Khamis, 13 Oktober 2011

MEDIA OH MEDIA....SEMUA DIORANG PUNYA!!!!!


Media di negara ini telah dikuasai oleh pemerintah sekarang iaitu UMNO / BN.RTM dan TV3 adalah agen BN yg utama memaparkan dakyah-dakyah UMNO/BN.Itulah yg telah belaku dulu dan kini,tidak sepertimana negara-negara yg lain media adalah bebas pada parti pemerintah ataupun parti-parti pembangkang.Malaysia nama saja negara demokrasi tapi dalam kebebasan media tiada,banyak pula disekat dan dikontrol oleh kerajaan.Tiada kebebasan untuk rakyat menyuarakan isi hati rakyat kepada pemerintah.

Bukan baru lagi tapi telah lama dah,rakyat masih tidak putus asa untuk dapatkan maklumat.Itulah yg telah Pakatan Rakyat buat kini dengan menyebarkan berita atau maklumat didalam media-media yg baru seperti bloggers,facebook,twitter dan sebagainya lagi.Pakatan Rakyat juga giat mengadakan seisi ceramah,aktiviti kemasyarakatan,forum dan lain-lain lagi.Itu sajalah yg boleh dilakukan akan tetapi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin bertambah dan membuatkan UMNO/BN semakin gudar dan hilang kepacayaan rakyat.

Dapat kita lihat sendiri dinegara lain,parti pembangkang boleh berkempen didalam TV tanpa ada sekatan dari kerajaan,itulah negara lain yg lebih baik sistemnya dari negara sendiri,pada kita biarlah ditempat sendiri lebih bagus seperti kata-kata hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.Tapi di negara sendiri demokrasi hanya pada kata-kata sahaja.Ternyata palsu belaka.

Rakyat dah muak dengan kempen UMNO/BN setiap hari dalam TV yg hanya menceritakan dan memegahkan usaha dan kebaikan yg telah mereka buat kepada rakyat akan tetapi disebalik itu kerajaan BN menikam rakyat dari belakang dengan pelbagai cara iaitu dengan harga minyak naik yg membawa kepada naiknya harga barang keperluan yg lain.Hanya dengan harga minyak saja yg naik cukup membebankan rakyat,tetapi didalam TV mereka kata negara kiat ini minyak masih murah tidak seperti negara lain seperti Singapura,Thailand dan negara-negara lain yg disebut-sebut oleh mereka pemimpin BN.Kita jangan bangdingkan dengan negara tersebut kerana mereka tidak mengeluarkan minyak dan hanya mengimport minyak untuk keperluan rakyat mereka,itu sebab harga dinegara itu mahal.Kerajaan tidak sebut pun harga minyak dinegara-negara pengeluar minyak,kerana dinegara tersebut harga minyak dijual murah dan tidak membawa kepada bebanan kepada rakyat,itulah satu pembohongan yg telah mereka buat kt media-media TV dan akhbar-akhbar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan