ANCAMAN TANPA SEDAR TERHADAP ISLAM
MAQASID SYARIAT DALAM MEMILIH PEMIMPIN
Satu teori asas dalam ilmu maqasid syariat adalah dhoruriyat al-khams.
Iaitu susunan prioriti dalam ajaran Islam.
Bahawa keseluruhan syariat Islam (wajib haram halal harus) ini
ditetapkan oleh Allah bagi menjaga 5 perkara, mengikut tertib:
1. Agama
2. Nyawa
3. Akal
4. Maruah/keturunan
5. Harta
Jika ada pertembungan antara kelima-lima terbabit, maka yang diatas
perlu didahulukan dari yang bawah. Menjaga agama lebih penting dari menjaga
nyawa. Menjaga maruah lebih penting dari menjaga harta dan begitulah
seterusnya.
Straight to the point, sekiranya anda dalam dilema, untuk memilih
pemimpin negara; maka pilihlah yang lebih menjaga agama walaupun mungkin
terpaksa menggadai nyawa dan kehidupan kita.
Tapi benda asas ni selalu ditinggalkan oleh kumpulan yang
memperjuangkan maqasid. Yang mereka selalu ratib ialah maqasid Islam ialah
keadilan-keadilan-keadilan, tanpa menyedari keadilan itu berada pada tahap
kedua dalam prioriti daruriyat al-khams.
Tambahan pula, keadilan itu selalu didefinisikan mengikut kacamata
barat, seperti kesamarataan (equality), plurality dan fraternity. Sedanglan
keadilan dari perspektif Ilahi sangat berbeza.
Suka ditegaskan agar tidak disalah tanggap, penerangan di atas adalah
dalam konteks ke'terpaksa'an memilih antara dua darurat. Jika kita boleh pilih
kedua-duanya atau kelima-limanya sekali, maka itu tidak menjadi isu.
Dengan perkembangan sekarang, adakah anda tidak sedar bahawa ancaman
terhadap agama Islam di negara ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan