat dengan aman maka akan amanlah jadinya,jika diganggu dengan gas maka akan jadi huru haralah,tertarik dengan kata-kata Yb Salahuddin di permulaan pusingan pertama debat itu tadi menyatakan jika dilontarkan seekor ular dihadapan orang ramai menonton debat ini,maka mereka-mereka akan lari lintang pukanglah,sepertimana yg belaku dalam perhimpunan bersih jika tidak diganggu dengan gas pemedih mata maka tiada ensiden-ensiden yg tidak diingini belaku,tiada yg rosak harta awam,begitu juga peniaga mengalami kerugian apabila kedai-kedai tidak dibuka alasan orang ramai berhimpun menjejaskan peniagaan,alasan itu tidak munasabah, maka jelas dan terang negara kita tiada demokrasi.
Debat demi debat akan diadakan lagi tapi kita dan rakyat tertunggu-tunggu bilakan akan belakunya debat diantara Dato' Anwar dengan Dato' Seri Najib,2 tokoh yg hebat ini.Jika belakunya debat Anwar Najib harap-harap dapatlah disiarkan di semua rangkaian televisyen naik RTM,TV3 ataupun ASTRO,biar semua rakyat lihat dengan jelasnya tidak seperti debat-debat tadi dan sebelum ini yg hanya disiarkan di ASTRO AWANI sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan