Jumaat, 9 Disember 2011

Jeti Lumut di tangan orang asing dipersoal

Harakahdaily
IPOH, 9 Dis: Tindakan kerajaan Perak membenarkan sebuah syarikat asing memiliki jeti di Lumut telah diselar oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan samada Menteri Besar mereka Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (gambar) berada di pihak mereka ataupun di pihak firma asing.

Menurut blog ‘say no to Vale International’, kerajaan Perak tidak seharusnya meletakkan jeti Lumut di bawah syarikat Brazil, Vale International yang bakal menggunakan jeti tersebut untuk menerima dan menghantar keluar jumlah hasil bijih besi yang banyak.

Dakwaan Satu Masjid : Alhamdulillah PAS Tidak Pernah Bina Satu Kasino dan Kilang Arak Pun!

Khamis, 08 Disember 2011 17:10 Webmaster DUPP
E-mailCetakPDF
Kuala Lumpur, 8hb Dis 2011. Umat Islam khususnya orang Melayu diseru bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sepanjang pemerintahan PASdi Kelantan dan Terengganu (1999-2004), PAS bukan sahaja tidak pernah membina kasino dan kilang arak bahkan tidak terdetik di sanubari PAS untuk merestuinya. Apa yang orang Islam khususnya orang Melayu saksikan kewujudan Pusat Judi Genting dan Kilang Arak di negara ini adalah hasil daripada kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Umno.

Adakah PAS mampu tegak Islam dalam Pakatan Rakyat?

Nasrudin Hassan
Maafkan saya teman kerana agak lembab menjawab beberapa soalan yang dikemukakan semasa forum Politik dan Mahasiswa di UIAM tempohari sedang saya telah berjanji untuk menjawabnya. Maklumlah, apabila sudah tidak berada dalam majlis, ada sahaja perkara yang melengahkan saya untuk menjawabnya. Kini ada satu lagi soalan yang masih belum terjawab. Soalan kelima !

Soalan tersebut ialah : Apakah PAS Mampu Tegakkan Islam dalam Pakatan Rakyat ?

1. Saudara , perjuangan PAS bukan lagi berusia setahun jagung. Malah PAS telah berpengalaman luas dalam Kerajaan Campuran di zaman Perikatan. Berpengalaman di zaman Angkatan Perpaduan Ummah juga di zaman Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat. Sepanjang tempoh itu, PAS tidak pernah lekang biarpun seketika cuma dari dasar perjuangan yang telah mendarah daging iaitu Islam.