Ahad, 26 Mei 2013

Apa Salahnya Ustaz Idrus Kawin Tiga?




ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-1

 Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi! Nombor Tiga Boh!

Ustaz Azhar Idrus amatlah tersohor dan dikenali di negara ini kerana cara penyampaian dakwahnya yang tersendiri dan bersahaja di mana dapat menarik minat ramai anak muda hari ini untuk lebih mendekatkan diri kepada Islam. Ustaz Azhar Idrus dilihat sebagai seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya memandangkan di dalam setiap kali ceramah, sentiasa sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan dan secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan yang tepat dan lebih menarik secara berseloroh dan bersahaja.

Hari ini (26 May 2013), dikhabarkan Ustaz Azhar baru sahaja menikahi seorang gadis bernama Izyan berusia 27 tahun sebagai isteri ke-3 nya. Lihat dari mata pun boleh buat ramai lelaki jatuh cinta tapi jangan buat pasal nanti kena karate dengan Ustaz Azhar. Hahaha!
ohartis-ustaz-azhar-idrus-nikah-lagi-2
Dikhabarkan, gadis bernama Izyan yang dinikahi Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini adalah anak saudara kepada Tuan Hj. Omar bin Tahar iaitu Ketua Cawangan Keramat Permai AU1, Hulu Klang, Gombak. Hak perkahwinan ini juga boleh dikatakan telah pasti kerana telah dikongsikan sendiri oleh saudara Hafiz Hamidun yang kami ‘screenshot’ dari akaun Instagram’nya.





425208_10152014248009572_158053662_n(1)
Apa yang dapat OhArtis katakan, kami juga turut menumpang rasa bahagia dan gembira apabila melihat insan lain terutamanya insan seperti UAI bahagia. Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri kerana Allah, kenapa tidak bukan? Tahniah boh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan