Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0 di Kuala LUmpur

Bersih 3.0 yg berlangsung di Bandaraya Kuala Lumpur,diberitakan ratusan ribu rakyat dari seluruh negara telah bersama hadir untuk perhimpunan ini.Dari kelmarin lagi mereka telah berhimpun di sekitar Dataran Merdeka.

Gambar-gambar disekitar perhimpunan Bersih 3.0 dapat dilihat di dalam media-media internet dan facebook serta twitter,media-media perdana pro UMNO takkan menayangkan video-video serta gambar-gambar perhimpunan tersebut.Media-media UMNO kata hanya 25 ribu dan ribu-ribu sahaja yg hadir,tetapi surat khabar tamil menyatakan kira 250 ribu peserta hadir,mana satu yg betul,ntah ler.

Ahad, 22 April 2012

jom join bersih 3.0



Bersih 1.0 sudah berjaya menarik sokongan rakyat,bersih 2.0 berjaya menawan 5 negeri dalam PRU ke 12 yg lalu...kini akan diadakan bersih 3.0...insyaallah berjaya menawan PUTRAJAYA.........




kearah negara yg aman damai dan berdemokrasi...JOM BERUBAH...

Sabtu, 14 April 2012

Demontrasi mansuhkan PTPTN di K.L.

Satu demontrasi menuntut agar dimansuhkan PTPTN telah diadakan pada pagi tadi di Ibu Negara.
Ramai mahasiswa yg telah menyertai himpunan ni menunjukkan tanda ketidakpuasan hati dan menuntut agak dimansuhkan PTPTN ini.

Diawal perhimpunan tersebut pada awalnya di Dataran Merdeka dan hanya disertai 400 orang siswa,tapi apabila bilangan semakin ramai mereka berpindah ke Sogo kerana laluan ke pusat membeli belah itu ditutup.

Beberapa wakil pelajar telah berucap disamping itu antara wakil dari Pakatan Rakyat yg hadir ialah Nurul Izah Anwar dan Tian chua.

PTPTN melahirkan "graduan hutang"

Khamis, 12 April 2012

Siapakah Anak Mufti Umno Bersama Ceramah Pas Ini..??



http://karatijau.blogspot.com/,12 Apr 2012


Peribahasa Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,yang bermaksud..macam mana bapa macam itulah anak,tidak boleh digunakan dalam perjuangan menegakkan agama Allah apabila Anak kepada Mufti Umno Perak (Dato' Harussani) berbaju coklat dan berketayap putih turut bersama YB Salehudin Ayub semasa ceramah Pas di Taman Soon Choon Ipoh...Peribahasa yang masih kekal sampai bila-bila ialah "Melayu Bangang Umno Menangggg.."dan "Dimana Umno Kuat disitu Banyak Maksiat"
Sumber Gambar : Ajijoiblogspot


berita dari http://bm.harakahdaily.net






Ahad, 8 April 2012

UMNO buat rombongan,PR dan NGO buat BERSIH 3.0

 Adakah semakin dekat PRU ke 13 akan diadakan?,tidak diketahui lagi samada akan di buat bulan Jun ini atau setelah tamat tempoh Parlimen Malaysia iaitu bulan Mac tahun hadapan.

Kerajaan BN masih berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka,sekarang ini pelbagai cara mereka gunakan untuk mengambil hati rakyat;terbaru  diberitakan ada Cawangan-cawangan UMNO di Perak bawa orang kampung rombongan ke Melaka dan beberapa negeri lagi.

Jumaat, 6 April 2012

Nizar tandatangani surat sokongan bukan surat kelulusan

Dari Perak Kite 

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat berkenaan.

Memang sebagaimana mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu melabur dalam negeri yang diurustadbirnya.

Namun surat sokongan bukan bererti surat kelulusan.

Perlu difahami Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember, dan satu dua bulan selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.

Khamis, 5 April 2012

Vale: Nizar cabar Zambry dedah semua dokumen

 





IPOH, 5 April: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir perlu mendedahkan semua dokumen tentang projek pusat pengagihan bijih besi Vale International kepada umum.

Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Zambry tidak boleh memilih dan mendedahkan satu surat sahaja tetapi perlulah mengemukakan semua surat-surat termasuklah surat kelulusan projek oleh Kerajaan BN.

Selasa, 3 April 2012

Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah'

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'