Masyarakat Parit 12 dan 13 di Titi Guntung dikejutkan dengan satu pesta gila penuh dengan tarian, antara lelaki dengan pondan dan perempuan dan sesama lelaki ynag diiringi oleh sebuah kugiran tanpa nama. Pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk daerah berhampiran telah memenui kawasan lapang tempat pekan hari khamis, di depan sebuah kedai kopi. Beberapa penyanyi wanita yang seksi menjadi penyanyi dan pengacara majlis.
Penduduk tempatan telah mengadu kepada polis dan Jabatan Agama Islam Daerah, tetapi kedua-dua agensi ini tadak dapat berbuat apa-apa!!!!! Mereka datang dan balik begitu saja. Malah sebuah landroover polis dengan beberapa anggotanya, melalui jalan yang dipenuhi dengan pemuda-pemuda dan pondan yang sedang menari tanpa mengambil sebarang tindakan.
Penulis sempat datang ke tempat tersebut dan melihat sendiri beberapa orang RELA, mengawal keadaan bersama beberapa orang polis. Penulis juga melihat tarian liar dengan iringan sebuah kugiran, sedang berpesta dan beberapa daripada mereka sedang mabuk. Malah ada yang kepanasan dan membuka baju-baju mereka saambil menari dan bersorak sorai. Di atas motor pula beberapa pasang lelaki perempuan sedang berpelukan dan bercumbu di khalayak ramai. Sebuah kereta hitam yang dinaiki oleh beberapa orang pengatkuasa Agama dari Seri Iskandar dan sebuah landroover polis juga melalui kawasaan tersebut tanpa berbuat apa apa!!!!!
Kelihatan beberapa orang memakai lebai juga macam terpinga-pinga dengan kejadian luar biasa yang sedang berlaku di hadapan mereka.
Bau arak, rokok dan peluh menyelungi suasana. Sehingga jam 1 tengah malam tadi, pesta maksiat gila tersebut terus berjalan tanpa sebarang tndakan dari pihak yang berkuasa.. Adalah difahamkan daripada perbualan dengan beberapa pengunjung bahawa pesta ini sering diijalankan, berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Pengumuman juga dibuat bahawa pesta gila ini akan diteruskan di Batu Gajah dan di Ayer Tawar dan meminta semua hadir kemajis tersebut pada tarikh yang diumumkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan