Ahad, 9 Oktober 2011

PERISTIWA DI KALA SENJA HINGGA KE MALAM

 Apabila senja mula mendatang,dikala itu jua lah dapat kita lihat dimana manusia yg ingat pada Allah akan hadir ke Masjid atau Surau untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah.Akan tetapi dikala itu jugalah ada segelintir manusia yg masih melepak di kedai-kedai kopi tidak menghiraukan suara azan yg memberitahu supaya kita tunaikan seruan dari Allah Taala.

 Semacam sudah menjadi tradisi disetiap tempat keadaan seperti itu belaku,kadangkala mereka duduk bersembang sehinggalah azan Isyak berkumandang dan ada yg sampai tengah malam.Itulah yg terjadi kini apabila orang islam sudah tidak hiraukan lagi suruhan tuhan dan suka buat tak tahu sahaja,difikiran mereka itu ada teringat,"aku ni lambat lagi nak mati,dah tua nanti barulah nk bertaubat".Itu kata golongan muda tetapi yg tua-tua yg tidak bersolat pula apa kata mereka?.Mungkin kata mereka "aku ni sihat lagi lambat lagi nak mati jadi biarlah aku enjoy dulu,kalau dah sakit barulah aku taubat".Itulah ayat-ayat yg bermain dalam jiwa mereka.


 Dapat juga kita lihat sekarang bila tiba senja mereka bukan sahaja yg muda tetapi yg berusia warga emas keluar ke pusat hiburan,kedai-kedai tempat dimana mereka boleh dapatkan arak atau tuak untuk jadi minuman dan hiburan waktu malam hari.Pekara ini bukan baru lagi tetapi sejak sekian lama belaku.Apa sudah jadi dengan bangsa melayu yg agamanya islam,sudah tidak takut dengan tuhan dan merasakan dunia ini akan menjadi syurga mereka.

 Disudut yg lain pula dapat dilihat anak muda dan golongan veteran ini menghabiskan wang ringgit dengan berjudi,mereka menghabiskan masa malam mereka di pusat perjudian dengan bermain jackpot.Ada diantaranya habis ribuan ringgit dan paling sedikit pun ratusan ringgit.Apabila kalah menyesal tapi malam esoknya cuba lagi dan lagi dan lagi.Itulah fenomena yg belaku sekarang ini,yg rata-ratanya adalah orang islam yg suka main jackpot ini.

 Inilah yg belaku akhir zaman ini apabila umat islam tiada kekuatan agama dalam jiwa mereka.Sanggup menghabiskan wang dengan pekara-pekara yg haram ini.Ini ada hubungannya dengan pemerintah sekarang yg tidak mengambil apa-apa tindakkan terhadap tempat judi ini.Inilah yg belaku bila pemerintah sekarang tidak melaksanakan pemerintahan islam yg sebenar dan masih mengikut sistem undang-undang penjajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan