BUKTI BN JOHOR DALAM BAHAYA!!! Presiden MCA bertanding di Batu Pahat?
Tindakan Barisan
Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di Batu Pahat akan menguatkan
lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat merampas Parlimen ini.
“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN
Batu Pahat bersedia pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti
Barisan Nasional.
“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN
Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu
lalu.
Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno
ditolak sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan
Malaysia secara amnya.
“Ia mengesahkan
keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi
pelbagai kaum di Batu Pahat.
“Pengundi Cina
di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak terpengaruh dengan rekod
wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil pendirian yang konsisten mengenai
perlunya ada reformasi yang menyeluruh di dalam negara,” kata Syed Hamid
Ali.
Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan
pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang
bangsa.
“Jentera
KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di
bawah 30 tahun.
“Ini menguatkan
lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang Pakatan Rakyat di Batu Pahat
adalah baik. tidak kiralah calon atau parti Barisan Nasional mana yang
bertanding,” Syed Hamid optimis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan