Selasa, 3 April 2012

Bersih 3.0 diteruskan 28 April dengan 'Duduk Bantah'

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu berkata perhimpunan berkenaan akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah.'