Sabtu, 8 Mac 2014

Pesawat MH370 hilang.......




Seawal pagi tadi saya terkejut semasa bukak laman Facebook,terbaca cerita tentang kapal terbang hilang.Saya ikutilah cerita kapal terbang mana yg hilang tu,rupa-rupanya jam 8.00 pagi barulah heboh dalam berita astro awani tentang pesawat MH370 Malaysian Airlines yg dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing China telah terputus hubungan dengan menara kawalan sekitar jam 2.40 pagi tadi.Pesawat tersebut berlepas dari KLIA pasa 12.41 pagi dan dijangka tiba pada 6.30 pagi waktu China.Pesawat itu dikendalikan oleh  Kapten Zahari Ahmah Shah yg sudah berkhidmat dengan MAS sejak 1981 dan pegawai pertama Fariq Abdul Rahman yg sudah berkhidmat dengan MAS sejak 2007.



Tapi sehingga sekarang masih lagi belum ditemui pesawat yg hilang itu yg hilang itu,pelbagai spekulasi didalam media-media sosial,bloggers dan sumber-sumber maklumat dari luar negara menyatakan pelbagai cerita tentang nasib pesawat malang tersebut dan nasib penumpang seta anak kapal MH370.Pesawat dinaiki oleh 227 penumpang dan 12 anak kapal.




Sehingga ke masa kini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bersama dengan beberapa lagi negara jiran Vietnam,Thailand,Filipina dan turut serta China.Memang pelbagai sumber maklumat keluar dalam laman sosial dan bloggers tapi tidak dapat membantu dalam misi pencarian,hanya bagi umat Islam dengan Doa dan Solat Hajat memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa.


Walau apa pun belaku telah ditentukan oleh Yg Maha Kuasa,apa lagi daya kita manusia biasa ini.hanya doakan agar dipermudahkan segala urusan pencarian dan menyelamat.Walau sehebat mana pun sistem teknologi masa kini,hebat mana pun sistem penyelengaraan pesawat walaupun yg terbaik didunia,kuasa Allah jua mengatasi segalanya.saya mengucapkan takziah kepada kaum keluarga mangsa yg terlibat dan banyakkanlah bersabar menempuh ujian dari Tuhan.