Kerajaan BN masih berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka,sekarang ini pelbagai cara mereka gunakan untuk mengambil hati rakyat;terbaru diberitakan ada Cawangan-cawangan UMNO di Perak bawa orang kampung rombongan ke Melaka dan beberapa negeri lagi.
Apabila UMNO menganjurkan rombongan sebegini,ada setengah orang bertanggapan bahawa pihak telibat dalam rombongan ini iaitu orang-orang kuat UMNO akan mengaut keuntungan dalam rombongan tersebut.Bukan nak dengki cawangan UMNO buat rombongan tetapi orang berkata-kata disana sini mengenai sesuatu aktiviti anjuran UMNO,mereka akan kata "orang kuat-kuat UMNO banyak le dapat untung,aktiviti tak seberapa sangat kosnya".Yg berkata begitu bukan orang PAS ke PKR ke atau DAP,tetapi dari puak-puak UMNO juga.Rombongan itu juga banyak disertai oleh geng-geng atas pagar.
Bukan nk ulas panjang lebar tentang rombongan itu,tetapi nk diwar-warkan pada tanggal 28 April ini BERSIH 3.0 akan kembali diadakan dengan slogan "DUDUK BATAH".
Macam biasalah UMNO akan bertindak sepertimana BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0 yg telah berjaya mengumpul bukan ratusan rakyat sepertimana yg di war-warkan oleh media pro UMNO tetapi puluhan ribu yg hadir,itu yg amat ditakuti oleh UMNO/BN.
Apa pula kaedah yg akan mereka gunakan kali ini untuk menyekat kemaraan rakyat,kita lihat nanti bagaimana perhimpunan yg sudah tentu diadakan dengan aman tapi diganggu keamanan tersebut oleh rejim-rejim upahan UMNO/BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan