Dari Perak Kite
Anggota Dewan
Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Dis 2008 berhubung sokongan terhadap
projek pusat pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan
surat berkenaan.
Memang sebagaimana
mana-mana Menteri Besar, akan memberi sokongan pada mana-mana syarikat yang mahu
melabur dalam negeri yang diurustadbirnya.
Namun surat
sokongan bukan bererti surat kelulusan.
Perlu difahami
Nizar menandatangani surat sokongan itu pada 17 Disember, dan satu dua bulan
selepas itu kerajaan negeri Pakatan Rakyat dirompak Umno-BN.

IPOH, 9 Dis: Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.