Khamis, 20 Oktober 2011

ROSMAH GANTI IMELDA

Dikala rakyat sedang mengikat perut akibat tekanan hidup dan kemiskinan,dikala itu jugalah isteri Perdana Menteri Malaysia Rosmah mansur bermegah-megah dan memboroskan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Ingatkah kita pada Imelda Marcos,bekas wanita pertama Filipina satu ketika dahulu yg mana kita tahu Filipina sebuah negara yg tarafnya sama dengan Malaysia.Namun negara itu hancur kerana korupsi dan pembaziran yg tidak terbendung malahan lebih cepat hancur disebabkan wujudnya wanita pertama serakus Imelda.


Ketika rakyat dalam kesusahan,Imelda berbelanja mewah,akhirnya kesedaran rakyat terhadap apa yg belaku dan rakyat bangkit menentang rejim Marcos,sehinggalah Imelda dan suami hidup dalam buangan.Beberapa faktor kejatuhan rejim Marcos seperti penipuan dalam pilihanraya,pengurusan negara yg telalu lemah akan tetapi punca yg paling utama sekali ialah Imelda si wanita pertama itu yg hidup mewah dengan duit rakyat.

Kini di Malaysia pekara yg sama telah belaku dimana Imelda Rosmah sebagai perganti Imelda Marcos.Yg paling glamour sekali cerita Imelda Rosmah adalah pembelian cincin bernilai RM24.45 Juta.Belum lagi belanja lawatan rasmi rosmah ke luar negara 2008-2011 RM17 juta,kos selenggara rumah rasmi Seri Perdana RM10 juta setahun dan bermacam-macam lagi pengunaan duit rakyat yg terlampau oleh Imelda Rosmah sejak akhir-akhir ini.Ingatlah janganlah negara kita jadi seperti Fili
pina akibat kerakusan seorang wanita pertama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan