Selasa, 28 Februari 2012

BADRUL AMIN RELA BERUNDUR DARI PKR

KUANTAN - "Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," kata Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrolamin Bahron.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok kelmarin.

Katanya, kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Badrolamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.

Terdahulu, Badrolamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya, Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak Jaip.

Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrolamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.

Badrolamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah
mengerjakan umrah bersama-sama.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrolamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

Sebelum itu, Mohd Ghazali dilaporkan berkata Badrolamin diminta tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes itu.

"Ia merupakan prosedur biasa dalam kes seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982," katanya.

Menurut laporan media, Badrolamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kolej.

Bagaimanapun Badrolamin dilaporkan menafikan beliau telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang untuk memerangkap serta mengaibkannya.

Beliau juga mendakwa dipukul lebih kurang 20 lelaki "ala samseng" pada pagi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum
menerima sebarang laporan berhubung kejadian Badrolamin dipukul. - Bernama

Isu Exco Kedah: 8 Exco selamat angkat sumpah jawatan


Isu Exco Kedah: 8 Exco selamat angkat sumpah jawatan
tranungkite

ALOR SETAR, 28 Feb: Lapan orang Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari ini di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Dua lagi exco dijangka akan mengangkat sumpah jawatan mereka selepas ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Sultan Kedah apabila Tuanku Sultan Kedah kini menjadi Yang Dipertuan Agung.

Azizan dalam sidang media sebelum ini berkata, hanya lapan Exco akan mengangkat sumpah jawatan hari ini manakala dua lagi dijangka mengangkat sumpah jawatan dalam majlis kedua, memandangkan tempoh lantikan bagi penggal 2011 hanya akan berakhir 7 Mac ini.

Azizan berkata, beliau sedia melantik semula semua exco Kedah yang ada sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya semalam memaklumkan, Presiden PAS telah mengarahkan agar kesemua 10 Exco Kedah dipilih dan dilantik semula.
Lapan yang mengangkat sumpah jawatan hari ini ialah Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Agama, Pelajaran dan Koperasi), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan).

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat) dan Abd Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan).

Tiga Exco dari PKR, Datuk S Manikumar (Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan)./HD 

Sabtu, 25 Februari 2012

SEPANDUK DI TEPI JALAN MENGUTUK ANWAR


"beluim jadi PM DAH SOKONG Israel,bila jadi PM,kedutaan Israel dibuka agaknya..PERJUANG ISLAM KONON...Pooodah!!!!!".Itulah yg tertulis pada gambar banner diatas.

Petang tadi,sedang ronda-ronda pergi ke Pekan Ayer Tawar,saya ternampak banner ini yg digantung dipersimpangan untuk ke Pantai Remis dan ke Kg. Paya Nibong Ayer Tawar Perak.

Sekali kita lihat maksud yg tertulis di banner ini adalah di tujukan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yg heboh diperkatakan oleh media-media perdana yg Anwar menyokong Israel.

Banner itu tidak tertulis pihak mana yg bertangungjawab tapi kita dapat lihat yg kuat mengutuk Anwar sekarang ini adalah UMNO/BN,adakah mereka punya banner ini...tak pasti lagi samada kerja mereka atau puak-puak yg lain..

MEI 2012. 360,000 HEKTAR TANAH FELDA DIMILIKI OLEH ORANG ASING DAN KRONI NAJIB

TRANUNGKITE
Oleh: mohdnoorawang


MEI 2012 Felda akan di Bursa Malaysia dengan nama FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING SDN.BHD (FGVH). Penyenaraian Felda dengan keluasan tanah 360,000 HEKTAR tanah Felda plantion dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.



Dasar kerajaan BN/UMNO bersama Najib Razak dan Isa Samad menghancurkan pemilik tanah Felda rata rata Melayu dan membuka dan terdedah kepada pasaran di Bursa malaysai adalah satu kesilapan yang besar dan merugikan kerajaan terutama peneroka felda dalam masa jangka waktu yang panjang. *****uh terbaik ialah DEB yang dilancarkan hampir 50tahun berlalu dengan tujuan untuk untuk mengadakn saham pemilik bumiputra. Namun terbukti tidak berjaya, berbellion ringgit malaysia saham bumiptra hilang atau dimiliki oleh orang asing atau orang bukan melayu.

Jika felda di Bursa Malaysia akan berlaku dan akan terjadi sama dengan sham saham milik bumiprta dalam DEB.

Akan berlaku seperti berikut:- Jika Felda di Bursa Malaysia

- BAHAYA KEPADA PENEROKA DAN PEMILIK TANAH BAKAL TERDEDAH KEPADA PASARAN TERBUKA.

- PEHAK ASING ATAU PEMILIK SAHAM MEMBELI SAHAM SAHAM PEMILIK DAN PENEROKA FELDA DAN BAKAL BERTUKAR PEMILIK ASAL

- RISIKO KEHILANGAN ASET ASAL PENEROKA SEKIRANYA PEMEGANG SAHAM MENJUAL SAHAM MEREKA.

- JIKA SAHAM FELDA NAIK MELONJAK DI PASARAN SAHAM PEMENGANG SAHAM ASAL AKAN JUAL SAHAMNYA.

- 99% TANAH PEMILIK ASAL BAKAL HILANG PEMILIK ASAL. BERLAKU SEPERTI SEKARANG HAMPIR 95% TANAH REZAB MELAYU DIBANDAR DAN PINGGIR BANDAR BERTUKAR YANG MILIK,

RISIKO PENEROKA AKAN DIUSIR CUKUP TERBUKA, NILA MANA PEMEGANG SHAM YANG TERBESAR BERKUASA UNTUK MEMBANGUN TANAH TANAH TERSEBUT.

Dengan tarikh BULAN MEI 2012 BERLAKU LAHI SATU SEJARAH HITAM DAN GERHANA KEPADA BANGSA MELAYU DAN PENEROKA FELDA. KEPUTUSAN DITANGAN PENEROKA FELDA JIKA KERANA WANG DAN SAYANG KEPADA NAJIB DAN ISA SOKONGLAH BN/UMNO.

Untuk rekod mimyak sawit Malaysia telah dijual dinegar haram Israel. Besar kemungkinnan dan peluang peniaga jutan Yahudi akan membeli saham felda atau FGVH satu waktu nanti. Tidak mustahil kerna minyak dinegara teluk dikuasai bangsa yahudi turun naik harga mimyak dunia.

Isnin, 20 Februari 2012

NEGARA ISRAEL - ANWAR SYUKUR MURSYIDUL AM PAS TERIMA PENJELASAN BELIAU

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu. 

Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian. 

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. 

"Alhamdulillah, pertemuan saya bersama Nik Aziz baik. Kita bukan sahaja membincangkan tentang soal Israel, tetapi mengenai Pakatan Rakyat (PR) juga. 

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz. 

Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ. 

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau. 

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin. 

"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis. 

"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya

JOM KE KUANTAN 26 / 02 /2012


Bantah Lynas: PAS kerah 10,000 ahli ke Kuantan
pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man.
Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub sendiri telah mengesahkan kehadirannya bagi mengetuai penyokong merekaPAS Pahang mengerahkan kira-kira 10,000 ahlinya dari semua 14 kawasan di negeri itu untuk turun ke demonstrasi membantah loji memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan Ahad ini.


"Saya juga mendapat berita bahawa ahli kita dari Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka turut memberi komitmen untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

"Tetapi saya tidak pasti jumlahnya," katanya, purata 1,000 ahli bagi setiap kawasan di Pahang akan hadir dalam perhimpunan tersebut.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga ketua penerangan PAS berkata, selain beliau, kepimpinan tertinggi PAS negeri turut hadir dalam perhimpunan itu.

Perhimpunan membantah kehadiran kilang itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.

NONEPAS T'ganu turut sokong
Perhimpunan kedua itu dijadual berlangsung di padang Majlis Perbandaran Kuantan pada 26 Februari mulai jam 9.30 pagi, di samping pelbagai lagi programserentak di beberapa bandar raya besar, termasuk Kuala Lumpur.

Selain disertai parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk NGO dan kumpulan mahasiswa.

Sementara itu kepimpinan PAS Terengganu juga akan hadir bersama-sama penyokong dari negeri itu, termasuk pesuruhjayanya Mohd Abdul Wahid Endut, yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu.

"Kita galakkan (ahli PAS negeri) pergi kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara.

NONE"Jadi kita bertindak (membantah) sebelum berlaku apa-apa (kemudaratan). Kalau dah berlaku, tak berguna," katanya ketika dihubungiMalaysiakini pagi ini.

Walaupun ia melibatkan isu nasional, Yahya menggesa penyokong parti itu dapat datang seramai mungkin, khususnya dari kawasan berdekatan Kuantan seperti Kemaman dan Dungun.

Sabtu, 18 Februari 2012

LAGI PROGRAM NAJIB DI PERAK


Semalam program bersama Perdana Menteri di Felcra Seberang Perak.Dato' Seri Najib telah hadir bertemu dengan hamba rakyat.sepertimana yg tertulis dalam templet yg tertulis diatas ini ada saguhati diberikan kepada peserta yg hadir,sejumlah RM20 ringgit.

Pelbagai bentuk saguhati berupa wang ringgit telah di beri kepada rakyat,dari BR1M yg kini ramai yg dapat RM500 sehinggalah saguhati yg diberi kepada mereka-mereka yg hadir ke program anjuran UMNO/BN.Itu sebab rakyat sudah tahu,bila pergi ke programUMNO mesti dapat duit...

Apakah misi Najib sehingga kerap kali datang ke Perak?,selepas Program di Parit Buntar,Jamuan tahun baru cina baru-baru ini di Sitiawan dan semalam di Felcra Seberang Perak dan selepas ini dimana pula Najib nk buat program.

Misi menawan Perak telah pun berjaya walaupun terpaksa membeli Wakil Rakyat pembangkang dan melanggar undang-undang akan tetapi mungkin ada agenda mereka yg tersembunyi,kita lihat sahaja sejauh mana kebekesanan program-program mereka terhadap sokongan rakyat yg semakin banyak mereka anjurkan kini.




Rabu, 15 Februari 2012

Teguran Nik Aziz sopan, berhemah - Anwar

HARAKAHDAILY
SUBANG JAYA, 16 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.

Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.

"Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

"Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin," tegasnya.

Tambahnya lagi, Umno Barisan Nasional tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.

"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.

"Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.

Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.

Selasa, 14 Februari 2012

Abdullah Ali sertai PAS tempelak buat Ahmad Said

Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penyertaan lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali (kiri) ke dalam PAS merupakan satu tempelak kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Ini ekoran menteri besar itu ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal minggu lepas, dilaporkan menuduh perjuangan PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan parti itu ‘parti ajaran sesat’. Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid (kanan) berkata, sikap terbuka Abdullah yang juga rakyat negeri itu menyertai PAS bukan sahaja membuka mata banyak pihak tetapi sekaligus memberi tamparan kepada Ahmad yang membuat tuduhan jahat itu. Katanya, bagi mereka yang berfikiran waras, tuduhan Ahmad yang juga pengerusi Umno negeri itu amat dangkal dan tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang menjadi ketua kerajaan negeri. Apa yang pasti, katanya, kemasukan Abdullah ke dalam PAS merupakan tempelak terhadap tuduhan celupar Ahmad Said kepada PAS yang tidak masuk akal.

Abdullah, 57, menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas yang diadakan di JKR 10, Kota Bharu, semalam. Anak kelahiran Bukit Payong itu mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam. Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu. “Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya. “Kenyataan Abdullah itu jelas menerima PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam,” kata Muhyiddin ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau adalah antara kepimpinan PAS Terengganu yang turut hadir pada majlis itu selain timbalan pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Abdullah yang dianggap pakar tendangan sudut melengkung, inswinger adalah antara penyerang pasukan negara pada Sukan Olimpik Munich, Jerman Barat pada 1972. Dalam perlawanan pembukaan yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen hitam putih ketika itu, Malaysia berjaya mengikat Jerman Barat 0-0 selama 60 minit sebelum bolos 0-3. Selain Abdullah, tonggak serangan pasukan negara dibarisi oleh Shaharuddin Abdullah dan Salleh Ibrahim. Pemain lain ialah Wong Kam Fook (penjaga gol), Namat Abdullah, Shukur Abdullah, dan Soh Chin Aun. Jerman Barat diketuai oleh Uli Honess, seorang pemain profesional. template joomla Iklan Teks

Ahad, 12 Februari 2012

Bagaimana mahu menghentikan budaya samseng

Monday, February 13, 2012UMPORNO?
SINI Adakah golongan samseng yang melacurkan diri di Jalan Kebun dan Pandamaran dari golongan yang sama? Wakakak !!! .... Orang di sana tentunya tahu. Jarak jalan kebun dan Pendamaran tidak jauh. Mungkin 15 kilometer saja. Orang Teluk Gong mungkin tahu. Kekekek !!! Gimana mahu hentikan budaya samseng ini? Gi Putrajaya ! .. Selesai masalah.

Sabtu, 11 Februari 2012

Kalau Zaid Ibrahim Masuk PKR Saya Keluar!

Posted by ibrahimbaba in Anwar, politik. Bang! Meja dihentak oleh Azmin Ali selepas mengatakan bahawa beliau akan keluar parti jika Zaid Ibrahim dibawa masuk semula ke dalam PKR. Ini sebagai membantah ucapan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Biro Politik parti baru-baru ini. Sebelum 901, Zaid dilaporkan telah memohon maaf dengan Anwar dan menyatakan hasratnya untuk sedia kembali ke pangkuan PKR. Zaid dikatakan menyatakan sendiri hasratnya kepada Anwar ketika 901. Maka dalam mesyuarat biro politik parti Anwar memaklumkan kepada semua yang hadir dalam mesyuarat akan hasrat Zaid. Azmin yang duduk sebelah Anwar bingkas membantah Anwar sambil menghentak meja. Dalam ketakutan, Anwar terus mengalih kepada perbincangan lain bagi mengelak suasana menjadi keruh. Ada cakap-cakap di kalangan pimpinan PKR bahawa, Zaid ingin “mereka” [IB mungkin dedahkan siapa "mereka" ini] bawa masuk kembali ke dalam PKR bagi mengimbangi pengaruh Azmin yang melampau dalam parti dan terutamanya terhadap Ketua Umum parti sendiri. Tanggapan ini telah terbukti dengan apa yang berlaku di hadapan mata mereka semua dalam mesyuarat tersebut. Dan terbukti Anwar amat takut dengan Azmin. Sekian, IB

Isnin, 6 Februari 2012

Kerusi Untuk Zaid, Tragedi Ibrahim Ali Boleh Berulang

Dari Tranungkite

Oleh: laniismaa

"

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Memetik kenyataan dari Mohamad Sabu, akhbar milik Umno itu berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.
“Itu kita akan bincang, saya tak kata ‘no’ atau ‘yes’, kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan,” katanya.



Zaid sebelum ini dilaporkan akan membubarkan Parti KITA melalui mesyuarat agung yang akan diadakan. Namun ia ditentang oleh beberapa pemimpin parti KITA yang lain.

Pengulas politik terkenal saudara MSO Merah Tinta berkata Zaid diibarat seperti cerita wanita tua yang memintal benang kemudian merombak semula dan diulang-ulang sehingga tidak berkesudahan. Begitulah Zaid Ibrahim, kata MSO. Kena buang, lompat parti, masuk parti, buat parti dan kini bubar parti.

Kalau PAS ingin memberikan kerusi kepada Zaid Ibrahim, tragedi Ibrahim Ali boleh berulang dengan sikap Zaid yang tidak jauh bezanya dengan Incik Ibrahim Ali. Kalau ingin diberikan kerusi Kota Bharu kepada Zaid, apa pula kata orang PAS Kota Bharu dan juga Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Tak perlulah berbaik sangka pula kepada Zaid kali ini. Janganlah pisang berbuah dua kali. Kalau ingin berikan juga kerusi, berikan kerusi Parlimen Gua Musang untuk ditandingi Zaid. Biar dia lawan Ku Li, baru kita puas hati. Takkan nak biarkan dia merasa yang mudah sepanjang masa!!

Ceramah Isu Semasa Di Bota Kiri


Ceramah Isu Semasa bertempat di Rumah Ketua Cawangan PAS Kampung Aji,Bota Kiri malam ini.Penceramah YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan.semua dijemput hadir..

Sabtu, 4 Februari 2012

SIAPA SELEPAS ABDUL HADI AWANG?

Oleh Jurtera Muda
Apabila ada ura-ura Presiden PAS sekarang mahu mengurangkan peranan beliau dalam PAS dengan tidak bertanding di DUN atau Parlimen atau bertanding satu kerusi saja, orang-orang politik khasnya ahli-ahli PAS yang peka dengan kepimpinan parti,  terus membayangkan, SIAPA PENGGANTI PRESIDEN.
Begitu juga apabila Nik Abdul Aziz selalu sakit dan orang banyak memperkatakan pengunduran beliau, lantas ahli-ahli PAS terus tertanya-tanya, siapa pengganti beliau?

Adakah salah membincangkan siapakah pengganti ketua sesuatu organisasi? Atau ahli-ahli PAS sentiasa tertutup minda dan media mereka daripada membicangkan kepimpinan parti?

Selalunya pengganti ketua sesebuah pertubuhan itu akan disandang oleh timbalannya kerana timbalannya ini telah banyak mewarisi dan menerima tunjuk ajar daripada bossnya. Orang akan melihat karisma timbalannya. Orang akan melihat kelakuan dan penerimaan menyeluruh timbalannya. Orang akan melihat sejauh mana masyarakat antarabangsa (khususnya parti yang sehaluan) menghurmati timbalannya.

Kita percaya, ahli PAS sangat menyayangi Presiden mereka sekarang ini. Presiden sekarang inilah ynag telah mentarbiyyah mereka. Presiden sekarang inilah yang telah menerima berbagai kerenah dan mehnah politik. Presiden yang sekarng inilah yang menjadi sasaran UMNO dan medianya. Presiden sekarang inilah yang telah menyertai  semua demontrasi besar bersama-sama pimpinan PR yang lain.

Apabila Presiden PAS menyuarakan tidak mahu bertanding dalam pilihanraya, itu tidaklah mengejutkan ahli-ahli PAS yang prihatin. Sebelum ini pun, Ustaz Abdul Hadi pernah menyuarakan bahawa tidak ada makna nya kita menang kalau Islam tidak ditegakkan. Beliau juga pernah menegaskan, kita rela kalah kalau Islam yang kita ketengahkan dan cuba dilaksanakan itu tidak diterima oleh rakyat. Ternyata Ustaz Abdul Hadi sedia mengurbankan dirinya untuk kepentingan Islam.

Yang gelisah dan gelabah dengan kenyataan Presiden ialah mereka yang merasakan agenda mereka belum lagi tercapai. Mereka bukan mahu mendaulatkan Islam tetapi mereka mahu memperalatkan PAS untuk idealisma mereka.

UMNO telah menggunakan alim ulamak dalam memerdekakan Tanah Melayu, apabila Tanah Melayu merdeka, alim ulamak tadi ditinggalkan ditepi jalan, lansung tidak dihiraukan pandangan mereka. Ulamak-ulamak digunakan untuk kepentingan mereka tapi buka untuk mendaulatkan Islam. UMNO pernah menggunaka isu perpaduan Islam dalam menangani peristiwa 13 Mei, mendorong PAS menyertai Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan kemudian menjadi Barisan Nasional dengan disertai bersama oleh GERAKAN dan parti-parti di Sabah dan Serawak. Setelah UMNO kuat semula, PAS ditendang daripada BN malah kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS selama 20 tahun dirampas oleh BN. Diwaktu inilah berkumandang daripada ahli-ahli PAS, mahukan PAS berubah kepada kepimpinan ulamak. Diantara pemimpin yang ditonjolkan ialah Ustaz Fadhil Mohd Nor dan Ustaz Abdul Hadi Awang.

Mutaakhir ini pula PAS telah bersetuju untuk mengadakan tahaluf siasi. Tahaluf siasi bermakna PAS mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain bagi mendaulatkan Islam, dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak. Maka terjadilah kerjasama antara PAS, PKR dan DAP yang dinamakan Pakatan Rakyat. Siapakah yang dominan dalam pakatan ini bukanlah yang menjadi persoalannya. Yang menjadi persoalannya yang sebenar ialah, apakah persediaan dan aturgalur strategi PAS dalam memastikan Islam itu dapat didaulatkan? Ini sudah tentulah memerlukan pimpinan yang berwibawa, yang mampu mengketengahkan idea-idea Islam yang boleh diterima semua pihak dalam Pakatan. Pimpinan yang mengelilingi Preiden PAS mestilah pimpinan yang dapat menyumbang idea bagi membantu atau mewakili presiden dalam segala peracangan,  perbincangan dan tindakan yang bersesuaian dengan syariat Islam itu sendiri...

Dalam hal inilah penulis percaya, Presiden PAS mahu melontarkan idea kepada ahli-ahli agar pemilihan pimpinan akan datang adalah satu perkara penting yang patut difikirkan secara serius oleh perwakilan, terutama jawatan nombor satu hingga jawatan nombor lima dalam kepimpinan parti. Jadi siapakah yang akan menggalas amanah Presiden PAS selepas Ust. Abd. Hadi Awang? Atau ada team yang telah melobi dan berkempen secara senyap bagi menjatuhkan Ust. Abd. Hadi Awang? Atau apakah ahli-ahli PAS terlalu takut menyuarakan pandangan mereka demi kebaikan parti?

Penulis percaya hingga pilihanraya ke 13 ini, ahli-ahli PAS masih lagi memendamkan apa yang terbuku dihati mereka. Keputusan pilihanraya ke 13 adalah amat penting bagi PAS. Adalah dijangkakan PAS akan mengalami perubahan drastik dalam kepimpinannya, jika keputusan pilihanraya ke 13 berkeadan nagetif......

Gadafi lebih hebat daripada Pakatan Rakyat


Gadafi lebih hebat daripada Pakatan Rakyat
tranungkite
Oleh: MERONG
Tranugkite
"Penyokong PR sudah terkena badi yg baru. Jika dahulu jika disebut UMNO/Najib/Rosmah… melompat depa nie. Sekarang jgn disebut Aqidah……meracau habis puak-puak PR . Sebut Aqidah….kamu nie penyokong HA., “Third Forces”.

Gamaknya ulama-ulama mahsyur dan wali-wali Allah dahulukala….…golongan THIRD Forces agaknya.Ustaz –ustaz yg dok mengajar bab Aqidah kena standby kurangkan sebut perkataan Aqidah. Takut kuliah agama bertukar jadikuliah sumpah seranah.


Tapi bagi aku..peduli apa sumpah seranah puak-puak nie…yg penting sebut Aqidah bukan termasuk dalam perkara Syubhat pun.Kefahaman Aqidah adalah tuntutan yg tertinggi (perkara pokok) untuk difahami/dihayati/dikuasai Awalludin Makrifatullah—(awal agama mengenal Allah),
Kalimah Lailahaillallah – nabi perjuangkan dari khemah ke khemah. N
i perkara pokok kemudian barulah mai perkara-perkara cabang-> bab amalan, hudud, kebajikan, keadilan…… Sebut pasal politik…cuba try test market  Topik mana yg dapat menarik perhatian audience. Aqidah atau Materialism?
Yg hampa dok berkelahi sakan dgn UMNO ni majoritinya semua pasal tak puas hati bab materialism. Bab hudud walaupun ada tapi tak sepanas bab materialism. Bila bercakap bab perjuangan materialism nie cuba hampa tengok sumbangan Gaddafi KPD RAKYATNYA……aku rasa dia lagi hebat drpd manifesto PR………BR1M BN tu jauh tinggal tiang la: 
1. Elektrik & Air Percuma untuk unit kediaman

2. 1 liter petrol bersama 0,08 EURO( 5 KUPANG)

3. TIADA CUKAI, PERCUMA

4. Pelajar yang belajar di luar negara menerima gaji 1627 Euro

5. Setiap pelajar yang tamat pengajian akan mendapat gaji sehingga dia mendapat kerja

6. Setiap keluarga Libya mendapat 300 Euro setiap bulan selagi mereka berdaftar

7. Pasangan yang baru berkahwin akan menerima tanah berkeluasan 150 meter persegi bagi tujuan pembinaan rumah kediaman

Tapi walau Gaddaffi hebat dlm perjuangan materialismnya….perjuangan Aqidahnya tersasar krn beliau adalah Syiah (tunggu puak syiah tibai aku pulak). Akhirnya 
Allah membangunkan rakyatnya menjatuhkan beliau walau bukan atas sebab Aqidah. 
Atas keinsafan itulah perjuangan demokrasi di Malaysa ini perlu seimbang…perjuangan mempertahankan Aqidah Islam dan Materialsm perlu selari…. Ni tidak..bila sembang bab kacau bilau Dajjal, Panji Hitam, ahlul bait, khalifah..….dah melompat…tak faham bab rukun iman yg keenam ka? ---Percaya kpd Hari Kiamat .
wallahualam
"