Ahad, 2 Oktober 2011

BILA PRU KE 13 DIADAKAN?

Adakah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan diadakan dalam masa terdekat ini?..banyak pihak masih tertanya-tanya akan pastikah belaku PRU itu...ianya masih menjadi tanda tanya bagi banyak pihak termasuk ahli-ahli UMNO BN diperingkat bawahan.Hanya yg tahu bilakah akan belaku PRU itu ialah Najib PM kita saja.banyak maklumat yg telah kita dengar dari pihak UMNO mahupun dari PAKATAN RAKYAT,misalnya terlalu banyak program telah di buat oleh UMNO untuk menarik sokongan terhadap mereka,baru-baru ini dapat kita lihat banyak sekali jamuan Hari Raya telah diadakan dimana-mana sahaja anjuran UMNO,dari yg jamuan besar sehinggalah jamuan kecil-kecil yg diadakan di kampung-kampung.Bukan sahaja dibuat di balai raya tetapi mereka mengunakan sekolah untuk majlis jamuan tersebut.


Ada diantara penganalisa politik meramalkan PRU ke 13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini kerana faktor isu politik yg sedang hangat diperkatakan dalam media-media diseluruh negara yg membawa kepada kelemahan UMNO / BN.Disamping itu masalah dalaman UMNO itu sendiri.Itu adalah ramalan dari sesetengah penganalisa politik.

Dari segi faktor yg lain pula,kita dapat lihat kempen UMNO BN yg telah mereka buat dalam media-media pro mereka,hari-hari menghentam PR terutama sekarang ini yg menjadi mangsa ialah PAS dan DAP dengan memainkan isu hukum Hudud.Inilah cara yg mereka gunakan untuk melemahkan PR.Walaubagaimanapun kita lihat hetaman demi hentaman terhadap PR,tetapi PR masih kuat dan kerjasama diantara PAS,DAP dan PKR masih tidah tergugat.

Disini juga dapat kita lihat salah faktor-faktor lain bahawa PRU akan diadakan dalam masa terdekat ini ialah gula-gula untuk rakyat yg akan dibentangkan didalam Baget 2012.Baget hanya sebagai kata-kata sahaja tetapi pelaksanaanya belum pasti lagi.Sepertimana Baget-baget yg terdahulu,bukan semua janji-janji dari mereka di tunaikan.

Pemilihan UMNO belum diadakan,sekiranya dibuat pemilihan UMNO dahulu baru PRU,takut nanti ramai yg tidak akan bekerja keras untuk UMNO kerana mereka-mereka yg kecundang dalam pemilihan itu akan memboikot atau tidak mahu campur lagi dalam urusan parti,sebabnya ini telah belaku dahulu.

Walau apa walau kenapa pun,tarikh sebenar PRU masih lagi belum dipastikan bila.Hanya najib dan ALLAH TAALA sahaja yg tahu.Banyak faktor atau sebab yg boleh diperkatakan PRU ke 13 itu belaku bulan 11 ini ataupun tahun 2013 nanti dimana tempoh Parlimen sebenar tamat.Rata-rata orang ramai banyak memperkatakan tentang PRU ke 13 sekarang ini,hanya yg dapat kita katakan hanyalah tunggu dan lihat tapi persediaan itu haruslah dibuat dari sekarang bagi menghadapi sebarang kemungkinan belakunya pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan  Negeri (DUN).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan