Isnin, 6 Februari 2012

Kerusi Untuk Zaid, Tragedi Ibrahim Ali Boleh Berulang

Dari Tranungkite

Oleh: laniismaa

"

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan PAS sedia menawarkan kerusi parlimen untuk ditandingi Datuk Zaid Ibrahim bagi mewakili parti itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Memetik kenyataan dari Mohamad Sabu, akhbar milik Umno itu berkata timbalan presiden PAS itu akan berbincang mengenai tawaran kepada presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) jika ada permohonan dalam parti ataupun daripada Zaid sendiri.
“Itu kita akan bincang, saya tak kata ‘no’ atau ‘yes’, kalau ada permohonan sama ada daripada dia atau sesiapa, kalau tidak ada permohonan maka tidak adalah perbincangan,” katanya.



Zaid sebelum ini dilaporkan akan membubarkan Parti KITA melalui mesyuarat agung yang akan diadakan. Namun ia ditentang oleh beberapa pemimpin parti KITA yang lain.

Pengulas politik terkenal saudara MSO Merah Tinta berkata Zaid diibarat seperti cerita wanita tua yang memintal benang kemudian merombak semula dan diulang-ulang sehingga tidak berkesudahan. Begitulah Zaid Ibrahim, kata MSO. Kena buang, lompat parti, masuk parti, buat parti dan kini bubar parti.

Kalau PAS ingin memberikan kerusi kepada Zaid Ibrahim, tragedi Ibrahim Ali boleh berulang dengan sikap Zaid yang tidak jauh bezanya dengan Incik Ibrahim Ali. Kalau ingin diberikan kerusi Kota Bharu kepada Zaid, apa pula kata orang PAS Kota Bharu dan juga Yang Dipertuanya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.

Tak perlulah berbaik sangka pula kepada Zaid kali ini. Janganlah pisang berbuah dua kali. Kalau ingin berikan juga kerusi, berikan kerusi Parlimen Gua Musang untuk ditandingi Zaid. Biar dia lawan Ku Li, baru kita puas hati. Takkan nak biarkan dia merasa yang mudah sepanjang masa!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan